Thursday, February 9, 2012

Gadis Alien??

  

  • Gadis yang menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
  • Gadis yang melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
  • Gadis yang mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
  • Gadis yang malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
  • Gadis yang pakai stokin ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
  • Gadis yang pakai hand sock walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
  • Gadis yang meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
  • Gadis yang tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
  • Gadis yang tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
  • Gadis yang tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
  • Gadis yang tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?


Gadis yang GANJIL? 


Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” 
(H.R. Muslim)

pic credit to Royatu Qadrok

6 comments:

  1. Ganjil susah untuk ditemui sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila anda berkumpul bersama orang-orang yang 'ganjil', insyaAllah, awak akan senang menemui yang 'ganjil'.

      Delete
  2. Islam bermula dlm keadaan dagang dan akan kembali dagang.

    ReplyDelete
  3. pakai macam tu pon orang kata alien.
    saya suka tengok orang pakai macam tu
    dan cuba untuk jadi macam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) adibah, awak tahu tak?

      kata-kata awak ni, memang menyenangkan hati.. terima kasih..
      insyaAllah, perlukan niat yg betul, keazaman dan istiqamah. harap2nya, kita dua dapat berusaha untuk jadi macam tu.. Aminn..

      Delete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...