Keputusan PLKN

Salam..

Huu.. Hari tu, satu kelas kecoh semakan status calon plkn dah keluar.. Joanne kena.. Joanne kate, leh semak online, gi kat laman web dia.

Jadi, balik2, petang tu, bukak la website dia, tapi, connection tak ada. Peliklah jugak, sebab bukak website lain, ade pulak. Patutlah Joanne kate, kadang2 connection tak ada. Abah kata, ramai orang nak check, sebab tu tak dapat. Abah kata, cuba pagi esok.

Huu.. Perasaan berdebar-debar je.. Sekarang ni, pasrah ajelah.. Kalau tak dapat, tak pelah.. Kalau dapat, rasa malas pulak nak pergi. So, ape-apehal pun, semak ajelah dulu. Kaunselor kata, dia pilih random aje.

Jadi, pukul 5,25 pagi, bangun tidur, terus bukak komputer. Tulis kat Google, PLKN. Klik semakan status apebenda ntah(dah lupa), dan keluarlah tempat dia suruh letak nombor kad pengenalan...

Mula-mula check untuk Fazlina. 920327-14-xxxx, klik, semak. Maaf, anda tidak tersenarai dalam senarai (macam tu la kut). Huu..saya dah tarik nafas dah ni.. Check untuk Sharinah pulak, 921124-08-xxxx, klik semak. Maaf, anda pun tak tersenarai jugak...(lebih kurang la..:P).

Jantung dah kencang dah ni...
Sekarang, giliran saya pulak. Dalam bentuk cerpen la..

xxx

Monitor di hadapanku ku tatap dalam-dalam. Cahaya monitor di dalam kegelapan pagi itu menyilau mataku. Ku buka tutup mataku dengan harapan dapat menyesuaikannya dengan cahaya yang serba terang itu.

Dengan nafas yang ku tarik dalam-dalam, kunci-kunci nombor di atas papan kekunci(eh, betul ke tak ni?) ku tekan perlahan-lahan.

920506-14-xxxx

Keringat mulai menitik daripada dahi adikku yang sedang tidur akibat kepanasan kerana kipas telah ku halakan kepada ku yang cemas.

Lambat-lambat ku tekan butang 'semak'... dengan lafaz basmallah.

"KLIK"...







bersambung selepas ini...

Comments