Berdebar: Adakah Kerana Amanah?


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis watikah pelantikan semalam (1 Oktober 2012).

Tiba-tiba, rasa tak sangka pulak.
Rasa macam, baru je tahun lepas, masa saya first year, jadi ahli organisasi untuk watikah pelantikan JAKSA sesi 2011/2012.

Tup tup sekarang ni, giliran saya pulak yang dilantik, dan adik-adik first year sesi 2012/2013 ni, jadi organisasi yang melancarkan majlis ni.

Saya ada tulis kot pengalaman saya masa first time berorganisasi kat kolej. Dahlah first program saya adalah Watikah Pelantikan JAKSA, yang merupakan program pertama jaksa yang dihandle oleh pelajar tahun satu. Saya tulis kat Microsoft Word. Hehe.

Yelah, kalau kat sekolah dulu, saya ni jenis yang agak tak outspoken jugak la. Pasif sikit. Bila dah keluar sekolah, barulah saya berjinak-jinak dengan organization and leadership ni. So, bila first time involve aktiviti kolej ni, rasa nak pengalaman tu, dicatat. Hehe.

“Hari ni, perjumpaan Setiausaha Kerja JAKSA. Ramai jugak yang hadir, means ramai yang bagi nama. Dalam 50 orang lebih.
JAKSA 2011/2012 kenalkan diri masing-masing. Then, bincang2 sikit apa tugas SUK nih. Lepas tu, yang dipertua JAKSA mintak volunteers untuk organisasi watikah pelantikan JAKSA. Overall ada 17 jawatan. Dia tulis kat whiteboard. Saya and Mira (baru kenal sebab under SUK yang sama, Kebajikan dan kaunseling) fikir2, nak amik jawatan yang mana. Exco ada sikit je. Nak dua org pulak tu tiap2 exco.  
Bila Amirudin (Yang dipertua JAKSA) tanya sapa nak jadi pengarah, tiba-tiba riuh kat depan, sebelah yang dipertua tu. Ada sorang 1st year ni, JAKSA-JAKSA lain suruh dia jadi. Dia pon bangun jela. Senyum2.  Sume tepuk tangan. Dia kenalkan diri. Namanya Zul. OT. Dia ni, saya rasa macam pernah nampak. Bila ingat balik, oh, dia pernah jadi ketua cheers time sukan baru2 ni. So,bila dia rela jadi pengarah, maybe saya rasa, dia dah ready nak amik tanggungjawab tu.
Next timbalan, tak tahu sape volunteer. Then setiausaha. Yang dipertua jerit, “ S/u s/u!”. Tetiba tengok Syazana berdiri, dari tempat SUK s/u. Syazana ni, saya baru kenal dia. Kebetulan, dia roommate Wani, sorang budak 2nd intake nih. Bila dia berdiri, saya fikir, wah, beraninya dia. Hebatnya volunteerkan diri.. Tu yang saya fikir.  
Then, yang dipertua minta volunteer s/u 2. Dia suruh yang bahagian belah saya ni volunteer pulak, sebab belah syazana, syazana dah volunteer. Saya pandang-pandang belakang,tengok dah ada orang berdiri lom. Tiba2,saya berdiri. Lepas sebut nama dan kos apa, saya duduk. Saya senyap.

Ehhhh?? What have I done?? terlintas kat hati.
Ok. S/u, itulah jawatan saya. Segera saya berfikir, kenapa aku volunteer? Kencang sekejap heartbeat ni."

A lot of things happened since then.
Tak tercerita rasanya. Dengan sistem UKM yang ada Sistem Pembangunan Insaniah, dengan 8 domain hasil pembelajaran yang perlu dilengkapkan. Rasa macam panjang je kalau nak cerita.

Sebelum diiring masuk dewan tu, tiba-tiba rasa berdebar. Yang lain pun ada rasa berdebar. Mungkin sebab angkat ikrar nanti? Amanah yang bakal dipegang?

Kak Atira, YDP  kami, bacakan doa rabitah dan diaminkan kami (yang muslimat je la).

di foyer dewan, sebelum majlis bermula

angkat ikrar

Rasa cuak juga lah. Dengan ikrar yang dilafazkan, means kami tak boleh main-main. Ni amanah.
Kata pa'in, "Semua students yang hadir malam ni, akan menjadi saksi amanah yang dilafazkan kita, pada akhirat nanti."

Apart from that, saya nak share lah hadis ni.

Reported by Abu Hurairah (RA): Once the Prophet (peace be upon him) was speaking to us when, a bedouin came and asked him: "When will the Last Day be?'' The Messenger of Allah (PBUH) replied, "When the practice of honouring a trust is lost, expect the Last Day.'' He asked: "How could it be lost?'' He replied, "When the government is entrusted to the undeserving people, then wait for the Last Day.''  [Bukhari] 

What will it be, if I am one of the undeserving people? Hmm..

But. Nevertheless, I will try my best! (^o^)/

Saya percaya dengan ketentuan Allah. Jalan yang Allah tentukan, pasti ada hikmah tersembunyi di mana-mana. Yeah!

Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi,
 Kolej Tun Syed Nasir Sesi 2012/2013


we are one big happy family~
ヽ(^▽^)人(^▽^)人(^▽^)ノ




Comments