Salam brothers and sisters.
Tajuk macam formal je kan. Aha. Padahal, tak ada apa sangat pun nak cerita.
Tetapi, saya nak mengumumkan bahawasanya dengan izin Allah, saya telah selamat menghadiri Majlis Konvokesyen UKM pada 31 Oktober 2015 yang lalu. Kiranya, dah selamat bergraduasi lah daripada 4 tahun pembelajaran di UKM. Alhamdulillah.
Nak diceritakan, yang sebenarnya, saya tiadalah rasa passion atau eager sangat untuk hadir ke majlis konvo ini.
Bila tiada passion ni, akan selalu fikir simple dan last minute. Entahlah, tatkala yang lain gembira bershooting pre-convo, atau mengumumkan kepada orang ramai dalam media sosial yang mereka bakal berkonvo keesokkannya harinya, saya hanya buat relax sahaja. Pilih baju apa nak pakai esok konvo pun, pilih malam tu. Saya akui, memang dari dulu saya ni, apa orang mat saleh kata, lack of emotion? Not sensitive enough? Expressionless? Haa, macam tulah lebih kurang. Kadang-kadang saya rasa macam saya ni ada personality disorder ke apa, Heh. Tapi, hey, saya tak suka ada personaliti macam ni sejujurnya. Kebanyakan kawan dan junior kata saya jenis cool, tapi sebenarnya, entah-entah itu adalah kerana masalah lack of emotion. Haha. Tapi, jangan risau. It's mere about certain emotions that I lack of, which are probably eagerness, rage(?), anxiety(?), affection(?). I do have those, but, it's lack in some way or another.

Eh, lari dari topik pulak. Luahan perasaan, ceh,
Ok, apa yang saya nak cerita dalam post ni adalah pengalaman sepanjang majlis konvo. Maklumlah anak pertama dalam keluarga yang berkonvo, jadi, macam-macam masalah berlaku.
1. Kalau anda bergraduasi pada sidang petang, silalah buat shoot pre-convo. Bergambar dengan family atau classmate awal-awal. Samada hari ketika ambil jubah, hari-hari sebelum konvo, atau pada sidang pagi. Dekat depan DECTAR ada banyak picture booth, jadi, bolehlah bergambar kat situ semasa pelajar sidang pagi sedang berada dalam dewan. Kenapa? Sebab kalau anda sidang petang, confirm anda tak akan sempat bergambar selepas selesai majlis konvo sidang petang anda. Habis lebih kurang pukul 6 petang. Nak solat asar nya lagi.
2. Bagi yang perempuan, yang rasa muka memang akan nampak pucat, pakai la lip balm or lipstick sikit. Bedak-bedak sikit. Supaya bergambar tak nampak pucat. Haha. Ini bukan nak bertabaruj.
3. Makan siap-siap tengahari. Nanti dalam dewan sidang petang, lapar. Haha.
4. Pilih baju tudung apa nak pakai siap-siap hari sebelum tu. Jangan nanti kalut-kalut.
5. Charge handphone elok-elok. Fon saya mati dalam dewan. Sobs. Tak boleh communicate dengan kawan-kawan sekelas selepas habis konvo.
6. Boleh bawak beg dalam dewan. Nanti bila nak beratur naik pentas, boleh tinggal kat kerusi. Nanti kita akan masuk balik duduk barisan kita ikut susunan kerusi kita duduk mula-mula. Tiada masalah.
7. Masa beratur nak masuk dewan mula-mula, beratur siap-siap dengan kawan sekelas kalau nak lah. Sebab nanti naik pentas, dia ikut barisan tempat duduk kita dalam dewan. So, campur-campur kos. Nak cantik, beratur siap-siap masa kat luar DECTAR tu. Sebab dia tak akan susunkan kedudukan kita. Masa atas pentas, kat hujung tu, kita akan bagi kad pintar (akan dapat masa ambil jubah), dan dia akan swap kad tu baru keluar nama kat dalam slide. So, memang tak ikut susunan la.
Ok, habis dah perkongsian. Sikit je.
Apa-apa pun, bila dah habis berkonvo ni, baru wujud perasaan sayu.
Rasa berterima kasih sangat dekat cikgu-cikgu yang mengajar masa kita tadika. Cikgu sekolah rendah dan menengah. Ummi dan abah kita terutamanya.
Siapalah kita ini tanpa mereka yang berjasa kepada kita sejak kita kecil?
Tak terbalas jasa, budi dan kasih sayang. Sekadar ucapan "Terima Kasih" tidak dapat membalas pengorbanan semua mereka yang terlibat dalam mendidik kita.
Bila adik bongsu tanya apa cita-cita Yong sekarang, saya jawab, "Yong nak jadi manusia yang bermanfaat kepada semua orang".
InsyaAllah.
Rasa bosan betul tak?
ReplyDeletetetiba nervous nak grad kak huhuhu
ReplyDelete