Thursday, September 4, 2014

Misi Mencari Mujahid

12.30 pagi
19/7/14

::MISI MENCARI MUJAHID::

Yong: Angah, Ayit tak balik-balik lagi ni. Tadi Iyah kata lepas terawih, Ayit balik rumah kejap, pastu keluar balik. Dah tu tak balik lagi ni. Jom kita cari dia nak?
Angah: Iye? Ish, takkanlah. Takkan la ayit lepak-lepak dengan kawan-kawan tengah malam ni?

*Bergegas pakai telekung, keluar rumah, dan berjalan ke hujung lorong, dan bus stop - bus stop yang berdekatan.
Di satu penjuru gelap, nampak kelibat beberapa anak-anak muda lingkungan umur dalam sekolah menengah, bercampur lelaki perempuan.
Bila kami datang dekat ke kumpulan tu, dalam hati, "Ish, takkan lah Ayit dengan diorang..." Bila makin mendekat, kumpulan itu cepat-cepat berpecah, balik ke rumah masing-masing. Mungkinkah gerun dengan kami yang bertelekung tengah malam? Heh.
Alhamdulillah, tiada Ayit.

Yong: Angah, best jugak kan kalau kita main ronda-ronda camni tengah malam setiap hari. At least, as a silence reminder kat budak-budak yang macam ni.
Angah: 

*Kami teruskan perjalanan.
Pergi ke bus stop yang selalu menjadi tumpuan anak muda di kala tengah malam. Scan muka sorang-sorang (sambil buat muka tegas), dan Ayit tiada. Alhamdulillah.

Teruskan perjalanan ke bus stop seterusnya. Ayit tidak dijumpai.
Dalam hati dah risau.
Balik semula ke rumah, kejut abah.
Abah amik kunci kereta, dan kami ikut bersama meneruskan "Misi Mencari Mujahid".
Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikiran.

Yong: Abah, entah-entah Ayit kat masjid kut? Sebab, bukan ke kita plan nak qiam kat masjid pagi ni? Kut la dia pergi tidur terus kat masjid, cumanya, tak bagitau kita dulu. Mungkin dia ingat kita dapat agak yang dia pi tidur masjid kut.

* Pergi ke masjid Klang Gate dengan kereta, dan sangat lega bila nampak selipar Ayit.

Tamat.

Banyak pengajarannya tengah malam ni.

1) Keluar rumah bagitau ibu bapa/ kakak abang dulu kalau nak gi mana-mana. Risau jugak.
2) Tak sangka rupa-rupanya memang akan ada anak-anak muda bercampur gender berkumpul tengah-tengah malam, tak buat apa.
3) Bersangka baik dengan adik sendiri. hehe.
4) Keyakinan kepada Allah perlu berada di tahap yang paling tinggi. Kita berusaha, tapi, mesti bertawakal juga kepada Allah atas apa-apa perkara yang tidak diduga akan terjadi.

Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...