Program Ibrah Wasiat Luqman

Program Ibrah Wasiat Luqman ni, diadakan hari ini, 10.6.2009. Tempatnya di rumah kedai di luar Adni. Mula pukul 9.00-1.00 lebih. Aktiviti-aktiviti yang diadakan:
Sebelum rehat:Ibrah Wasiat Luqman
Selepas rehat: Ayuh, Mari Berpidato

Pagi tadi, Ijah tak dapat ikut sama sebab ada tuisyen Arab. Jadi, saya ngan Shidah jelah yang pergi. Pagi-pagi tu, sibuk nak pilih baju apa nak pakai. Jubah ke, baju kurung ke, t-shirt ke.. Last2, pakai je la t-shirt KSPPJ (Karnival Sukan Piala Presiden JIM) tu.. Sempat lagi buat lawak dengan Shidah, barapa ramai la agaknya yang pakai baju yang sama dengan saya. Memang kadang-kadang tu, nampat banat pakai baju yang sama. Tuisyen Arab Ijah pukul 8.30, tapi Ijah siap lambat. Kami sampai lambat ke program. Dahlah, lepas tulis nama, terlupa bayar yuran. Hahah.. Sepuluh ringgit sorang. Nasib baik abah panggil balik. Tulah, ingatkan Shidah dah bayarkan.. Hoho.. Pastu, terperasan pulak sorang banin ni pakai baju KSPPJ. Dah agak dah, mesti ada yang pakai punye.. Tapi, banat tak ade pulak..

Program pertama, Ibrah Wasiat Luqman. Makcik Zaiton yang conduct. Ibrah bermaksud pengajaran.

Aktiviti pertama, Syifa' kata, 'Ice Breaking kononnye..'. Saya ngan Shidah tak tahu apa2 sebab terlambat sikit. Pastu, mula buat kumpulan. Boleh pilih sendiri. Group saya, Balqis, Murshidah, Sumayyah, Yasmin( Al-Amin Bangi), Syamila(Mel) dan Yana. Syamila ngan Yana ni, amik aliran sains agama. Alamak, lupa pulak diorang sekolah apa.

Makcik Ton bagi dua helai kertas untuk dijawab. Soalan2nya adalah berkisar tentang Luqman. Yasmin dah keluarkan Al-Quran, tapi makcik Ton kata, tak boleh ada apa2 rujukan. Guna ilmu sedia ada. Tapi, Balqis ni, guna fon dia sebenarnya. Kuikuikui.. Balqis terlupa kot takleh guna rujukan. Ayok.. Sebab tulah, dapat markah 14 tu.. Terlupa lak nak tegur. Biaqpilah dia.. Nama kumpulan, Muslihah. Budak2 nilah, tak tahu nak letak apa, main letak je nama tu. Muslihah tu maksudnya, yang memperbaik. Dahlah, nama ketua pun Muslihah. Aiyoo.. Dah hantar kertas tu, makcik Ton bagi lagi kertas2 yang sama, dan jawab dengan rujukan, iaitu Al-Quran dan buku2 mengenai wasiat Luqman yang telah disediakan. Kena bandingkan jawapan.

Kesimpulannya, ikut wasiat Luqman. Kezaliman yang terbesar ialah, mempersekutukan Allah. Surah Al-Luqman merupakan surah Al-Makkiyah, ada 34 ayat dan merupakan surah ke 31.

Pesan makcik Ton, jadikan Al-quran sebagai air. Kalau tak baca sehari, tak boleh. Mesti baca jugak. InsyaAllah makcik Ton.

Program kedua, Ayuh, Mari Berpidato. Cikgu Akmal yang conduct.

Antara pemidato yang mampu mengubah sejarah adalah Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Antara pemidato yang hebat sepanjang zaman pula adalah Tariq bin Ziyad, Saidina Ali dan Ibn Al-Jauzi.

Belajar berpidato, kerana kita nak berdakwah. Adakah orang akan ikut kita, kalau cara percakapan kita membosankan? Tentu tidak.
Itulah antara ucapan pendahuluan cikgu Akmal.

Belajar pembelitan lidah. Betullah kata cikgu, kalau nak berpidato, kena belajar dan berlatih. Lepastu belajar teknik pengayaan. Cara gerak jari, tangan ke kiri ke kanan, belakang, depan. Tapi, yang paling best, masa belajar teknik penceritaan. Teringin nak buat contoh yang dia bagi tu, tapi, ada hal sikit, jadi, tak boleh bangun. Heheh.. Lagipun, ayat dia ganas sikit. Kalau buat kat rumah, boleh la.. Haha..

Apa? Kau tampar bapa kau sendiri? Kau ni memang memalukan keluarga! Tak cukupkah selama ni engkau jadi pemabuk, kaki judi, pecah amanah, keluar masuk penjara...

Tulah contoh dia. Ada lagi, malas nak tulis je. Balqis ke depan dengan Shamila. Shidah kata, Balqis kalau cakap, memang gitu lah cara. Ada nada. Hoho..

Last2, cikgu Akmal suruh buat latihan dekat rumah.

Makcik Ton bagi nasihat, supaya belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.

Habis.




Comments