Kadang kita tahu, tapi kita tak mahu.
Kadang kita tak tahu, tapi kita mahu.
Dan kadang kita tahu, tapi kita biarkan ia berlalu.
Untuk tahu itu mudah,
Untuk mahu kadang payah.
Namun yakinlah,
Dengan izin Allah,
Tautan ini mampu menjadikan,
Yang tidak tahu menjadi tahu,
Yang tidak mahu menjadi mahu.
Kerna kita tahu bahwa Dia tahu,
Tapi kita tak tahu apa yang Dia tahu.
Beruntunglah bagi orang yang tahu dan mahu.
Yang tahu jangan tinggalkan yang
mahu,
Dan yang mahu teruskan mencari yang tahu,
Kerna kita tahu sebab
apa kita dipertemu,
Untuk sama-sama mengingatiNYA semahu- mahu
* Hasil karya sasterawati2 Surau A, KTSN, UKM KL
XD
Aku pernah menjadi mereka yang mahu.
Dan setelah ku tahu,
Aku sangat sayang pada yang mahu,
Dan aku mahu mereka juga tahu...
hehe. awak semua faham ke kata-kata ni? ke, terlalu mendalam?
ReplyDeletefaham tu faham tapi terlalu berfalsafah :p
Deletefaham faham ;DD
ReplyDelete