Kursus Kahwin Online vs Face to Face

Assalamualaikum semua.

Lama saya tak menulis hehe.

Hari ni nak share tentang Kursus Kahwin atau Kursus Pra- Perkahwinan.

Dulu masa 4th year kat universiti, dah pergi dah Kursus Kahwin yang classroom. Kursus ni dua (2) hari, buat di Masjid Negara. Harga student price dalam RM90 rasanya. Tak ada exam. Then dah dekat 5 tahun ni, sijil dah hilang pi mana dah. Nak request semula, tak ingat nama training provider tu. Jadi terpaksa la pergi semula.

Tengok website Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mak aii, dah penuh semua kursus untuk tahun ni sampai Disember. Tapi, apa yang menarik nya, rupanya sejak PKP ni, kursus kahwin under JAIS ni sudah ada online version tau. 6 jam sahaja, RM50. Cumanya, bila online ni, akan ada exam di akhir kursus. 

DAFTAR KURSUS KAHWIN ONLINE SELANGOR

1. Pertama sekali, kena daftar dulu, ikut daerah, sebab nanti anda akan ambil sijil di pejabat JAIS ikut daerah yang dipilih. Dalam borang pendaftaran tu, akan ada selection untuk pilih tarikh. Boleh click link di bawah mengikut daerah ya.

Bahagian Undang-Undang Keluarga
No Tel (Whatsapp) : 013-689 0628 / 011-6048 0636
Pautan : www.bit.ly/kppibuuk


Pejabat Agama Islam Daerah Petaling
No Tel (Whatsapp) : 011-3936 2036 / 010-310 3540
Pautan : www.bit.ly/kppiptl


Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
No Tel (Whatsapp) : 011-6163 5848
Pautan : www.kursuskahwinpaid.com


Pejabat Agama Islam Daerah Gombak
No Tel (Whatsapp) : 011-6082 8455
Pautan : www.bit.ly/kppigb


Pejabat Agama Islam Daerah Klang
No Tel (Whatsapp) : 017-291 6934
Pautan : www.bit.ly/kppiklg


Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat
No Tel (Whatsapp) : 011-5785 0906
Pautan : www.bit.ly/kppikl


Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam
No Tel (Whatsapp) : 019-287 9316
Pautan : www.bit.ly/kppisb




2. Dah daftar, anda akan terima emel pengesahan dalam satu atau dua minggu.




3. Pagi kursus tu, anda akan terima satu lagi emel untuk link Google Classroom.


KURSUS ONLINE


1. Boleh guna laptop atau kalau di telefon, boleh install apps Google Classroom.
2. Kursus ni bukan Instructor-Led Training, maksudnya, dia tak ada penceramah atau live streaming. Kursus ni adalah Self-Learning based. Ada 10 modul slide yang perlu kita baca, dan kena tengok beberapa video sebagai sokongan dan rujukan.










Dari semasa ke semasa, pihak admin akan bagi peringatan seperti gambar di bawah.





JAWAB UJIAN KEFAHAMAN & PENILAIAN KURSUS


Haa ingat, masa ada 6 jam je. Banyak jugak video yang nak kena tengok. Ada yang durasi 30 minit, ada yang 2 minit je. Semua kena tengok.


Lepas dah habis baca dan tengok semua video, tibalah masa untuk menjawab soalan. Ada 50 soalan total.

Setiap modul akan ada 5 soalan. Boleh kira senang la soalan nya. Ada soalan yang menggunakan terma dalam bahasa Arab cth Wali Aqrab dan Wali Ab'ad, so at least nak kena tahu la apa beza dia. Ada soalan yang melibatkan borang-borang yang terlibat dalam prosedur perkahwinan cth Borang 2A, 2B, 2C & 2D. Soalan perkiraan pun ada hehe Ni masa modul kewangan, cuba try kira bila mana anda jumpa formula tu dan fahami scale tu. 




BAYARAN DAN SIJIL KAHWIN


Lepas dah settle kursus online, bayaran kursus boleh buat semasa ambil sijil. Ni kalau daerah Gombak la, yang saya pilih. Ada daerah lain yang perlu bayar dulu. Masa nak isi borang pendaftaran tu dia akan inform di situ bayaran macammana.

Saya kursus hari Ahad, 18 Oktober. Lepas habis je petang tu, dapat emel untuk ambil Sijil pada 20 Oktober jam 9 pagi. Dia beri sijil sekali dengan sebuah buku dan majalah.




****************************


KESIMPULAN


Kursus kahwin onlinen ni memudahkan kita yaa. Tapi kena jujur, jangan mengelat tengok semua video dan baca slide.




Comments

  1. Replies
    1. Wow, lamanya tak dengar khabar ๐Ÿ˜† alhamdulillah insyaAllah tahun depan. Tengok la dulu CMCO ni macam mana๐Ÿ˜Š How about you? Kerja mana sekarang? Saya kat Adabi, Rawang. Dekat dgn rumah alhamdulillah.

      Delete
    2. Alhamdulillah tahniah in advance. CMCO ni lagi mudah kot, boleh buat simple2 orang tak boleh nak mengata apa haha. Kerja dekat Adabi sebagai apa?

      Sebelum ni saya kerja dekat Kulai, Johor untuk hampir 4 tahun hinggalah company tu tutup. Saya sekarang kerja dekat company kedua di Plentong, Johor dah setahun lebih tapi sehingga Februari ni je. Ada dapat kerja baru di Senawang, Negeri Sembilan.

      Dah ada anak seorang dah alhamdulillah

      Delete

    3. Itulah, sekarang ni, nikah kena di Pejabat Agama je. Tak perlu buat walimah lagi. Di Adabi sebagai Training Exec, HR.

      Dulu pernah saya minta kerja kat Senawang tu, kilang plastik rasanya tak ingat dah. dah attend interview, tapi bila dia panggil untuk second interview, saya dah accept kerja kat Rawang tu.

      Kerja dalam bidang Nuclear ke? Saya memang dah lari bidang la haha. Btw, tengok blog dah tak ada. Dah delete?

      Delete
    4. haa Training Exec. Bulan 10 lepas saya ada pergi kursus Train the Trainer dekat Niosh Bangi dan dah dapat exemption trainer dari HRDF. Cert dah ada cuma belum mula jadi Trainer. Kalau nak jemput datang buat training dekat Adabi (pasal safety atau environment) roger-roger ya. haha

      Oh saya pun ada dapat tawaran kerja kedua (dekat Gelang Patah, Johor) lepas accept kerja dekat Senawang tu tapi company tu tak sanggup nak bagi gaji yang sama. Jadi masih ke Senawang la saya. insya Allah.

      Saya kerja dekat kilang je sebagai Environmental Engineer. Basically jaga IETS, schedule waste, etc. Dapat kerja ni sebab ada sijil competent person DOE. Kira lari bidang jugak. haha

      Blog ada lagi tapi content dah delete sebab malu dgn tulisan sendiri.

      Delete
  2. Maaf tanya, nk daftar mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada saya nyatakan dalam post saya tu :) ada link borang pendaftaran / website pejabat agama mengikut daerah. Awak pilih daerah awak yang mana satu, dan klik link tu ya.

      Delete

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^