"Bestnye..." "Tak sabarnye..." kata mereka.

Salam aidiladha semua ^^

10 Zulhijjah semalam, alhamdulillah.
Balik kampung, jumpa saudara mara as usual.
Abah kata, kalau tak bawak kami adik-beradik dari kecil ke rumah sepupu, dua pupu abah ummi ni, nanti dah besar payah, tak kenal! \\(^^,)//

Alhamdulillah, 9 Zulhijjah, berjaya mengadakan bulatan gembira dengan kawan-kawan iyah dan uci di rumah.
Tajuknya, berkisar nabi Ibrahim dan aidiladha.
Tajuk nampak macam biasa kan?

Terfikir nak cerita kat adik-adik ni, lepas pergi kuliah mingguan BADAR kat kolej haritu.
Ustaz cerita tentang kisah nabi Ibrahim. Of course la, kalau Aidiladha je, mestilah cerita nabi Ibrahim kan? :)
Mungkin ramai je yang rasa, "Ah aku dah tahu cerita ni. Dari kecik ustazah dah cerita."
So, taknak pergi lagi majlis-majlis ilmu yang bercerita tentang ilmu yang sama.

Padahal, kita tak tahu, yang setiap orang punya penyampaian yang berbeza.
Dan, malam itu, saya dapat tahu yang rupa-rupanya, ada kisah lain yang saya telepas pandang selama ni.
Interesting, right?
Kita dapat benda-benda yang berbeza pada tajuk yang sama.


Selepas habis bercerita kisah nabi Ibrahim dari nabi kecil hingga ke penyembelihan nabi Ismail, adik-adik ni sibuk bertanya tentang kisah nabi yang lain.

Menarik kan anak-anak kecil ni?

Betapa mereka ada rasa ingin tahu yang sangat kuat dengan sejarah Islam, namun, kita sebagai kakak abang dan ibu bapa, pada zaman teknologi ini, seolah olah makin meminggirkan mereka dari kisah-kisah sejarah Islam.

Sibuk ditayangnya anak-anak or adik-adik kita dengan Astro Ceria yang ada drama budak-budak kecik dah mula bercinta cinta, ditayang Astro Ria, or mana-mana saluran yang ada drama atau filem Melayu, yang kebanyakan genre adalah cinta!

Bagaimana kita nak lahirkan pemimpin negara masa depan jika di mata anak-anak ini hanya ada hiburan dan cinta?

"Bestnye..."

Kata adik-adik ni, bila kami bercerita tentang malaikat-malaikat yang sedang berada bersama mereka, ketika mereka berada dalam majlis ilmu. Excited!

Majlis ilmu adalah taman-taman syurga.

"Tak sabarnye..."

Kata mereka, bila kami bercerita tentang keindahan syurga. ^^

InsyaAllah, sampai di sini sahaja dulu. Kisah kisah peristiwa pada hari bersejarah dalam Islam, perlu diceritakan secara kerap kepada anak-anak dan adik-adik kita.

Supaya mereka tidak akan pernah lupa, ketika hidup di zaman teknologi ini =D

Salam Aidiladha (^^,)//








Comments

  1. Saya tak pasti kalau tadabbur kisah Ibrahim dari perspektif ini sesuai atau tidak untuk konteks kanak-kanak, Tapi mungkin boleh dikongsi bersama ikhwah dan akhawat seluruh dunia.

    http://engineeringminda.blogspot.com/2013/10/istimewa-aidiladha-tadabbur.html

    Just sharing,.Moga ada manfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik sharing tu. Dalam banyak-banyak ibrah kisah nabi Ibrahim, ibrah yang dipilih ialah SYURA.
      Yep, tak perasan pun ada ibrah syura tu, selain pengorbanan, cinta, sabar, takwa, ketaatan kepada ibu bapa, dan lain-lain yang ada dalam ayat-ayat berkisar kisah nabi Ibrahim ni..
      Menarik tuk dikongsi dengan sahabat.

      Kalau bagi konteks kanak-kanak, mungkin tidak sesuai jika tadabbur ayat al-Quran, tapi kita boleh tukar ia dalam bentuk cerita..

      Alhamdulillah, terima kasih share..








      Delete

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^