Tuesday, February 7, 2012

Tegur Direct VS Tegur Perli


My sister tulis kat wall FB dia, yang dia tak suka orang tulis status, perli-perli kat FB. Dia akan rasa sakit hati sangat kat orang tu. Dia suka kalau tegur direct terus, face to face, or by message..

google

Tapi, tak semua boleh ditegur direct, betul tak?

Saya pun jenis yang suka tegur kat FB ni. Tapi kan, memang orang akan sakit hati ke kalau ditegur kat FB? Em, bukan orang lain tahu pun yang ditegur tu dia. Tegurlah dengan cara yang orang lain takkan dapat agak dia sapa, kan?

Bukan apa. Senior pernah bagitau.

" Sampaikanlah apa-apa ilmu pun. Bukan satu hati je yang akan tersentuh, mungkin banyak hati yang akan tersentuh dek ilmu tu."

Boleh lah diibaratkan kat sini. Walaupun orang yang kita target nak tegur tu, tak tersentuh hatinya, tak sampai kepada hatinya, mana tau, mungkin ramai lagi hati-hati yang tersentuh dek teguran tu.

Contoh teguran di FB,

Apa salahnya kalau kita berfikir sekejap sebelum bercakap... kadang2, ayat kita boleh mengguris hati org lain...cume kita je yang tak tau.. jangan anggap semua org sama. kalau kawan kita boleh tahan kata2 kesat, kenape nak samakan die dengan org lain... rambut sama hitam, hati lain2....
Exam nak dekat.. musim stay up pun menjelma.. ramai la yang terleka, tinggal subuh.. emm.. janganla tinggalkan akhirat kerana dunia yang skejap ni... muhasabah diri.. Allah yg bg kejayaan kt kite, tp kite sndiri yg lupakan Allah time Subuh.. mugkin kite dpt result gempak,tapi akhirnye, ke mana result tu berakhir tanpa keberkatan Allah Taala?
Kalau korg nak nampk kurus,toksah la pakai baju kecik2, body fitting.. lagi la org nmpak yang awak tu 'tak kurus' ...pakai baju besar2 skit..style.


KENAPA SIBUK-SIBUK NAK TEGUR ORANG?


Ada tak yang tanya soalan ni agaknya?

Kenapa sibuk nak tegur orang? Mestilah kena sibuk. Kalau dia buat benda salah, benda-benda yang Allah larang, kenalah tegur. Awak tak kesian ke kat dia? Awak nak masuk syurga sorang-sorang ke??

Tak ada orang tegur dia :(

Saya nak tegur depan-depan, takut kecik hati pulak, so, saya tegurlah belakang-belakang. Bukan mengumpat, tapi teguran. Harap-harapnya, kalau bukan dia, orang lain yang akan sama-sama muhasabah diri.

Allah pun dah kata, dalam surah Al-Asr.

Firman Allah bermaksud: “Dan demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecualilah mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3) 


Saya tak mahu jadi orang yang rugi dalam hidup ni. Korang nak?

Berpesan-pesan pada kebenaran, jom jadikan salah satu dari misi hidup kita!
Tak rugi punyerr~


----> Awak selalu tegur orang tak?? Apa pendapat korang tentang tegur-menegur ni?



4 comments:

  1. :)) tegur menegur ni topik panas sepanjang zaman.
    sebab apa kita tegur, kenapa kita tegur, kesan kita tegur pun kena ambik tau jugak.

    kita rasa, kalau ada yang salah tegurlah ikut kemampuan sendiri. bukan senang nak jaga hati semua pihak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "sebab apa kita tegur, kenapa kita tegur, kesan kita tegur pun kena ambik tau jugak."

      betul2. kena ambil kira jugak perasaan orang lain..
      nak tegur banyak caranya.. through article contohnya. bagi kat dia, suruh baca..

      thanks Mar =)

      Delete
  2. kalau saya berani tegur tu org kalau saya kenal dia...saya tak berani tegur sembarang ni..kecuali,tegur secara halus melalui gurauan kan mungkin org yang ditegur tu dpt terima secra perlahan...ini hanya pendapt saya la..hee

    ReplyDelete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...