Saturday, June 23, 2012

Berdoa kerana Percaya

Assalamualaikum.

Just a short entry.

#Perkongsian MABIT semalam

Ehem. Kak Amal share apa yang dia baca dalam satu buku ni, "Rahsia Datangnya Pertolongan Allah" kalau tak silap.

Antara yang saya tersentuh,
adalah mengenai 'Kepercayaan pada Allah sepenuhnya.'

google

Kepercayaan pada Allah, takda kaitan dengan sebab dan akibat.

Jom kita tengok contoh, iaitu berdoa.

Kita berdoa, bukan sebab nak hasil semata, tapi kepercayaan kita pada Allah, bahawa Allah itu Maha Berkuasa.

Bila fikir balikkan, doa ni sebenarnya, nak tengok sejauh mana kita percaya yang Allah tu berkuasa untuk menentukan segala-galanya. 

Ok, katakanlah, kita berdoa nak dapat A dapat exam ni, tapi Allah tak makbulkan.
Ha, bila kita tak dapat apa yang kita nak tu, mula kita salahkan Allah, 

"Aku dah doa banyak kali dah, tapi, Allah tak bagi pun".

Buruk sangka. Walhal, kita tak tau pun, mungkin benda yang kita nak tu, Allah tahu tak sesuai untuk kita, sebab tu Dia tak bagi.

Seriously, memang kita hidup ni, kena percaya pada Allah giler2 betul2.

Percayalah, setiap apa yang berlaku kat kita, dah tertulis dalam Lauh Mahfuz.

Doa pada Allah, moga Dia berikan apa yang TERBAIK untuk kita.



Emm, tu je la nak cakap. 

#Faham dok point nye? ^^

Tuesday, June 12, 2012

Final!

jpeg dari slide powerpoint
Assalamualaikum.

Menarik tak slide tu?
Amik masa tengah study aromatic.

Semoga ada manfaat di situ ^^,

Sekarang ni minggu exam. Esok bermulanya paper pertama, Kimia Organik.

Banyak jugak u lain tengah exam.
Karenah mahasiswa/wi semua lain-lain.

Janganlah masa ini, digunakan untuk kita jauh dari Allah.
Means, study pulun sampai 5 pagi, ngantuk, bangun kul 9 pagi, tinggal subuh.
Tak dapat redha MasyaAllah..

Semoga minggu exam ni, dimanfaatkan untuk kita dekat dengan Allah.

Ya, ramai jugak time exam ni baru nak solat hajat, tahajud segala, tetapi bukankah itu lebih baik dari mereka yang jauh dari Allah.
Study sampai solat lewat, al-quran tak baca.

Bergantung pada usaha sendiri semata-mata.

Allah yang menentukan, kita hanya berusaha.. ^^

Selamat ber'exam'. Moga dipermudahkan.


p/s: peringatan buat diri yang menulis juge~



Saturday, June 2, 2012

Oh GOD!!! :((((((((



Assalamualaikum.

Agak lama tak menulis.
Sekarang tengah minggu 'study week'.

Kenapa tiba-tiba nak menulis?
Dah lah tak tahu tajuk yang sesuai...

Back to the point.

Tujuan entry kali ni, adalah semata-mata untuk mewujudkan awareness dalam kalangan kita rakyat Malaysia, terutama kita yang bergelar MUSLIM.

Anda tahu perkembangan isu dunia sekarang? Yang berkaitan dengan Islam?

Ya, isu SYRIA.

Kenapa dengan SYRIA?

Saya pun mula-mula tidak cakna dengan isu ni. Sedikit saja. Jahatnya................ :(((((((((
Cuma beberapa bulan yang lepas, tahu tentang kebangkitan rakyat Syria disebabkan si Basyar Assad tu!

Apabila 25 Mei 2012 telah berlalu, baru saya membuka mata.. Baru sedar tentang apa yang SEDANG BERLAKU.

Pembunuhan besar-besaran dilakukan oleh rejim Basyar Assad di Houla, Syria!

Sungguh kejam! ='(

Betapa ramai kanak-kanak dibunuh, dipenggal begitu sahaja.. ='(

Tapi, kita kat sini langsung tak sedar tentang apa yang berlaku..........................
Terfikir juga, apa yang saya sedang lakukan tatkala kanak-kanak itu semua dihancurkan............. ='(
Pada 25 Mei 2012..

AYUH kawan-kawan sekalian!

Kita amik peduli tentang isu di Syria!

Jangan butakan mata dan pekak kan telinga!
Mereka saudara seIslam kita, adik-adik kita, abang dan kakak kita di sana!

Betapa kejam dan zalimnya Basyar Assad terhadap Syria!
Syiah melampau!

Tengoklah video-video tentang apa yang berlaku di Syria sekarang.
Bukan lagu-lagu cinta dan drama-drama korea..

Links:


  1. Save Syria Now! - video ni ada terangkan macam mana revolusi di Syria bermula iaitu pada 15 Mac 2011
  2. Al-Houla Massacred - video ni pulak pasal pembunuhan ratusan kanak2 pada 25 Mei 2012 :'(
Please spend some of your time to aware about things happening in Syria...............


Pembunuhan di Houla.. BASYAR sangat KEJAM!

Bayi pun turut diBOM! KEJAM!


Makin ramai kanak-kanak dibunuh dari hari ke hari..


Dan, please, ada certain cerita atau video di youtube yang tidak benar, jadi, berhati-hatilah..


Semua ada FB kan?

Like page-page ni untuk mengetahui detik-detik yang berlaku di Syria. InsyaAllah dari sumber yang boleh dipercayai.. Ia diupdate dari hari ke hari..


Ada juga petition untuk halau duta Syria dari negara kita.. 
Ada kat Harian Metro yang beberapa negara dah pun halau duta Syria dari negara dorang.. Jepun dan banyak lagi.. The latest negara yang halau adalah Turki..

Tapi, Malaysia? Bila lagi??




Jadi, apakah tindakan kita......?
Takut untuk melihat gambar-gambar tersebut?
Takut untuk melihat video anak-anak dan mereka-mereka yang berjihad dan syahid di jalan Allah??


Itu bukan satu alasan yang KUKUH.

Salam 'alaik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...