Wednesday, March 4, 2015

Benarkah Syurga Itu Untuk Kita?

Andai kita merasakan hidup ini indah, senang tiada payah,
Apakah benar syurga itu untuk kita?

Para sahabat berjuang terluka tubuh,
Menggadai harta demi perjuangan agama,
Berkorban masa untuk nabi tercinta,
Segalanya demi menggapai syurga di akhir nyawa.

Sedang kita gembira di sini, pada masa ini,
Tidak merasa sebarang bebanan untuk menyambung rantai perjuangan Muhammad,
Tidak merasa pahitnya jalan dakwah,
Apakah benar syurga itu pengakhiran kita?

Dakwah,

Adalah sunnah terbesar nabi Muhammad S.A.W.
Setiap dari kita adalah da'ie.

"Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat" - Hadis

No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...