Okey, bulan lepas saya baca buku ni. Bagus la jugak. Penulis buku ni, nama dia Tash Aw, lahir kat Taiwan, tp lepas tu pindah kat Malaysia, tapi lepas tu, dia pindah lagi England ke London, tak ingat. Jadi, buku ni berlatarbelakangkan Malaysia.
Mengisahkan seorang lelaki yang hidup pada masa sebelum Jepun datang nak menjajah Tanah Melayu. Namanya Johnny, seorang lelaki cina. Buku ni ada tiga section.
Section pertama, anak Johnny, Jasper menceritakan cerita pasal ayah dia. Siapa ayah dia tu, apa yang ayah dia buat semasa hidup... Jasper sedaya upaya mencari bukti-bukti sejarah pasal ayah dia, Johnny Lim, seorang usahawan kain yang terkenal suatu masa dulu.
Section yang kedua, cara penceritaannya adalah melalui diari. Diari seorang wanita yang bernama Snow Soong. Sedapkan nama tu... Perempuan ni, digambarkan lawa. Putih, tinggi, dan daripada keluarga yang berada pada ketika tu. Snow Soong ialah isteri kepada Johnny. Pada section ini, Snow menceritakan detik-detik perjalanan hidup dia. Pada masa mula-mula dia bertemu dengan Johnny, dan macam mana kehidupan dia dengan Johnny selepas mereka berkahwin. Diselitkan juga cerita tentang kawan Johnny, Peter Wormwood. Ada watak baru, Mamoru Kunichika, seorang profesor Jepun dan Frederick Honey. Bila korang baca section ketiga, baru korang akan tahu apa hubungan Kunichika dan Honey, haa...
Section ketiga pula, adalah daripada pandangan Peter Wormwood. Memang agak berbelit sikit bab ni. Saya, bila dah habis baca, baru sedar jalan cerita dia. Terpaksa ulang balik untuk dapat kesan yang lebih menarik. Cehh..
Akhir kata, cerita ni, memang best. Tapi, gambar pompuan kat depan buku tu, tak ada kaitan ye dengan isi di dalamnya. Mengacau je gambar tu. Oh ye, Harmony Silk Factory tu adalah nama kedai rumah si Johnny Lim tu. Di situlah kedainya, di situlah rumahnya. Memang Johnny Lim seorang yang terkenal, tetapi, ada sesuatu di sebalik itu, yang hanya Jasper dan Frederick yang tahu. Haa, apakah ia? Nak tahu? Bacalah buku ini hohoho.
Buku ni, merupakan gabungan tiga pencerita, Jasper Lim, Snow Soong dan Peter Wormwood yang menceritakan Johnny. Maksudnya, Johnny langsung tak terlibat. Tak ada langsung monolog Johnny dalam buku ni. Semuanya dari kacamata orang ketiga. Bukan teknik penceritaan orang pertama.
Apa-apa pun, buku ni, best la jugak... Saya dapat kat perpustakaan sekolah. Agak-agaknya, kat perpustakaan korang ada tak buku ni?
psst:
tambah sikit. hari ni, 5 jun 2009, Tash Aw keluar tv. Dekat segmen Breakfast dekat NTV7. Dia dah buat buku baru.... Haha..
Comments
Post a Comment
Thanks for the comment guys ^^