CAP JARI TIDAK SAH
Alhamdulillah esoknya dalam 1.10pm dapat emel. Tapi, permohonan belum lulus lagi kerana CAP JARI TIDAK SAH.
BUAT TEMUJANJI ONLINE UNTUK PUNGUTAN PASSPORT
Di emel tu, kita kena datang juga pejabat imigresen untuk urusan cap jari. Tapi yang bagusnya, mereka sertakan link untuk temujanji online. So tak perlu la kita beratur.
Saya pun pilih tarikh dan masa yang sesuai. Saya pilih tempat pungutan passport UTC Selangor (Shah Alam), hari Ahad 10 Sept, jam 2.00 petang.
BUAT PASSPORT BABY 6 BULAN WALK-IN
Untuk buat passport baby pertama kali, memang kena WALK-IN.
Ahad tu kami bertolak dari Dengkil ke UTC Shah Alam dalam 6.30 pagi. Sampai sana dalam 7.15am. Suami pergi tengok dulu untuk beratur. Mak aii punya la panjang barisan 😂 Rupa2nya pukul 6.30pagi dah habis dah nombor. Tapi orang duk beratur je. Takde sapa bagitau nombor dah habis ish2.
So suami ajak ke UTC Ampangan, Seremban. Kita cuba nasib di negeri lain pulak. Sampai sana dalam 9pagi. Suami pun ke depan untuk bertanya, saya beratur. Setakat 9 pagi, ada 40 nombor berbaki. Haa, agaknya kalau sampai jam 7pagi tadi, nombor masih banyak laa..
Kami pun terus beratur. Baby Khawla letak dalam stroller. Tiba-tiba ada sorang pakcik datang dan bgtau untuk baby kena bawak gambar siap-siap, dan ada lorong khas utk baby rupa-rupanya.
Suami pun pergi ke lorong tu bawa stroller dan beratur untuk bertanya. Ada dalam 3 orang je lorong tu. Dan betullah memang kena ambil gambar passport baby siap2.
Nasib baik la ada kiosk gambar betul2 di belakang kami. Boleh lah ambil gambar baby. 4 keping RM15. Suami beratur semula dan Alhamdulillah dapat nombor, yang terakhir pula tu!
Masuk dalam tunggu nombor dipanggil. Urusan dalam 1 jam untuk dapatkan passport. Alhamdulillah selesai juga urusan Passport Khawla.
Bersambung Part 3...
Comments
Post a Comment
Thanks for the comment guys ^^