Inovasi shawl~

Gambar sekadar hiasan. Teett.

Facebook.

Ada seorang sahabat ni liked entri kat blog ni. Saya pun usha la sat.


Baca dulu entri di atas. Interesting.

Ramai beno yg suke dgn entri ni ye.. komen, kata ustaz sempoi segala. heheh.

ok.

Sekadar luahan hati.

Memang, kadang-kadang, kite tengok, ramai yang hanya suka dan mengambil kira, kata2 dari sesetengah ustaz saja, supaya kita rasa, apa yang kita buat tu, betul. tak salah.

"ok, dah sorg ustaz kata green light,so no problem la.."

Nope. bkn itu caranya nk tentukan hukum. Kite kne tgk pendapat ustaz-ustaz, ulama'-ulama' len gak. Yelah, yg lebih 'alim dgn bab2 fekah ni.

Memang ada masalahnya ngan tudung Hana Tajima tu. Tak tutup dada. Satu tu je. Kalo ade org kata tabarruj ke ape, saya tak tau la.

k. mesti korang kata saya tegur yang dah bertudung, tapi yang tak bertudung tak pulak..

Dua-dua kne tegur. Yang bertudung, ditegur supaya dalam bertudung nye, pahala yg tak putus-putus terus dapat. Takkan korg nak, satu langkah korg berjalan, dapat pahala bertudung, satu langkah lagi, dapat dosa tak tutup dada. 0-0 la pulak jadinye.

No use? Hmm?

Pesanan, pakai je la fesyen Hana Tajima tu, tapi, inovasikan fesyen nya dgn melabuhkan bahagian dada, means tutup depan, tutup kiri dan kanan. Belakang jangan pendek pulak tetibe..

Baju yg dipakai pun menjadi persoalan.

Adakah kamu semua rasa yang bertudung tu, sudah menutup aurat? Pakaian yang di badan macam mana?
Ketat? Berlebih-lebihan? Ha, kna pikiaq sume tu jugak.

Konsepnya simple, kalo sekejap dapat pahala, sekejap dapat dosa, bukan kah 0-0?

Hmm, pasal paderi tu, kalo dah nampak sama sangat ngan dorang, eloklah di inovasikan sikit fesyen nya. kan dah terang2 ada dalil mengatakan yang kalo satu2 kaum tu, menyerupai seperti kaum yg len, maka diorang tergolong dalam kaum yang sama?

Inovasi. Korang kan hebat bab-bab fesyen ni? Ehe. pe salah nye..

Akhir sekali, niat nak bertudung, menutup aurat tu memang bagus.

Alhamdulillah kerana mendapat hidayah Allah, yang tak semua orang dapat. Hanya yang special, yang Allah pilih saja yang dapat hidayah tau.. Jadi, awak adalah seseorang yang special. Allah bagi hidayah sebab tak mau kita pilih jalan yang tak betul. Jalan yang syurga, itu yang Allah bagi.

Bersyukur lah yang tak terhingga dengan nikmat hidayah itu.


Jadi... Mengapa tak mau jadi yang terbaik? Menutup aurat dengan cara yang terbaik? Bukankah di akhir hidup ini, kita akan kembali juga kepada Allah?

Korek si hati. Lihat. Apa niat sebenar kamu pakai tudung?

Allah suruh?
Ibadah?
Capai redha Allah?

atau,bagi fesyen yang berlebih-lebihan...

Sekadar untuk menunjuk-nunjuk kecantikan diri?
Mendapat pujian orang ramai?
Trend?
Kalau tak ikut, rasa diri tak famous?
Terpinggir?
Not up to date?
Bangga dikelilingi Ar-rijal yang bermulut manis memuji sepanjang masa?


TEPUK DADA, TANYA IMAN


Comments