Berdoa kerana Percaya

Assalamualaikum.

Just a short entry.

#Perkongsian MABIT semalam

Ehem. Kak Amal share apa yang dia baca dalam satu buku ni, "Rahsia Datangnya Pertolongan Allah" kalau tak silap.

Antara yang saya tersentuh,
adalah mengenai 'Kepercayaan pada Allah sepenuhnya.'

google

Kepercayaan pada Allah, takda kaitan dengan sebab dan akibat.

Jom kita tengok contoh, iaitu berdoa.

Kita berdoa, bukan sebab nak hasil semata, tapi kepercayaan kita pada Allah, bahawa Allah itu Maha Berkuasa.

Bila fikir balikkan, doa ni sebenarnya, nak tengok sejauh mana kita percaya yang Allah tu berkuasa untuk menentukan segala-galanya. 

Ok, katakanlah, kita berdoa nak dapat A dapat exam ni, tapi Allah tak makbulkan.
Ha, bila kita tak dapat apa yang kita nak tu, mula kita salahkan Allah, 

"Aku dah doa banyak kali dah, tapi, Allah tak bagi pun".

Buruk sangka. Walhal, kita tak tau pun, mungkin benda yang kita nak tu, Allah tahu tak sesuai untuk kita, sebab tu Dia tak bagi.

Seriously, memang kita hidup ni, kena percaya pada Allah giler2 betul2.

Percayalah, setiap apa yang berlaku kat kita, dah tertulis dalam Lauh Mahfuz.

Doa pada Allah, moga Dia berikan apa yang TERBAIK untuk kita.



Emm, tu je la nak cakap. 

#Faham dok point nye? ^^

Comments

  1. Doa senjata Umat Islam. Yakin dan Percaya dengan ketentuan Allah saw

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^