"Tahun lepas macam tu, tahun ni pun macam tu, macammana ibadat nak meningkat? Takkan seumur hidup nak macam tu? Makin lama umur makin singkat, kita makin hampir dengan maut, tapi, ibadat, ilmu agama, masih di tahap yang sama!" Aku terkedu. Kata-kata ustaz Mohd Nor seakan menikam dada. Aku mengangkat muka, memandang para jemaah lain yang khusyuk mendengar tazkirah. Aku kembali tunduk.
Hati ini, membisik sesuatu.
"Aku...dah 20 tahun..."
Hati ini, membisik sesuatu.
"Aku...dah 20 tahun..."
*********************************************************************************
Ramadhan tiba, Ramadhan pergi.
Sekejap je kan masa berlalu.
Bila umur dah 20 ni, baru terdetik di hati, "Mana satu Ramadhan aku yang betul-betul bermakna?"
Sejujurnya, saya rasa, there was none.
Terfikir jugak, apa la yang saya buat pada Ramadhan yang lepas-lepas. Adakah Ramadhan itu berlalu seperti hari-hari yang biasa? Adakah saya berpuasa sekadar dapat penat, lapar dan dahaga?
Adakah saya memperolehi ketakwaan itu sepertimana dalam surah Al-Baqarah ayat 183?
Entah-entah banyak tidur, solat lewat, Al-quran baca ciput je, qiamulail nye ummph?? Aduh... Seriously rasa setiap tahun sama je -,- Tak meningkat langsung, bak kata ustaz tu.
EMMM...
Cuma kali ini..
Ramadhan kali ini...
Saya rasakan ia akan jadi satu Ramadhan yang pertama kali saya rasa bermakna.
Tengah cuti sem sekarang ni, and for the first time rasanya, menyambut Ramadhan ketika cuti sebulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Tak terfikir pasal assignment ke, aktiviti kolej.. InsyaAllah Ramadhan tahun ni, tak sama dengan tahun-tahun lepas. :)
HIDUP NI SINGKAT.
Kita tak tahu bila ajal kita. Kalau amal dan ilmu masih di takuk lama, dosa bertambah-tambah tidak diampunkan, layakkah kita untuk menjadi penghuni Syurga Allah? Emm.. Takutnye T^T
Saya harap kita semua dapat istiqamah hingga bila-bila. Emm, takutnya diri sendiri cakap macam ni. Tapi, at least saya kena cabar diri. Betul, memang susah nak istiqamah dalam beramal dan beribadah pada Allah. Sebab itu pentingnya tarbiyah dzatiyah, iaitu motivasi diri sendiri.
TARBIYAH DZATIYAH
Untuk tarbiyah dzatiyah ini, borang mutabaah amal amatlah penting. Seriously guys, korang boleh tengok time mana iman kita tiba-tiba woosshh! Jatuh merudum, dan bila iman kita sedang-sedang maintain tidak bertambah, atau time iman tiba-tiba naik. Memang betul-betul boleh membuatkan kita muhasabah diri!
Yela, tak semua ada mak ayah ustaz ustazah or kawan-kawan yang alim-alim untuk ingat mengingati. So, ni je lah caranya kalau kita nak istiqamah dalam beribadah.
Kat bawah ni contoh untuk Ramadhan, simple je. Ada borang yang lagi best, ikut hari. Mostly buat kat excel je lah, dalam bentuk jadual.
contoh borang |
Ramadhan kali ni, buat pertama kali menggunakan borang tu, sebab tengok kat FB ramai je yang post pasal borang tu. Jadi, cuba nak try.
^^ Okay kawan-kawan.
Peringatan untuk diri saya dan kawan-kawan, untuk apa kita diciptakan di dunia ini?
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah kepadaku"
[Ad-Dzariyat:56]
Assalamualaikum.
#Hari ni 17 Ramadhan.
Salam Nuzul Quran
n_n
Comments
Post a Comment
Thanks for the comment guys ^^