Assalamualaikum~
Fuhh bersawang ya blog ni 😂
Hari ni saya nak share pengalaman renew passport dan buat passport baru untuk baby.
InsyaAllah 22 September 2023 ni, saya & baby akan ikut suami join company trip suami ke Ho Chinh Minh City, Vietnam. Dulu saya dah pernah pergi dengan company lama, so kira ni kali kedua la.
Antara persiapan yang kena buat ialah perbaharui passport saya dan buat passport baru untuk Khawla (6 bulan).
2 Sept Sabtu selepas kenduri, kami ke UTC Shah Alam. Masa tu sampai dalam jam 5 petang. Nampak tak ramai orang, tapi rupa2nya nombor walk-in dah habis. Pegawai tu kata, seawal pukul 8 pagi nombor dah habis dah. Mak aiii pukul berapa mereka start beratur ni?
Malam tu kami google la UTC mana yang terdekat untuk buat passort. Jabatan Imigresen hanya buka pada hari bekerja sahaja, manakala UTC buka pada Sabtu & Ahad dan menjadi pilihan orang bekerja untuk renew passport pada hujung minggu.
Pagi 3 Sept Ahad kami jalan2 kat Dataran Merdeka sempena Hari Tanpa Kereta. So dalam pukul 9 pagi lebih baru kami bergerak ke UTC Pudu. Tapi nombor walk-in dah habis juga! Then baru saya tahu rupanya ada quota setiap hari untuk nombor walk-in.
Tanpa berlengah, terus kami ke UTC Keramat. Pun sama nombor dah habis. Then kami cuba nasib ke UTC Sentul. Nasib tidak menyebelahi kami. Ada pegawai inform orang dah start beratur jam 5.30pagi!
Fuh, 4 UTC pergi weekend ni. Tak apa, kita cuba lagi minggu depan.
Saya pun buatla pembacaan melalui blog pengalaman orang lain. Rupa2nya ada sistem renew passport online. Sebenarnya memang ada sesetengah UTC wajib buat renew online, datang UTC untuk collect passport sahaja. Walk-in hanya untuk yang first buat passport, untuk pelajar nak sambung belajar luar negara dan ada beberapa lagi syarat saya tak ingat.
Hari Selasa 5 Sept saya perbaharui lah passport saya secara atas talian di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
Mudah sahaja. Cumanya kita kena masukkan gambar softcopy. Dan gambar tu ada syarat-syaratnya, seperti di bawah.
Dan juga kena pastikan ukuran gambar tu betul.
Saya selfie je guna telefon, background dinding kuning cair. Lepas tu saya pergi ke website remove.bg untuk remove background, bagi putih. Ni semua saya buat pakai fon je.
Kemudian edit gambar ke saiz passport di aplikasi Passport Photo Editor. Boleh cari di Playstore.
Kemudian dah siap, kita upload je gambar tu.
Buat bayaran sebanyak RM200, dan tunggu emel pengesahan.
Ok, bersambung Part 2 nanti.
Nota: Last-last bila amik passport, pegawai tu amik gambar on the spot, tak Guna pun gambar kita upload haha.
Comments
Post a Comment
Thanks for the comment guys ^^