Monday, September 17, 2012

Quranic Circle yang OSEM!


Weee~

Usrah ataupun di kolej ini kami panggil Quranic Circle(QC) telah pun dilancarkan dengan jayanya smalam semalam khas untuk adik-adik tahun satu UKM KL di bawah kelab BADAR.

Excited. 

Saya pair dengan Kak Iyazi, senior tahun 3. 

Group kami ada 10 orang adik-adik, semuanya kos medic. Elya, Ezzah, Wani, Atikah, Nisa', Shidah, Suriati, Ummie, Emilia, dan Nuri ^^


InsyaAllah, walaupun ni first time bawa usrah, a bit nervous sebab kita pun tak pandai mana, tapi, semua orang tak perfect. Kalau nak tunggu semua orang perfect, baru nak menyampaikan ilmu tu, alamatnya memang tak kemana la.

Kita perbaiki diri kita, di samping kita perbaiki orang lain. Kita sama-sama ingat-mengingati. Junior ke, senior ke, sekolah agama ke, tak sekolah agama ke, medic ke, sains kesihatan ke, semua itu tak penting langsung di mata Allah.

Apa yang Allah tengok, adalah sejauh mana ketakwaan kita kepadaNya.
Sejauh mana langkah kita untuk mencari keredhaan Nya...

QC ni memang wajib untuk adik-adik tahun satu. Macam kami first year dulu lah. At least, mereka semua merasa pengalaman berusrah, pengalaman berukhuwah kerana Allah.

Inilah antara wasilah mengingati Allah. InsyaAllah. I'll do my best! (n_n)


::JOM SAMA-SAMA PERBAIKI DIRI::


p/s: Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada Wani yang telah meninggal setahun lebih kemudiannya atas sebab penyakit denggi berdarah ;'( Semoga Allah rahmati Wani dan tempatkan beliau dalam kalangan orang beriman. Semoga langkah kaki Wani untuk ke usrah menjadi asbab dosa Wani terhapus.. Allahurabbi..

1 comment:

  1. Saya cadangkan awak dapatkan buku bertajuk Hisnul Muslim atau dalam bahasa melayunya Perisai Muslim & dalam bahasa inggeris Fotress of Muslim untuk dikongsikan kepada junior2.

    Buku ini dipenuhi dengan doa-doa (serta dzikir-dzikir) yang sahih dai Nabi sehingga tidak perlu rasa ragu untuk mengamalkannya. Setiap kandungannya dijelaskan sekali rujukan hadis dan sumber ambilannya.

    Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...