Cikgu, Saya Sayang Cikgu

Sedih betul hari tu. Hari Selasa yang bertarikh 19 Mei 2009.

Hari tu, kami tak ada periksa. Jadi, yang datang sekolah cuma 8 orang. 4 ambil periksa sains sebagai subjek tambahan, 4 lagi duduk dalam kelas termasuk saya. Sebelum rehat, budak-budak 4 orang tu pun masuk kelas sebab dah habis periksa kertas 2. Jadilah 8 orang balik...

Ada cikgu masuk. Tak belajarlah, jadi, kitorang borak-boraklah. Tiba-tiba diorang ungkit pasal cikgu Bio kitorang sendiri. Diorang mengadu dengan cikgu-cikgu tu.

Setiap kata-kata yang dituturkan, begitu menyakitkan hati saya. Saya tak masuk campur, saya diam je. Daripada 8 orang, cuma 2 orang yang mendengar dan memerhati.

Kisahnya di sini, diorang nak cikgu Bio, Cikgu Lili ditukar dengan cikgu lain, Cikgu Tan. Antara alasannya, cikgu mengajar guna LCD. Saya pun tak tahu kalau itu alasannya.

S cakap kat cikgu-cikgu, " Can you imagine a computer with no emotion and faceless teaching us? ". Saya betul-betul terkejut bila dia cakap macamtu. Tambah lagi, dia asyik ulang ayat yang sama. Saya...saya tak sangka dia akan cakap macam tu. Padahal, dia...baru je minggu lepas S kata kat cikgu Lili, " Cikgu, saya tahu ramai budak kata cikgu macam tu, cikgu macam ni, tapi, saya tak rasa cikgu macam tu. Saya tetap dengan cikgu. I have no problem by the way you teaching us. There is no any problem with that. Yang masalahnya adalah budak-budak tu..." Okey, dia cakap macam tu dan saya betul-betul percaya yang dia tak ada masalah dengan cikgu Bio, tapi, apa yang dia baru cakap hari Selasa hari tu, betul-betul menyakitkan hati saya.

Tambah lagi, F dan TSN mengadu sungguh-sungguh dekat cikgu lain, lebih tepat, mengata. Kata cikgu suara serak, baca ikut buku, tak bersedia nak mengajar... Saya betul-betul tak sangka, yang budak Cina pun kata camtu. Tapi, F ada la jugak bagitau benda yang positif. F kata, cikgu busy, sebab di samping ajar sesi pagi, cikgu jugak ajar sesi petang.

Tapi, apa yang paling saya terkejut, rupa-rupanya satu kelas mogok nak gagal Bio ujian intervensi yang lepas supaya dapat tukar cikgu. Bagi saya, ini sesuatu yang kejam. Patutlah markah diorang low masa tu. Saya dah tak tahan nak mengalirkan air mata, bila saya bayangkan kesusahan cikgu, ketidakjemuaan cikgu dalam mengajar kami semasa tingkatan 4 dan 5, tapi...tapi, sanggup diorang kata yang bukan-bukan tentang cikgu. Walaupun betul, tapi, mereka dah melampau!

Bila saya dengar mereka kata camtu, saya rasa macam nak pergi peluk cikgu. Bila saya fikir balik, mereka ni sebenarnya tak menghargai cikgu... Biarlah cikgu tu tak pandai mengajar, tapi, dia cuba juga datang ke kelas untuk mengajar, tapi, sampai hati diorang semua kata camtu...

Pelajar kini, jarang menghargai jasa guru-gurunya...

Comments