Thursday, August 27, 2015

Memori PLKN di Sarawak


Aku memandang ke luar tingkap kereta. "Bukit Jalil..." bisik hatiku. Dari jauh, aku dapat melihat beberapa khemah berbumbung putih didirikan di ruang kosong berhampiran Car Park C. Ketika abah mula mencari tempat untuk meletakkan kereta, mataku meliar mencari khemah yang menjadi tumpuan. "Yong, tak dapat cari tempat nak parkinglah... Yong pergi daftar dululah, abah nak cari parking," ujar abah.

Abah langsung memberhentikan kereta berdekatan khemah-khemah tersebut. Aku membuka pintu kereta lalu turun sambil membawa lampiran surat dan tiket bas yang aku telah terima melalui pos. Dup dap dup dap, hatiku berdebar. Entah kenapa, aku berasa gementar. Tiga bulan, merupakan jarak masa yang lama bagi aku dan buat pertama kalinya aku akan berpisah dengan keluarga dalam tempoh yang panjang, sepanjang tiga bulan! Itulah yang aku fikirkan.

Ummi turun bersama aku dan kami bergerak ke khemah yang terhujung berlabel, 'Kem Junaco Park'. Aku menghampiri barisan manusia yang sedang berbaris panjang menanti giliran untuk mendaftar. "Ya Allah! " aku menjerit pendek. Aku terlupa akan dompetku yang mengandungi kad pengenalan di dalam kereta. Mataku meliar mencari kereta abah, namun hampa yang kuterima. Segera aku menelefon abah meminta Mu'izzah, adikku, mencari dompetku. Hampir lebih lima minit aku menunggu. Aku keluar dari barisanku demi memberi laluan kepada mereka yang ingin mendaftar dahulu.

"Ijah! Sini, sini! Cepat sikit!" Aku memanggil Mu'izzah dari jauh. Dia berlari-lari anak menujuku. Seusai kad pengenalan bertukar tangan, aku segera memasuki khemah pendaftaran. "I/C dan surat dik," minta urusetia yang bertugas. Aku memberikan kad pengenalanku dan juga lampiran surat yang dimintanya. Sambil menunggu proses pendaftaran, aku menggeselkan kedua-dua belah tapak tanganku yang dingin. Aku masih berasa amat gementar.

"Nah, ambil ni dan terus pakai. Adik boleh bergerak ke bas di sana, sekarang. Bas dah nak bertolak," ujar urusetia itu sambil memberikan aku sebuah tag bertulis "...". Aku segera memakainya di leher dan menelefon abah. Beg-beg aku masih di dalam kereta dan aku masih tidak nampak kelibat Kia Caren milik abah di kawasan itu!

"Yong jalan straight,lepas belok kiri, nampaklah kereta abah," ujar abah.

Abah dan adikku, Mu'izzah membantuku mengangkat barang-barangku untuk diletakkan di tempat yang disediakan di bawah bas. Aku menyalami dan memeluk abah dan ummi. Mu'izzah juga tidak terlepas. Perlahan-lahan aku naik ke atas bas. Aku memilih tempat duduk yang membolehkan aku menatap wajah ahli keluargaku sebelum kami bertolak ke KLIA untuk penerbangan ke Sibu, Sarawak.

Sekali lagi jantungku berdegup kencang. Hari ini akan menjadi kali ketiga aku menaiki kapal terbang, jadi ia bukanlah punca gementarku ini. Gementar ku adalah kerana aku tidak pernah berpisah dengan keluargaku dalam tempoh yang lama. Paling lama pernah aku berpisah adalah selama sebulan, kerana mengikuti perkhemahan selama sebulan selepas tamat SPM. 

Perlahan-lahan bas berlalu meninggalkan Bukit Jalil.
Aku menarik nafas dan melepaskan keluhan.
Sesuatu yang baru akan menungguku di sana.
Kem Latihan PLKN.
Kem Jonaco Park, Sibu, Sarawak.

27 Mac 2010.

.TAMAT.

*****

Hahaha.

Tajuk entri ni macam lame semacam. Maaf ye.

Ok, itu adalah sedikit sebanyak perkara yang terjadi sewaktu hari penerbangan saya ke Sibu, Sarawak untuk menjalani latihan PLKN. Macam cerpen pendek pula.
Tiba-tiba saja tulis tentang ni. Macam la ada orang nak tahu kan. Haha.
Tapi, saya tulis ni, supaya tak hilang memori ni dalam hidup saya.

Sebenarnya, banyak juga pengalaman dekat PLKN pernah saya post dalam blog ni suatu ketika dulu.
Culture shock bagai.
Tapi post ni menceritakan D-Day saya bertolak ke sana lah. 
Pengalaman di PLKN ada saya titipkan beberapa dalam entri-entri sebelum ni.

Nak baca ke?
Tak perlu lah haha.
Ada depression sedikit sebenarnya dalam entri-entri tu.
Maklumlah, diri masih muda remaja, tak banyak pengalaman dan tak tahu kawal emosi.
Tapi, boleh je nak baca.
Saya letak link kat bawah. Ikut urutan. Sikit je pun. Kalau takda kerja nak bacalah :P

Ok, bye :)

List entri tentang pengalaman sebelum, semasa dan selepas sesi PLKN di Kem Junaco Park, Sibu.


Beberapa gambar juga saya letak di bawah. Saja. Kenangan.


Ummi dengan payung kuningnya

Dorm wirawati
Inside our dorm. Kemas kan?

Tinggikan nak naik dorm kitorang?
Salah satu tasik daripada berbelas tasik di kem ni

Ada kandang rusa on the way naik ke dorm. Sejuk mata setiap hari.
Duty rooster! Spot my name!

Dewan kuliah. Pagi-pagi akan berkawad ke situ
Rindunya boot ni. Teringat wirawati yang lain komen, "Mus ni jalan macam lelaki la." Huhu. Nak buat macammana haha. I think 1/3 of my soul might be a male instead of fully female :P That's why bila masuk U je, suka pakai skirt labuh. Nak train diri jalan macam perempuan kononnya. Alhamdulillah, berjaya kut(?). Heh.

Kawad kawad! Team Bravo! Hoyeh!
My best friends! Yana (Melayu Melanau), Stephanie (Chinese Sarawak), Maryam (Melayu KL), Priya (Indian KL)

Cutie Neetheya main batu seremban. Hei, memang ada dalam modul tau. Haha.
My classmates! Sarawakian semua ni.

Over there sitting alone was Kevin. Half Chinese, half Iban. Very tall. I actually had some issue with him. Twice! Still can remember his sad face when he asked, "Awak tak nak salam saya?". As if he wanna said, "Awak salam orang lain boleh pulak." Oh no Kevin, you tak perasan la tu saya tak bersalam dengan lelaki yang lain juga. Hope you'll understand. Because of our different in faith and gender, we can never shake hand :) Unless if you are my husband though aha. Understanding about Islamic faith and belief really is lack in Sarawak. Harap Islam sampai kat mereka-mereka ni.  Ok, panjang pulak caption ni lulz.

Kayak
Dewan makan. Setiap malam lepas isya' kena kumpul sini untuk announcement aktiviti esok hari.

Tiket balik yang pihak PLKN sediakan. Balik alone huhu sebab nak masuk matrikulasi punya pasal. So, tak habis pun 3 bulan PLKN :P Sebulan seminggu je kut tak silap. Tapi, still dapat elaun untuk bulan pertama.
Bye PLKN :) Really love the cloud. 10 Mei nak daftar masuk matrikulasi haha. Last minute giler preparation. But then, some memories are better off written so as not be forgotten by my not-so-bright brain ehe.

No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...