SMAKL dan Opah

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi tadi, pegi Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur(SMAKL). Ikut seminar kimia. Dua orang satu sekolah. Dia pilih sorang yang cemerlang kimia, sorang lagi sederhana. Saya cemerlang? Haha..harapan aje.. Saya yang sederhana tu.. Tapi, rasanya, taklah sederhana sangat. Macam lemah aje. Pasal ape cikgu pilih tak tahu la. Saya pegi pulak ngan sorang budak paling top kat sekolah saya. Setiap exam straight A. Rasa rendah pulak diri yang sememangnye rendah ni...haha..

Dalam perjalanan, cikgu was2 sekolahnya kat mana. Pastu, cg Hayati bising2 tak nampak signboard sekolah tu.. Haha.. Kelakar cikgu. Kitorang sampai, ramai dah budak sampai. Terpaksa duduk belakang. Duduk belakang, tak nampak pulak slideshownye. Aish, rase sia2 je.

Pastu, rehat jap kol sepuluh. Masuk dewan makan die, wah, lawa jugak. Besar... Hihi.. Kitorang makan mee basah. Memang basah betul mee tu.. Bahaya gak makan, takut kena tudung. Laki n pompuan pisahlah..

Dah habis makan, kuarlah dewan tu. Pandang2 jugak budak2 SMAKL ni. Kot2 nampak Maariah ngan Haziqah. Tengah jalan2 nak ke dewan, nampak sorang budak macam Maariah. Die tengah gelak2 senyum bila nampak kawan die jumpe kawan lama (camtu kot..)Eh, Maariah ke tu? Hati tertanye-tanye.. Kepala senget 45 darjah nak surekan, betul ke tak..

Pastu, 'Maariah' tu pandang muka saya, tapi muka dia masa tu cam xde perasaan je.. Huhu.. Oh, tidak kenalkah dirimu akan diriku? Tapi, tak pastila tu Maariah ke tak.. Lepas tu, baru saya sedar yang saya pakai mask. Hahaha.. Padanlah pandang tak de perasaan je.. Disebabkan kena patuhi masa, saya jalan je lah menonong ke dewan. So, sekarang ade satu soalan nak tanye Maariah. Maariah, awak ke tu?

Pastu, tiba pulak masa solat zohor, lepas mkn tghari. Wah, lawalah surau die.. Besar.. Alah, surau2 asrama memanglah lawa.. Pastu, jalan2, letaklah telekung kat dalam surau tu sebelum amik wudhu'. Masuk2 je, ade sorang budak SMAKL ni, terkejut nampak saya. Die terus urut dada.. Ohho.. mentang2lah saya pakai topeng..Hahah...tak delah.. Pastu, tengok2, la Haziqah rupenye.. Saya nak amik wudhu', so, sy tunjuklah tag nama saya, tapi dia kate die tak nampak pulak.. Saya bagi sign language 'kejap2'. Amik wudhu', pastu kejar orang tgh jemaah, dah habis, haziqah tegur.

Yey! Lama tak jumpa ziqah. Rindu lak.. Dah nak dekat setahun tak jumpe.. Hehe.. Diorang tengah exam. Start Selasa lepas. Borak2 sikit psl peajaran, pastu habis. Pelok2 sikit, masuk balik dewan, belajar kimia kertas 3. Takdelah mengantuk sangat skrg.. Pastu balik, kol 4 ptg. Cikgu hantar Rabie balik sekolah, pastu hantar sy balik rumah.

Sampai2 rumah, tengok2, ade notis tertampal kat depan pintu. Notis itu berbunyik,"Umi ngan uci teman abah pergi Melaka. Kunci kat umah opah".

Pergilah pulak rumah opah. Sebenarnye, lama jugak dah pergi rumah opah ni, seberang jalan. Opah tanya, nak masuk dulu ke tak. Saya masuk jelah memandangkan dah lame tak jumpa opah.

Opah ni, seorang wanita yang telah menjaga saya masa kecik.


Umi kate, mase sy merah lagi dah dihantar kat rumah opah sebab umi keje.. Opah keje amik upah jaga budak2. Dari saya, opah jaga adik2 saya, sampailah yang Musyirah 4 tahun tu.. Wah, adik-beradik sekali dijaga.. Opah sekarang makin berumur, tai, still kuat jaga budak. Sekarang pun still jaga budak.

Tadi tengok opah jaga budak2, teringat mase dulu2.. Sebijik je opah cara opah jaga dorang, macam jaga kitorang dulu. Sedih pulak tiba2.. Anak opah tinggal jauh2, so opah sunyi la tinggal sorang2 kat rumah, sebab tu sampai sekarang still jaga budak2.. Tapi, ade sorang anak opah ngan cucu tinggal tak jauh dari rumah opah. Die jaga opah.. Kitorang panggil die, 'Mak'. Tak taula, memang diajar dari kecik..haha..

Pastu, opah siap suruh saya makan lagi.. Hihi, segan pulak tetibe.. Makan kurma ayam dan ayam masak sambal. Kenyang la jugak. Alhamdulillah, rezeki.

Gambar- Opah masa saya 6 tahun kot..

Baik, sekian sahaja kenangan hari ni. Buat tatapan masa hadapan. Trial lepas cuti, tapi tak habis belajar lagi.. Adui..

Baik, assalamualaikum.

p/s: mohon sedekahkan al-Fatihah buat Opah yang telah kembali bertemu Penciptanya  17 Nov 2010..  T^T Moga arwahyarhamah sentiasa dalam kalangan mereka yang diberi Rahmat.. Opah, yong sayang Opah.. (sebak...)

Comments