Subjek EVH Sem 1


Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Title memang tak promote langsung lah kan...

Entah sapa lah yang nak tahu pasal subjek course saya Semester Satu lepas... 
Ok. Saja nak share. Untuk panduan para junior kononnya.

Buat pengetahuan semua, alhamdulillah, sekarang ni saya merupakan pelajar Fakulti Sains Kesihatan(FSK), di UKM, KL.
Kos saya, Environmental Health(EVH). Bakal dik-adik junior(ceh, padahal time tulis baru first year) boleh lah rujuk blog Kak Tasya, fourth year EVH untuk maklumat lanjut tentang kos ni.

Kos ni namanya, Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri, atau in English, Environmental Health and Industrial Safety =) Haa, panjang tak? Haha.

Untuk pendekkan sebutan, semua orang panggil kos EVH je.

Asrama nya dekat Kolej Tun Syed Nasir, Jalan Temerloh.

Sekarang ni, tengah cuti sem 1. Alhamdulillah, dah satu sem kat sini ^^

*****
Buat pengetahuan semua, kebanyakkan senarai kursus(a.k.a. subjek) untuk FSK, sama je. Yang berlainan, ada satu dua tiga je. Kira macam time sekolah ada teras dan elektif lah kan. Teras yang banyak sama, elektif sikit saja. Ni untuk sem 1 untuk semua first year.

Masuk tahun dua tiga, semua kursus mula specific kepada kos masing-masing.

Senarai kursus EVH Semester Satu
  • Anatomi Asas
    • Subjek ni pasal anatomi badan manusia. Bones, brain, cells, nervous system, spinal cord, digestive system, skin, dan sebagainya.
    • Subjek ni memang best! 
    • Tapi banyak chapter. Pesanan akak, sebelum study week, make sure kena habis dah study anatomi ni.
 
  • Sains Tingkah Laku
    •  Ha, Psychology sebenarnya ^^
    • Saya suka sangat!!
    • Subjeknya, ada macam-macam lah. Lupa dah. Tapi, memang best buat yang minat psikology. Tak kesah lah cikgu nya membuatkan kita rasa nak zzzzz, tapi, akak tak pernah tidur time kelas ni! Percaya tak?? Haha. Pecah rekod.
    • Sangat best, dan banyak benda baru kita akan belajar~ Walaupun diajar dalam bahasa Melayu.

  • Pembangunan Diri
    • Ingat tak Sivik time sekolah menengah? Ha, lebih kurang macam tu lah~
    • Tapi, lain sikit. Untuk sem ni, hanya ada empat topik je. Ada buku modul kena beli.
    • Topik-topik tu ----> Kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan pembelajaran sepanjang hayat.
    • Masuk exam ni. Jangan main-main masa kuliah.
    • Kelas ni dibuat dalam dewan kuliah. Campur semua pelajar FSK. Cara pembelajaran bukan pakai slide, tapi melalui perbentangan, public speaking, tulis esei dan hantar, jawab soalan dalam kertas pastu hantar dan lain-lain. Dia nak tengok kemahiran kendiri kita, dan kerja berpasukan kita(mainly).

  • Kimia Analisis
    • Ada tajuk tertentu je yang kita belajar untuk subjek ni. Tak macam time SPM/matrik tu. Tapi yang penting, basic kena ada lah.
    • Contoh tajuk, chemical equilibrium, electrochemistry, chemical kinetics, intermolecular forces, acid base dan lain-lain.
    • Akak lemah kimia :(

  • Sains Persekitaran (Environmental Science)
    •  Ingat tak biology yang ecological dan sewaktu dengannya? Itulah dia~
    • Boring?? Tidak, tidak sekali-kali!
    • Entah kenapa masa sekolah/matrik dulu kita rasa topik ni boring ye? Mungkin sebab kita tak faham sefaham-fahamnya kepentingan topik ni..
    • Best jugak subjek ni. Banyak benda yang kita tak tahu selama ni. Berkenaan bumi kita~
    • Ada masa saya akan kongsikan apa yang saya belajar, dan saya nak awak tahu juga.
    • GO GREEN!
*****

Ok. Itulah senarai kursus untuk pelajar EVH sem 1. 

Sikit je kan? EVH memang sangat free masa sem 1. Ada 5 kursus je yang masuk exam. Padahal budak kos lain sampai enam tujuh lapan... Jadi, mohon buatlah yang terbaik.. Jangan jadi macam saya, sudah terhantuk baru nak tergadah(eh,betul ke?)

Ha, nak bagitau. Subjek Kimia dan EVH adalah subjek elektif untuk pelajar EVH. Ada dua je. Belajar dalam bilik tutorial, bukan di dewan kuliah~

Teringin nak kongsi cara menjawab soalan. Sebab kami banyak tanya senior, macam mana nak jawab, contoh soalan... sebab tak ada passive question..

Ok, tu saja. Assalamualaikum..

p/s: ada orang ke nak komen untuk entri ni?? Haha

kalau ada yang nak tanya apa-apa, boleh pm FB : Muslihah Mohd Razali


Comments

  1. "p/s: ada orang ke nak komen untuk entri ni??"
    ada.
    ada belajar tentang kesan nuklear kepada persekitaran tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. o.0 xsangka ada orang akan komen. heh. tq.

      nuklear?

      kesan toxic pada persekitaran lah kot. 3rd or 4th year nanti. dan of course, kesan nuclear termasuk jugak dalam toxicology(rasanya..)

      tapi, sem 1 aritu, lecturer dah suruh kitorang buat article pasal Chernobyl and Bhopal's accidents. Nuclear reaction tragedy and gas leakage. Sedih bila wat research pasal tu.

      haih, budak EVH mcm2 dia belajar.. lecturer kata, sebab persekitaran ni berkait dengan semua bidang.. -,-

      Delete
    2. ohh, nanti jika anda ada kena buat lagi pasai nuklear ni. ask me! :D kat wall facebook ke kat blog ke. Kita taknak nanti ada salah persepsi tentang nuklear ni. bahan berbentuk artikel atau jurnal dari environmentalist kat luar sana tu banyak anti-nuklear. jangan jadi anti-nuklear please. hehe.

      Delete
    3. haa, anti-nuklear. ada jugak ke?

      ok, thanks for the advice. berguna jugak tu. *dari bakal environmentalist (ceh)

      ohh, nuklear mesti ada byk kegunaan kan? tapi, sy tak tahu apa kegunaannya sangat.

      kenapa ada yg jadi anti-nuklear? cons lebih byk dari pros ke?

      Delete
    4. buktinya, bolehlah cuba cari akhbar 'utusan konsumer' akhbar bulanan, saya pernah beli 2 edisi. ni laman web dia http://www.consumer.org.my/index.php/homepage/utusan-konsumer

      baca artikel2 kat situ, memang anti-nuklear. mungkin salah satu punca jadi begitu sebab emosi mengatasi fakta, persepsi buruk yang terbentuk dari maklumat yang salah dan sebagainya.

      tak nafikan ada risiko dalam menjana tenaga dari teknologi nuklear tetapi hakikatnya lebih banyak nyawa tergadai dengan menjana tenaga mengunakan arang batu(bahan bakar yang biasa diguna di seluruh dunia untuk menjana kuasa) dari kemalangan nuklear.

      Delete
  2. Sem 1 utk course best tak kak?

    ReplyDelete
  3. Anonymous, maaf x perasan ada komen~

    Nak cakap best x best, depends pada orangnya lah :D

    kalau akak, memang best, sebabnya, EVH sangat banyak giler masa terluang pada sem 1, dibandingkan dengan budak kos lain..

    so, dengan byknye masa kerana sikitnya subjek yang kita amik time sem 1 ni, sepatutnye, study lebih lah kan.. tapi, huhu T^T

    Hope that'll help :)

    ReplyDelete
  4. Tq kak mus .. Byk information yg sy dpat ,, sy sbgai junior sem 1 ni ase mcm agk kecelaruan skit psal kos ni ,, knp la kne blaja kmia. Ahaiii,,,emm tp lpas bce psl post akq ni ase cm dh nmpak sikit jlan , laluan n lorong nye skit ,, *knp la sy x bukak blog ni awal2 dulu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.
      macam mana syakirah jumpa blog akak? hehe

      sebenarnye, lebih kepada kenapa akak tak citer kat adik2 huhu.
      Akak tak ingat dah pasal post ni ehe

      Tak tahu pulak adik2 masih dalam kecelaruan heh
      Nanti apa-apa kalo still tak faham, tanya je akak.
      Datang bilik pun takpe.. :)

      Delete

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^