Apa Yang Berlaku Minggu Ni?

Ahad, 14 Jun

Ummi masih di hospital. Tak boleh keluar lagi sebab tak scan lagi. Doktor cuti hari ahad. adoi.. hari ni ummi pindah ke wad di neurologi. oklah,wad selesa sikit. ijah jaga ummi lagi,jadi kemungkinan ijah tak sekolah esok.
Kat rumah, banyak kerja kena buat. Nak prepare rumah lawa tuk ummi. Nanti ummi esok nak balik, takkan nak tengok rumah sepah-sepah, kan?
Shidah tak sempat balik asrama. Abah penat sangat pagi tu. Cadang hantar pagi esok.

Isnin, 15 Jun

Wow, kali ni, kena masak sarapan sendiri. Pagi-pagi,bangun tanak nasi. Pastu, tidur balik. Pukul 5.30 bangun, siapkan diri dan masak. Masak nasi goreng biasa je. Tuk Ayyit, masak roti bom aje. Adik-adik, kejut mandi, pakai baju, makan, diorang pun pergi sekolah. Nasib baik abah ade kat rumah, tolong tengokkan Uci kejap. Akibatnya, saya lambat ke sekolah, tapi tak kena tahan pun. Abah tak dapat hantar Shidah balik sekolah, tak sempat lagi. Leh.. So,pagi esok la gamaknya. Sian Shidah. Abah pun buat surat. Tapi, suruh yong taip pulak, haha.. Pandai-pandilah reka ayat.
Ummi balik rumah malam tu.

Selasa, 16 Jun

Ummi penat lagi. Tidur je. Sian ummi.Doktor bagi ubat banyak sangat. Ummi jalan pun tak betul lagi. Jadi, rumah dan adik-adik, masih di bawah tanggungjawabku. Ummi tak leh kena air sangat,cepat kecut kulit. Sian Shidah, abah tak dapat hantar lagi. Cadang hari ni, tapi, problem pulak. Abah hantar Shidah malam, tapi patah balik sebab jam.

Rabu, 17 Jun

Lupalah sarapan apa pagi tu. Shidah abah hantar pagi-pagi, pukul 6. Ummi dah ok sikit,tapi tak ok jugak. Tak boleh pegang benda berat-berat.

Khamis, 18 Jun

Malam pukul 9, ahli-ahli usrah datang ziarah sekali ngan naqibah kitorang,Makcik Zai. Mak Sumayyah pun datang. Ayah-ayah depa pun ikut mai sekali.Borak ngan abah.
Entah kenapa, Atan famous malam tu. Haha.. Semua suka kat Atan. Kata muka Atan comel. Bulu bersih. Haha.. Kalau Uci,dia pijak je ekor atan tu.

Jumaat, 19 Jun

Ada lawatan ke pameran pendidikan di klcc untuk pengawas pusat sumber. Datang-datang, sesat sekejap. Yela, dengan budak-budak tingkatan 1 ngan 2 yang masih lagi kanak-kanak Ribena, adui, tuhan sajalah yang tahu. Dekat sejam, baru sampai dewan yang dimaksudkan dalam surat. Datang-datang, tempat tu macam sunyi. Menyedihkan betul, sebab, tanya-tanya pengawal kat situ, " Emm, rasanya pameran tu, tarikh akhir dia semalam," Lah, sudah......
Apa daa surat tu, haha,buat penat kitorang je. Cikgu nak mengadu sebab bagi kitorang surat salah tarikh...Abis la..

Sabtu, 20 Jun

Koko sekerat hari. Nak kumpul tandatangan. Kerengga masuk dalam telinga Nadia.Sian dia. Cikgu kate kena masukkan air dalam telinga,tapi nasib baik kerengga tu dah keluar...

Balik rumah,Eteh ngan PakLong ada. Petang, ajak Pak Long ke Giant. Beli barang keperluan sebab abah outstation lagi. Pegi Sarawak kot.. Malam Pak Ngah pulak datang. Lawat ummi dan... hantar shidah balik rumah.

Shidah kena demam campak. Hahahah.. eh, tak baik gelak. huu~ Nasib baik demam campak je, tak chicken pox, sebab saya tak pernah kena lagi.Kang tak pasal2 kena jangkit. Sian shidah, baru je balik sekolah,balik rumah balik...

K lah, nak study sejarah. Trial bulan 8... Huu~

Comments