Pernah Rasa Menyesal Tak?

google

Siapa yang tak pernah rasa menyesal? Ada?
Rasanya semua pernah rasa menyesal...

Bagi yang PERNAH rasa menyesal, Alhamdulillah. Bersyukurlah anda kerana tergolong dalam golongan mereka yang menyesal.


ADA PADA PADA MENYESAL?


Akan diterangkan di bawah.. Jeng jeng jeng..

Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk menghadiri slot tazkirah mingguan BADAR di kolej.

Tajuk minggu ni, "Bedah kitab Bicara Iblis dan Rasul" oleh ustaz Hazim.

Ada antara pengongsian itu, yang saya rasa AMAT menarik!

Macam, WOW! 0.0

JOM BACA!

IBLIS.

Kerja iblis, atau syaitan ni, hanyalah menggoda manusia je. Bukan untuk membawa, atau mengajak sampai manusia tu, betul-betul terjerumus dalam kejahatan. Dok. Tugasnya, hanyalah menggoda je. 

Dah habis goda, dia akan lepas tangan. Sebab tu, automatik kita akan rasa menyesal. Sebab syaitan dah lari dari kita. Tak faham? :P Cuba baca contoh.

Contoh situasi ----> 

Syaitan goda sorang mamat ni. 

"Weh Mamat, ko gi la couple ngan perempuan tu... Ala, sekali sekala je... Bukannya selalu..."
Then, Mamat pun tergoda dan mintak couple ngan perempuan tu. Mereka pun bercouple.

Bila godaan syaitan tu dah berhasil (Mamat dah bercouple), syaitan akan lepas tangan, "Yes! Mamat dah bercouple. Dia dah tergoda ngan hasutan aku. Ok lah Mamat, babai lah~" 
Syaitan pun pergi dari Mamat.

Tiba-tiba je, Mamat rasa menyesal, "Ya Allah, aku dah lakukan sesuatu yang Kau larang... Astagfirullah...". Mamat mula rasa menyesal.

Alhamdulillah, tu tandanya, syaitan dah lari dari mamat, dan mamat mula rasa menyesal.


HABIS TU, KENAPA ADA YANG TAK MENYESAL?

Oh, itu sudah tentu. 

Seperti yang kita baru tau tadi, tugas syaitan goda je kan. Lepas menggoda, dan manusia tergoda, syaitan pun lari, dan manusia akan wujud perasaan menyesal.

Kalau tak menyesal jugak?

Itulah nafsu. NAFSU.

Nafsu ni, sangat istiqamah dengan peranan dia.

Contoh Mamat. Kalau mamat tak berhenti couple, terus-terusan bercouple dan berbuat dosa, itu bukan lagi kerja syaitan. Itulah kerja NAFSU. 

See? Boleh nampak di situ, betapa buruknya nafsu kita rupa-rupanya. Nak salahkan syaitan, tapi nafsu sendiri tak boleh nak kawal. Nafsu nak bergembira dan suka melakukan maksiat kepada Allah, yakni melanggar perintahnya.


KESIMPULAN


Sikap kita, mencerminkan nafsu kita juga sebenarnya.. Kita yang control nafsu, dan jangan bagi nafsu yang control kita...

Nak kawal nafsu jadi baik dan terkawal, berpuasalah.

Tu yang biasa ustaz2 cakaplah. InsyaAllah puasa yang betul-betul puasa, dan bukan sekadar mendapat lapar dan dahaga.

InsyaAllah, sama-sama muhasabah diri. Moga perkongsian baru ni, berguna untuk awak semua dan diri saya juga.

Kesimpulannya, nafsu yang jahat perlu dibuang untuk mendekatkan diri kepada Allah (kata ustaz Hazim).


Wallahu'alam.


p/s: by the way, nafsu ni, ada 3 jenis pulak.. kalau nak search sendiri pun boleh..
kalau ada pendapat, tulislah di ruangan komen di bawah. :) tq.





Comments