Borang I |
Semalam dapat NOTIS SITA dari Majlis Perbandaran Selayang (MPS)! lol
Tulah, siapa suruh tangguh-tangguh lagi nak tukar nama rumah *facepalm*
Berdesup pergi MPS hari ni lol. So, saya nak share sedikit pengalaman pertama tukar nama rumah, sekali gus bayar cukai pintu.
SEDIKIT PENGENALAN
Saya beli rumah hujung Nov 2017 (Sales & Purchase Agreement siap). Since ni rumah pertama saya, memang agak blur sikit. Nak dipendekkan cerita, memang abah ada bagitau, nak kena pergi tukar nama rumah, tukar nama bil air & elektrik bagai tapi kami bertangguh. Saya ikut je abah hehe.
Tapi, memang ramai juga anggap tukar nama ni suatu proses yang remeh rupanya. Tapi saya budak baru belajar, forgive me please~
"Pindah milik hartanah atau lebih dikenali sebagai tukar nama seringkali dianggap sebagai satu proses sukar dan remeh bagi kebanyakan individu di negara ini. Persepsi itu membuatkan perkara terbabit dipandang ringan oleh pemilik rumah dan tanah sehingga kebanyakan daripada mereka mengabaikannya dalam tempoh masa lama" -Harian Metro, 2015
DAPAT NOTIS SITA
Owner rumah yang lama mesej semalam. Dapat surat notis sita. Dalam notis tu, tulis kena jelaskan bayaran tertunggak sebelum 30 September. Kena RM100 denda sobs.
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN
Penting untuk sediakan dokumen-dokumen ni sebelum pergi Majlis Perbandaran.
- Salinan fotostat kad pengenalan pemindahmilik atau penerima pindahmilik [of course la guna IC saya; penerima pindahmilik. Tak perlu owner lama berada sekali dengan kita]
- Salinan fotostat Sales & Purchase Agreement [full set]
- Salinan fotostat resit cukai taksiran terkini yang telah dijelaskan [boleh jelaskan cukai di lobi MPS. Staff akan guide kita]
- Borang I - Notis Jualan atau Pindah Milik [Download Sini ataupun, staff MPS akan bagi semasa di Tingkat 3. So boleh print dan isi siap-siap, ataupun, isi di sana sebab staff akan bagi hardcopy bila dia tanya kita samada dah isi borang atau belum. Kalau ada yang tak faham, boleh tanya staff tu cara nak isi]
MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
Masa masuk lobi, kena daftar dulu. Bagi kad pengenalan. Inform receptionist kaunter yang kita nak tukar nama rumah. Untuk urusan pindah nama ni, kena pergi ke Tingkat 3, Bahagian Penilaian.
Tapi sebelum tu, pastikan awak dah bayar tunggakan cukai pintu. Baru boleh proceed ke Tingkat 3 Bahagian Penilaian untuk urusan tukar nama.
Bagitau je dekat staff kaunter nak bayar cukai pintu. Kalau di MPS, kena bayar di mesin. Staff MPS akan printkan penyata tunggakan cukai pintu kita, kemudian kita akan bawa penyata tu dan scan barcode. Pembayaran boleh dibuat samada cash atau debit/credit card.
Dah settle bayar, pergi fotostat resit tu. Ada kedai fotostat dekat situ. Sekali lagi, rajinkan bertanya receptionist MPS ya. Friendly je diorang.
TINGKAT 3, BAHAGIAN PENILAIAN
Dekat Tingkat 3 ni, ada dua pintu. Satu Bahagian Penilaian, satu lagi Bahagian Pengurusan Harta. Kita pergi ke Bahagian Penilaian.
Masuk-masuk terus ada kaunter yang ada desktop computer. Beritahu je staff situ yang kita nak tukar nama rumah, dan bagi dia semua dokumen-dokumen yang saya sebut kat atas.
Dia akan menghadap komputer dia buat kerja, taip-taip, dalam masa lebih kurang 15 min, dia akan minta kita tandatangan satu dokumen ni sebagai pengesahan tukar nama rumah.
Itu sahaja.
TAMBAHAN
Kalau rumah dibeli atas dua nama, cukup satu nama sahaja yang buat urusan pindah milik harta rumah ni.
*****
Harap membantu~
Comments
Post a Comment
Thanks for the comment guys ^^