Tuesday, December 24, 2013

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya...

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita tentang kawan sekelas :)
Kami, total satu kelas untuk tahun 3 ni, 19 orang je. 13 perempuan 6 lelaki.

Dalam tak sedar, dah nak masuk 3 tahun kami bersama sebagai rakan sekelas.
Saya pernah cerita, dalam blog ni tentang dilema saya nak tukar kos ke tak. Masa tu baru tahun 1.

Konklusinya, saya memilih untuk tidak tukar kos, kerana selepas istikharah, hati saya seperti terikat dengan kos ni, dan juga kerana terbit rasa sayang kepada coursemates, walaupun baru dalam 2 minggu start kuliah.

*****

Biasalah, kalau ada birthday sesiapa, kami akan buat gathering (sesama perempuan je). Samada birthday girl tu belanja kami kat luar (kehkeh) ataupun, kami buat kat bilik sesiapa je antara kami dalam asrama ni.

Dan, bila tiba time ucapan, masing-masing akan luahkan perasaan masing-masing, bukan saja terhadap birthday girl, tapi kepada semua yang lain juga.

Dan, bilamana saya berkata, "Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya," I really mean it. Real deep.

Each, and everyone of them, really is unique and special in my heart.


PERUBAHAN 

Sepanjang berjalan bersama mereka dari tahun 1 ke tahun 3, macam-macam perubahan dapat dilihat.

Sampaikan tak sedar bila masa mereka start pakai stoking, start pakai sarung lengan. Masa ni di tahun 2.
Paling tak sangka, perbualan mereka menegur sesama mereka,

"Weh kau. Mana ninja kau? Semua orang dah pakai ni. Hahaha."
"Ala aku tak dapat cari yang murah. Kau belikanlah untuk aku kalau kau jumpa."

MasyaAllah. Rasa sangat tersentap masa tu. Hampir kesemua mereka pakai tudung bawal bidang 45 yang jarang tu, tapi, mereka dah mula pakai inner tudung (mereka panggil ninja). Mereka menegur sesama mereka, masyaAllah. Kadang-kadang, terfikir yang diri ini langsung tak bagi contribution pun kat situ.
>.< Tak pernah pun tegur diorang, tapi tup tup, SubhanaAllah, Allah bagi mereka hidayah dengan sendiri nya..

Kadang-kadang, terdengar mereka menegur, "Weh, tudung tu, tudung. Labuh sikit tutup dada. Butterfly sikit haha" Sambil ketawa, sambil menegur. Hebatnya ukhuwah.

Dah masuk tahun 3 ni, kalau ada ja kelas kat Bangunan Yayasan Selangor tu, kami biasanya malas sikit nak turun tingkat bawah untuk solat di surau. Yelah, bilik kuliah kami tingkat 17.

Jadi, kami solat dalam bilik kuliah yang berkarpet itu aje.
Dan, berjemaah.

Hari tu, semua dah solat kecuali dua orang ni. Terdengar perbualan di bahagian belakang.

Ca: "Kita nak solat jemaah ke ni?"
Wa: "Boleh je. Kau jadi imam."
Ca: "Eh kaulah."
Wa: "Kaulah. Kalo tak kite solat asing."

Dorang pun asingkan diri.

Ca: "Ish, jomlah. Yela, yela. Aku jadi imam."
Wa : *iqamat*

Hehe. Lucu dengar perbualan mereka. Sangaaatt comel.

Mereka berdua tak pernah jadi imam lagi kut, untuk solat berjemaah.
Tapi, kali ni, Ca memberanikan diri, alhamdulillah.

Paling best, setiap kali pergi mana-mana, yang memerlukan kami solat, mereka tak pernah tertinggal ingatkan saya, "Mus, solat jemaah?" Rasa sangat terharu. Mereka antara faktor saya terus kuat dalam kehidupan sebagai seorang daie..

Dan, bilamana kita tolak salah seorang dari mereka, untuk jadi imam solat Zuhur atau Asar, pasti ada akan menolak. Kerana katanya tidak yakin, tidak bersedia lagi. Tapi, akan saya cakap,
"Ala, Allahuakhbar aje.. Hihi"

Tambah lagi, bila mereka solat, ada yang tak perlu pakai telekung dah.
Do you know why when I said that?

Dulu, kalau setiap kali ke kelas yang kuliah nya sampai petang, mesti mereka akan bawa telekung bersama-sama.
Masuk tahun 3 ni, jarang dah antara mereka yang bawa telekung ketika solat di bangunan yayasan selangor.

Means, mereka tahu aurat mereka dah ditutup dengan sempurna, sehingga membolehkan mereka solat tanpa telekung.
Sayang diorangg.


KITA BELAJAR

Alhamdulillah, saya suka sangat bila masing-masing belajar menjadi imam solat berjemaah. Saya pun dulu bermula dengan solat Zuhur dan Asar. Ya, nak membina keyakinan menjadi imam solat itu, tidak mudah. Mungkin kerana merasakan diri ini tidak sempurna atau tak cukup ilmu. Tapi, itulah yang akan membuatkan kita berubah menjadi lebih baik, demi melayakkan kita menjadi imam solat berjemaah.

Kami ceritakan kat mereka, "Nanti dah kahwin, ada anak, suami kerja kat luar, siapa nak ajar anak-anak solat berjemaah, selain kita?" =)


KECEWA

Ada je lelaki yang tidak pernah menjadi imam solat jemaah. Even sesama kawan-kawan.
Hal ini agak mendukacitakan sedikit lah.

Saya amat berharap, kawan-kawan perempuan sekelas saya ni, bertemu jodoh, dengan lelaki yang pernah menjadi imam solat berjemaah, sebagaimana masing-masing antara mereka pernah menjadi imam solat berjemaah sesama kami =)
Aminn.





I really love my coursemates. Really.
Thank you for coming into my life..





Tuesday, October 15, 2013

"Bestnye..." "Tak sabarnye..." kata mereka.

Salam aidiladha semua ^^

10 Zulhijjah semalam, alhamdulillah.
Balik kampung, jumpa saudara mara as usual.
Abah kata, kalau tak bawak kami adik-beradik dari kecil ke rumah sepupu, dua pupu abah ummi ni, nanti dah besar payah, tak kenal! \\(^^,)//

Alhamdulillah, 9 Zulhijjah, berjaya mengadakan bulatan gembira dengan kawan-kawan iyah dan uci di rumah.
Tajuknya, berkisar nabi Ibrahim dan aidiladha.
Tajuk nampak macam biasa kan?

Terfikir nak cerita kat adik-adik ni, lepas pergi kuliah mingguan BADAR kat kolej haritu.
Ustaz cerita tentang kisah nabi Ibrahim. Of course la, kalau Aidiladha je, mestilah cerita nabi Ibrahim kan? :)
Mungkin ramai je yang rasa, "Ah aku dah tahu cerita ni. Dari kecik ustazah dah cerita."
So, taknak pergi lagi majlis-majlis ilmu yang bercerita tentang ilmu yang sama.

Padahal, kita tak tahu, yang setiap orang punya penyampaian yang berbeza.
Dan, malam itu, saya dapat tahu yang rupa-rupanya, ada kisah lain yang saya telepas pandang selama ni.
Interesting, right?
Kita dapat benda-benda yang berbeza pada tajuk yang sama.


Selepas habis bercerita kisah nabi Ibrahim dari nabi kecil hingga ke penyembelihan nabi Ismail, adik-adik ni sibuk bertanya tentang kisah nabi yang lain.

Menarik kan anak-anak kecil ni?

Betapa mereka ada rasa ingin tahu yang sangat kuat dengan sejarah Islam, namun, kita sebagai kakak abang dan ibu bapa, pada zaman teknologi ini, seolah olah makin meminggirkan mereka dari kisah-kisah sejarah Islam.

Sibuk ditayangnya anak-anak or adik-adik kita dengan Astro Ceria yang ada drama budak-budak kecik dah mula bercinta cinta, ditayang Astro Ria, or mana-mana saluran yang ada drama atau filem Melayu, yang kebanyakan genre adalah cinta!

Bagaimana kita nak lahirkan pemimpin negara masa depan jika di mata anak-anak ini hanya ada hiburan dan cinta?

"Bestnye..."

Kata adik-adik ni, bila kami bercerita tentang malaikat-malaikat yang sedang berada bersama mereka, ketika mereka berada dalam majlis ilmu. Excited!

Majlis ilmu adalah taman-taman syurga.

"Tak sabarnye..."

Kata mereka, bila kami bercerita tentang keindahan syurga. ^^

InsyaAllah, sampai di sini sahaja dulu. Kisah kisah peristiwa pada hari bersejarah dalam Islam, perlu diceritakan secara kerap kepada anak-anak dan adik-adik kita.

Supaya mereka tidak akan pernah lupa, ketika hidup di zaman teknologi ini =D

Salam Aidiladha (^^,)//








Saturday, September 21, 2013

Kematian itu Tarbiyah Diri


Dihubungkan dengan jalinan usrah, kita berukhwah.

Dalam setahun, tidak lebih 20 kali berjumpa.

Betapa Allah sayangkan kamu...

Menitis air mata, mengenang kenangan kita bersama berusrah.

Pergi KLCC, makan buah.

Kau yang ceria, tidak pernah miss usrah walau sekali.

Moga berada di dalam rahmat Allah, Wani..


#mohon sedekahkan al-fatihah untuk adik usrah saya, Nurhazwany pelajar tahun 2 Fakulti Perubatan, yang meninggal disebabkan denggi.

Friday, September 13, 2013

Strong girls


Look like a GIRL,
Act like a LADY,
Think like a MAN,
Work like a BOSS.

****************

A strong girl, indeed.

A girl like that, what an awesome girl. Cool.

Wish I could be one. But.

The thinking part, need a lot of hard work.

Wish I could meet someone like that.

To admire.

***************

Sayidatina Khadija?

Sayidatina Aisya?

Khaulah Al-Azwar?

***************

Strong girls.

And there were more.
There are more.
There will be more.

Let's be strong too.


Monday, June 3, 2013

Don't Judge My Choices, Without Understanding My Reasons



Pelik kan?

Kenapa kita suka judge orang lain? Fitrah kah?
Atau di bentuk melalui persekitaran?

A wise man once said, "What we see, reflect who we are..."

Pensyarah hubungan etnik ada bercerita, tentang seorang pasangan yang baru berkahwin.
Mereka menyewa sebuah rumah. Suatu hari, si isteri memandang ke luar, melalui cermin jendela, "Bang, cuba tengok kain-kain putih jiran kita yang disidai di ampaian. Kotor kan? Mereka tak reti membasuh ke apa? Dah lama saya melihat kain jemuran mereka. Setiap hari, begitu juga hasil cuciannya.." 

Si suami melihat saja ke luar jendela, tanpa berkata apa-apa.

Suatu hari, si isteri memandang ke luar jendela, dan terkejut, "Bang, mereka dah reti basuh baju la. Putih cucian mereka kali ni." Si suami memandang si isteri sambil berkata, "Sayang, sebenarnya, abang yang lap cermin jendela kita ni.."

Lap kacamata.

Apa yang menyebabkan wujudnya "first impression" itu ya?

Adakah kerana kita memandang dengan satu perasaan bahawa kita ternyata lebih baik dari mereka? Nauzubillah.

Bolehkah ia dididik?

Pernah suatu ketika dahulu, sewaktu zaman muda remaja.
Sekelompok gadis berselisih dengan saya dan adik. Tiba-tiba, terlontar kata-kata dari mulut ini, "Ish, mereka ni tidak belajar pendidikan Islam kah? Dah lah gemuk, pakai baju ketat, nampaklah lemak-lemak!"

Cepat-cepat adik meningkah, "MasyaAllah yong. Tak baik kata mereka macam tu. Kalau mereka tahu, mesti mereka marah. Dan itu namanya mengumpat, tahu?"

Rasa hati tercarik.

Alhamdulillah, Allah beri peringatan on the spot melalui adik, dan hal itu membuatkan saya mengubah diri selamanya on the spot juga. Mengumpat, satu perbuatan yang mana apabila orang yang diperkatakan itu apabila dia tahu, dia akan marah. Mengumpat itu satu dosa.

***

Ada seorang perempuan yang tidak menutup aurat. Tetapi badannya bongkok sedikit.
Mungkin ada antara kita yang akan terdetik di hati, "Ish, dahlah bongkok, tak tutup aurat pulak tu!"
Astagfirullah.

Senang saja kan hati ini menilai dan menghukum.

Harus kita ingat, apa-apa saja yang datangnya dari Allah, apa-apa saja yang diciptakan Allah, tidak berhak untuk kita mengkritik. Lebih-lebih lagi makhluk ciptaan Allah. Apa hak kita untuk kata orang itu macam ni, orang itu macam tu. Jika kita mengkeji luaran makhluk ciptaan Allah, samalah seperti mana kita mengkeji Allah.
Nauzubillah.

Last, but not least, seorang sahabat pernah share di wall Facebook nya,



"Don't judge my choices without understanding my reasons."

Ketika itu, terasa diri ini disambar kilat, dihempas ombak bergelora.

Whenever a person did something, there must be a reason behind that. Can we blindly judge him, without knowing the real reasons behind his choices?

That's cruel man! 

Seorang lelaki menari tarian tradisional, kita katakan lembut.
Seorang perempuan yang selalu berkerut muka, kita katakan stress.
Seorang lelaki yang selalu tak datang kuliah, kita katakan malas.
Seorang perempuan yang tidak senyum, kita katakan sombong.

Apa yang ada pada pandangan mata kita sebenarnya?
Pernahkah kita bertanya mereka, mengapa ini itu begini? Sebelum terus menilai?

Lap kornea mata.

Wallahualam.

Friday, May 3, 2013

Please Understand Me


Haunted by the past,
He is forced to grow into a cold man,
So to hide his emotions and feelings,
And his weak and fragile heart.

He has the heart of a child.

He is waiting for someone to understand him,
Someone to be in his shoes,
Someone to help him overcome his haunting past.

A glass,
Is a fragile thing.
Need to be handle carefully,
With gentle and lenient.

And one day,
You will see it glow and sparkle,
Just,
Don't ever leave it alone.


#3/5/2013
My thought over this..."someone".



Friday, April 5, 2013

3 Lukisan Hati


Suatu hari di dalam bulatan.

Kak Tehah berkata sambil tersenyum, "Akak nak, semua keluarkan sehelai kertas".


"Sekarang, akak nak, semua lukiskan 3 lukisan hati. Satu hati yang sangat besar, satu sederhana besar, dan satu yang kecil saiznya".

Lalu, terhasillah lukisan seperti di bawah...


"Okay. Sekarang, tuliskan di dalam setiap lukisan hati tu, apa/siapa/benda yang kamu sayang, atau yang kamu rasa berhak berada di dalam lukisan tu... =)"

Masing-masing mula tersengih, lalu menunduk untuk menulis.

"Sudah? Okay, siapa nak share?"

Masing-masing tersenyum sesama mereka. Ada yang mengangkat tangan. Katanya, "Hati yang besar, adalah Allah, yang sederhana besar adalah Rasulullah, dan yang kecil adalah ibubapa saya." Sahabat-sahabat yang seterusnya juga membentangkan yang hampir serupa.

Saya? Hampir serupa juga.



Bagi saya, sesuatu yang paling dan sangat-sangat saya sayang adalah nikmat Islam dan iman yang saya ada sekarang... Tak ada apa pun yang dapat compare dengan dua itu. Sesungguhnya Allah itu adalah Maha Pengasih dan Penyayang. Nikmat iman dan Islam menjadikan saya terus kuat dalam hidup ni. 

Dengan nikmat Islam dan iman yang Allah kurniakan ini, saya dapat merasakan kasih sayang Allah dan Rasulullah kepada saya. Amat-amatlah rugi pada sesiapa yang mensia-siakan kedua-dua nikmat ini =(

Ummi, abah... Tanpa tarbiyah dari mereka, tanpa bi'ah solehah yang dipupuk mereka, siapalah agaknya saya pada masa ni...?

Kawan-kawan yang memahami, sahabat-sahabat yang mempunyai fikrah yang sama, itulah yang menenangkan jiwa. =)

Cinta kepada mereka yang berlainan jantina?
Maaf, itu tidak termasuk, selagi dia tidak halal kepada saya.
Namun, segalanya kembali kepada Yang menciptakan saya, Yang menciptakan awak semua...

Hanya Dia yang berkuasa membolak balikkan hati, kerana hanya di tanganNya, terletak semua jiwa...




Friday, March 15, 2013

It Won't Stop Flowing

An emotional week.

Everything was smooth until Tuesday.
Then, Wednesday?

Some people gang up on me.
On something they assumed by themselves.
Not bothered to ask me why directly on my face,
Only perception in their minds.

Thursday.
Meeting them, a dull feeling appeared.
I hate myself for not feeling like what Rasulullah feel when he was hurt.
Like what happened in Taif.

Friday.
One issue came out.
I tried to give my opinion on the issue.
And, the comments,
Made me looks like I'm the bad person.

Now I know.
These are the risks I have to take,
As the exchange of being outspoken.
As the exchange of "For things to change, I have to change first".

To let out what's in our mind,
To say whatever things we feel,
To do what Allah ask us to do.

Tears kept flowing.
Days by days.
I hate it when I suddenly realize how fragile I am.
How soft my heart was when confronted challenges.

I've never be fond of crying.
Since when did I became so soft?
Since when did I cried for something that happens to me?
Since when did I became so weak??
Or, is it supposedly a natural thing?

This is it.
This might be one of the way for Allah to speak to me.
He knows I'm rarely cried these days, especially to Him.
So He gave me these challenges,
Making me shed my tears,
To remember Him.
To remember that He is there with me..

Monday, February 25, 2013

Students Love Nescafe!


Well, Nescafe is a brand of a coffee drink. -,-


When examination is around the corner, most students will stayed up late, burning the midnight candle to study.
But,to do so, many of them took coffee drink to stay awake.

Are you one of them? :)

It is nothing wrong to take the coffee, really.
Caffeine really helps to stay awake, no doubt.
Yeah.

But, do you know how is the exact way to take coffee??

Well I don't really know the exact way, but I can share you something I have learned in toxicology.

Coffee contains caffeine.
Caffeine is a foreign thing to your body,of course! Because it came from outside of your body. It is called xenobiotic. 
It also can be a toxic to your body, if your body don't excrete it away.

Caffeine will affect the brain,of course, to send stimulus so you can have the wakefulness.

I just want to share, that our body takes about 5 to 6 hours for caffeine to be excreted.

My lecturer said, it is okay to take caffeine in the morning. Because, by 5-6 hours, our body will be free from caffeine, which is a good thing.
But, let's say someone took caffeine in the morning, then in the evening, next in the night!
Will he/she be able to sleep?? Of course not!
That will be really bad for your body!
Don't you love your body??

Do you know that there are actually others drinks that contains caffeine??

Chocolate drinks have caffeine, and even green tea have caffeine in it!
Wow! I've actually found the alternative for caffeine instead of coffee! Hee
Stimulants in green tea can also helps you to stay awake.

Green tea is the best!
Eventhough the caffeine in it is in the small amount, but it's worth trying. For those who maybe want to reduce the intake of caffeine in their daily life, maybe you could try picking up green tea as your morning beverage.

And, as far as I know, green tea is wayyy better than coffee in maintaning your health, eventhough maybe not much in making you stay awake.

So, all the best for students all over Malaysia! and the world~


#nescafe under nestle. so, saya boikot. hehe~






Sunday, February 17, 2013

Maybe, I'm Just A Dumb Kid


He's mad. I know.
Or, he is rather disappointed in me.
Again, this feel like a deja vu.
Oh wait, this kind of thing really did happens before.
Back then when I was a secondary student.

That night,
I myself, kept questioning, why did this happen?
Maybe, I'm just a dumb kid.
Sometimes,I feel like I don't really need to ask this.
You should know by yourself already.

Nevertheless,
I have to ask this question.
To kill the heartless senseless me.

People are not born brainless.
Every normal person has cerebrum and cerebellum.
Every normal person has the same 4 lobes of cerebral cortex.
And yet, why have some people gained success, and some gained failure?

It's the matter of everything.
The matter of hardworking and lazy.
The matter of determining and hesitating.
The matter of do you really want it, or you don't give a damn about it.
The matter of everything.

I comforted myself.
I did give my very best.
Still, another thought coming, did you really?

I really don't want to blame the credits taken last semester,
I really don't want to blame the subjects nor the lecturers,
I really don't want to blame the clubs activities.
I really don't want to blame anyone.
No one should ever take the blame.
They don't do anything wrong.

In the end,
It's comforting to just put all the blame,
Back on me.

#edited version. Thanks to Jay Leffew for refinements. :)


Wednesday, February 13, 2013

Sedikit kisah tentang Hassan Al-Banna

12 Februari 2013 baru saja meninggalkan kita. 

Ingin saya kongsikan di sini, sedikit kisah tentang latar belakang seorang tokoh yang telah menyusun Al-Mathurat dan pengasas Ikhwanul Muslimin. 

Nampak simple,tapi, cukuplah jika sekadar untuk kita mengenali sedikit siapakah beliau. 

#kawan post kat fb 


As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
Tanggal 12 Februari 1949, syahidnya seorang pendakwah terulung dan reformis Islam, Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau dikenali Imam Hassan Al-Banna. Pemergiannya yang dipenuhi dengan konspirasi yang dirancang musuh Islam yang tidak senang dengan gerakan dakwahnya.

Beliau ditembak di hadapan Pejabat Ikhwanul Muslimin bersama adik iparnya, Abdul Karim Mansur. Dua orang yang tidak dikenali menerpa dan menembak beliau dan adik iparnya. Sebanyak tujuh das tembakan terkena Imam Hassan Al-Banna. Beliau dibawa ke hospital dan dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar. 

Tiada sebarang rawatan diberikan kepadanya dan akhirnya Hassan Al-Banna meninggal dunia pada tengah malamnya. Kemudian, jenazahnya dihantar ke rumahnya.

Pihak tentera memberi amaran bahawa tiada yang boleh bersuara, tidak boleh ada takziah dan hanya ahli keluarga sahaja yang menguruskan jenazahnya serta pengebumiannya mesti diselesaikan jam sembilan pagi keesokan harinya. Jenazah Imam Hassan Al-Banna diuruskan oleh bapa yang melewati usia 90-an ketika itu. Jenazah hanya disolatkan oleh bapanya serta ahli keluarganya sahaja. 

Apa yang lebih mendukacitakan, Raja Farouk I telah menangguhkan hari jadinya daripada 11 Februari ke 12 Februari untuk sama berpesta meraikan dengan mereka yang meraikan kematian insan terulung ini. 

Imam Hassan Al-Banna hanyalah berumur 43 tahun sewaktu beliau dibunuh. Selama 43 tahun beliau hidup, masa beliau banyak dihabiskan dengan mencurah keringat, bakti kejayaan-kejayaan yang agung dan pendirian yang besar, yang kesannya sentiasa disebut-sebut sepanjang zaman. Sesungguhnya 43 thun merupakan angka yang singkat, tetapi ia diisi dengan ketekunan dan amalan yang berterusan, usaha yang dicurahkan tidak dapat dibandingkan dengan umurnya yang singkat.

Imam Hassan Al-Banna telah mencetuskan banyak fenomena kepada perkembangan Islam dan menjadikan rujukan kepada para gerakan Islam di seluruh dunia.

Sebelum kematiannya, Hassan Al-Banna telah meninggalkan 10 wasiat yang begitu berharga untuk semua jemaah Islam. Sepuluh wasiatnya itu ialah: 

 1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
 2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
 3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
 4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
 5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
 6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
 7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
 8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
 9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
 10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


#mogabermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...