Monday, March 30, 2015

How To Survive GST?

Assalamualaikum semua.

Lama pula rasanya tak menulis tentang isu semasa.

G.S.T.

Semua orang tahu kut apakah itu GST.
Good and Service Tax.

InsyaAllah, esok 1 April 2015 akan bermulanya pelaksanaan GST ke atas negara kita secara official.
Ramai yang kata ia adalah April Fool yang paling memeritkan haha.
Suka lah saya nak beritahu, GST bukan lah satu gurauan tahunan, tetapi adalah satu realiti.

Kalau ikut pembacaan, ada yang mengatakan dengan GST, harga barang supposely akan jadi lebih murah kerana selama ni kita bayar 16% SST (Sales and Service Tax), tetapi ada juga yang mengatakan bahawa harga barang akan naik dek kerana ketamakan dan ketidakjujuran peniaga yang akan sengaja menaikkan harga barang.

Kita tengok lah nanti macam mana ye selepas 1 April 2015 ;)

Semalam, abah ada share sesuatu di Whatsapp group family.

Tentang 40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar.
Katanya, tips itu dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad seorang pensyarah UiTM yang merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.

40 tips itu memang menarik dan saya rasa ia tidak tertakluk untuk kita gunakan semasa dalam kegawatan ekonomi, namun pada bila-bila masa sahaja kita boleh mula berjimat-cermat untuk kemaslahatan masa hadapan.


  1. Belanja kurang dari pendapatan
  2. Cari cara buat duit lebih
  3. Ubah gaya hidup
  4. Rancang kewangan anda
  5. Mulakan menabung Emas Fizikal
  6. Batalkan kad kredit
  7. Kurangkan cakap di handphone
  8. Cari hobi yang tambah pendapatan
  9. Hadiahkan diri dengan simpanan
  10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
  11. Jangan beli kerana "Diskaun Akhir Tahun/ Awal Tahun"
  12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
  13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa
  14. Nikmati hiburan percuma
  15. Kekal prestasi cemerlang
  16. Sibukkan diri agar tak ke shopping mall selalu
  17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
  18. Berhenti merokok
  19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
  20. Makanan bukan untuk dicuba
  21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
  22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
  23. Sediakan dana pelaburan
  24. Jangan mudah putus asa
  25. Jangan salahkan panda bila kita susah
  26. Barang terpakai bukan dosa
  27. Beli baju di Mydin pun kacak juga
  28. Beli secara tunai
  29. Jangan jadi hamba faredadee
  30. Jangan jadi hamba Honda City
  31. Guna moto itu ranggi
  32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
  33. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
  34. Tutup lampu kipas bilik / rumah bila keluar bilik
  35. Kereta kecil tetap bergaya
  36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
  37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta
  38. MESYUARAT KELUARGA TENTANG BELANJA
  39. Kurangkan tengok drama orang kaya-kaya
  40. Didik nafsu
Nahh banyakkan tips nya. Jika ada yang relevant dengan kita, boleh lah ikut satu persatu senarai di atas.

Selepas abah share tips ni, abah tulis,

"Berapa tips yang kita boleh buat? 

#1 : Jom kita potong duit belanja. Tiap orang kena bawak bekal, termasuk Abah.
#2 : Jom kita start buat program untuk remaja. April ni angah & Ijah ada kat rumah, kita boleh plan & buat at least satu program. MMR reactivate!"

Haha.

Nampaknya abah dah guna tip no. 38 iaitu mesyuarat keluarga tentang belanja.

Saya pun baru ada saving plan tersendiri mulai semalam.

1. Bawa botol air sendiri setiap kali pergi fakulti / meeting. Avoid buying unnecessary sweet drink like canned drink or air manis bungkus and avoid buying mineral bottle.

2. Setiap kali pergi cafe kolej, bawa Tupperware untuk tapau makanan @ makan je kat cafe untuk jimatkan RM0.20 charge for degradable food container.

3. Jangan beli sarapan. Buat sendiri. Beli roti Gardenia tu, tahanla 5 hari. So, sarapan 2 keping roti. Minum pagi 2 keping roti. Lunch nasi. Dinner nasi. Malam 2 keping roti if lapar.

4. Avoid unnecessary shopping/ikut kawan jalan-jalan.

*****

Yeah, let's face this year together, ok? =)

All the best!





No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...