Monday, July 7, 2014

Latihan Industri

Kakiku tegas melangkah menuju ke destinasi. 

Pencarian mengenalpasti jabatan OSHEN pada minggu sebelumnya ternyata telah membuahkan hasil kerana aku yakin ke mana langkah ini harus dituju pada hari ini.

Jam 8.20 pagi, aku melangkah masuk ke Jabatan OSHEN. “Excuse me, puan Nazihah ada?”. Aku bertanya kepada salah seorang staf di situ.

7 Julai 2014, tarikh melapor diri untuk latihan industri di Jabatan OSHEN, Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Mulakan perkenalan dengan senyuman, anda boleh melakukannya! =)

Dua bulan adalah jangka masa yang singkat.

Misi sepanjang sesi praktikal?

Of course yang pertamanya adalah untuk proaktif mencari ilmu di dunia pekerjaan, dannnn, DAKWAH itu bukanlah nombor dua (2).

Di mana saja anda berada, anda adalah seorang Muslim, seorang da’ie.

Tunjukkan akhlak Rasulullah, itu seringkas-ringkas dakwah.


Yosh!



p/s: OSHEN (Occupational Safety, Health and Environment)

No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...