Tuesday, December 24, 2013

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya...

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita tentang kawan sekelas :)
Kami, total satu kelas untuk tahun 3 ni, 19 orang je. 13 perempuan 6 lelaki.

Dalam tak sedar, dah nak masuk 3 tahun kami bersama sebagai rakan sekelas.
Saya pernah cerita, dalam blog ni tentang dilema saya nak tukar kos ke tak. Masa tu baru tahun 1.

Konklusinya, saya memilih untuk tidak tukar kos, kerana selepas istikharah, hati saya seperti terikat dengan kos ni, dan juga kerana terbit rasa sayang kepada coursemates, walaupun baru dalam 2 minggu start kuliah.

*****

Biasalah, kalau ada birthday sesiapa, kami akan buat gathering (sesama perempuan je). Samada birthday girl tu belanja kami kat luar (kehkeh) ataupun, kami buat kat bilik sesiapa je antara kami dalam asrama ni.

Dan, bila tiba time ucapan, masing-masing akan luahkan perasaan masing-masing, bukan saja terhadap birthday girl, tapi kepada semua yang lain juga.

Dan, bilamana saya berkata, "Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya," I really mean it. Real deep.

Each, and everyone of them, really is unique and special in my heart.


PERUBAHAN 

Sepanjang berjalan bersama mereka dari tahun 1 ke tahun 3, macam-macam perubahan dapat dilihat.

Sampaikan tak sedar bila masa mereka start pakai stoking, start pakai sarung lengan. Masa ni di tahun 2.
Paling tak sangka, perbualan mereka menegur sesama mereka,

"Weh kau. Mana ninja kau? Semua orang dah pakai ni. Hahaha."
"Ala aku tak dapat cari yang murah. Kau belikanlah untuk aku kalau kau jumpa."

MasyaAllah. Rasa sangat tersentap masa tu. Hampir kesemua mereka pakai tudung bawal bidang 45 yang jarang tu, tapi, mereka dah mula pakai inner tudung (mereka panggil ninja). Mereka menegur sesama mereka, masyaAllah. Kadang-kadang, terfikir yang diri ini langsung tak bagi contribution pun kat situ.
>.< Tak pernah pun tegur diorang, tapi tup tup, SubhanaAllah, Allah bagi mereka hidayah dengan sendiri nya..

Kadang-kadang, terdengar mereka menegur, "Weh, tudung tu, tudung. Labuh sikit tutup dada. Butterfly sikit haha" Sambil ketawa, sambil menegur. Hebatnya ukhuwah.

Dah masuk tahun 3 ni, kalau ada ja kelas kat Bangunan Yayasan Selangor tu, kami biasanya malas sikit nak turun tingkat bawah untuk solat di surau. Yelah, bilik kuliah kami tingkat 17.

Jadi, kami solat dalam bilik kuliah yang berkarpet itu aje.
Dan, berjemaah.

Hari tu, semua dah solat kecuali dua orang ni. Terdengar perbualan di bahagian belakang.

Ca: "Kita nak solat jemaah ke ni?"
Wa: "Boleh je. Kau jadi imam."
Ca: "Eh kaulah."
Wa: "Kaulah. Kalo tak kite solat asing."

Dorang pun asingkan diri.

Ca: "Ish, jomlah. Yela, yela. Aku jadi imam."
Wa : *iqamat*

Hehe. Lucu dengar perbualan mereka. Sangaaatt comel.

Mereka berdua tak pernah jadi imam lagi kut, untuk solat berjemaah.
Tapi, kali ni, Ca memberanikan diri, alhamdulillah.

Paling best, setiap kali pergi mana-mana, yang memerlukan kami solat, mereka tak pernah tertinggal ingatkan saya, "Mus, solat jemaah?" Rasa sangat terharu. Mereka antara faktor saya terus kuat dalam kehidupan sebagai seorang daie..

Dan, bilamana kita tolak salah seorang dari mereka, untuk jadi imam solat Zuhur atau Asar, pasti ada akan menolak. Kerana katanya tidak yakin, tidak bersedia lagi. Tapi, akan saya cakap,
"Ala, Allahuakhbar aje.. Hihi"

Tambah lagi, bila mereka solat, ada yang tak perlu pakai telekung dah.
Do you know why when I said that?

Dulu, kalau setiap kali ke kelas yang kuliah nya sampai petang, mesti mereka akan bawa telekung bersama-sama.
Masuk tahun 3 ni, jarang dah antara mereka yang bawa telekung ketika solat di bangunan yayasan selangor.

Means, mereka tahu aurat mereka dah ditutup dengan sempurna, sehingga membolehkan mereka solat tanpa telekung.
Sayang diorangg.


KITA BELAJAR

Alhamdulillah, saya suka sangat bila masing-masing belajar menjadi imam solat berjemaah. Saya pun dulu bermula dengan solat Zuhur dan Asar. Ya, nak membina keyakinan menjadi imam solat itu, tidak mudah. Mungkin kerana merasakan diri ini tidak sempurna atau tak cukup ilmu. Tapi, itulah yang akan membuatkan kita berubah menjadi lebih baik, demi melayakkan kita menjadi imam solat berjemaah.

Kami ceritakan kat mereka, "Nanti dah kahwin, ada anak, suami kerja kat luar, siapa nak ajar anak-anak solat berjemaah, selain kita?" =)


KECEWA

Ada je lelaki yang tidak pernah menjadi imam solat jemaah. Even sesama kawan-kawan.
Hal ini agak mendukacitakan sedikit lah.

Saya amat berharap, kawan-kawan perempuan sekelas saya ni, bertemu jodoh, dengan lelaki yang pernah menjadi imam solat berjemaah, sebagaimana masing-masing antara mereka pernah menjadi imam solat berjemaah sesama kami =)
Aminn.





I really love my coursemates. Really.
Thank you for coming into my life..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...