Friday, February 17, 2012

Bila Berbicara Soal Hati...




Pada suatu petang di ruang tamu...


Hariz : Ayit, nah keropok. Kte beli.

Ayit : Halal tak?

Hariz : Halal lah...

Ayit : Yelah..(bernada tegas). Halal ape?


Tersenyum saya bila mendengar dialog budak-budak darjah 6 ni. Eh, awak faham tak apa maksud Ayit? o.0


MASALAH, MASALAH...


Ramai tak yang care pasal makanan halal tak halal ni agaknya?? Kalau dalam kehidupan saya seharian, sangat tak ramai. -,- hmm.

Ha, nak cerita. Adik-adik kan, selalu dijemput ke rumah kawan-kawan, birthday party lah katakan. Then, bila balik, selalulah bawak balik birthday goodies yang dalam beg kecik2 tu.

Kat dalam tu, macam biasalah, ada keropok, gula-gula, coklat, ect.

Yang menjadi masalahnya, memang tak pernah lah ada goodies yang 100% semuanya halal. ada yang 70%, 50%.

Yang tak tahannya, baru-baru ni, satu je junkfood yang ada tanda halal, out of 10 junkfood yang ada dalam goodies tu. Memang suruh adik-adik campak semua tu dalam tong sampah lah kan... Nasib baik diorang faham jugak pasal ni.

Teringat masa diorang kecik-kecik dulu...

Yong : Ayit, Iyah, Uci. Gula-gula, keropok, semuanya mesti ada tanda halal, ok? dan Yong tak nak sesiapa makan makanan yang ada halal tipu, faham? Halal yang macam ni je korang boleh makan, ok?? (sambil tunjukkan halal JAKIM)

Adik-adik : Ooo k...


HALAL TIPU, HALAL BETUL


Kalau kita kata kat adik-adik, makan makanan yang ada logo 'halal' saja, memang makanlah diorang semua makanan yang ada tanda halal. Well, memang banyak je kan junkfood yang ada logo halal ni. Huh.

Say NO to halal tipu!

Halal tipu, means, yang selain halal JAKIM lah.


HATI ITU ADALAH SEKETUL DAGING


Salahkah kita nak tegur orang-orang sekeliling kita bab makan makanan yang ada logo halal JAKIM ni?
Susah ke nak bagitau kat adik-adik kita, family kita, supaya makan makanan yang ada logo halal 'betul'?


“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.  Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.  Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Teringat ustazah cakap masa sekolah dulu.
Bila sesuatu makanan itu masuk ke dalam badan kita, ia akan menjadi darah daging kita.

Sebab tu, penting untuk kita makan makanan yang halal. Hal ni sangatlah PENTING.

Logo halal tipu, adalah syubhah, betul tak? Kita ragu-ragu, betul ke halal ni?

Baik jangan makan kalau kita was-was, kerana, nanti syubhah pula yang akan menjadi darah daging kita. Sentiasa was-was.

 
logo halal baru

credit to JAKIM






Tak sayangkah kita pada adik-adik, anak-anak yang baru nak membesar... Kecik-kecik lagi kita dah bagi kebebasan dalam memilih makanan ni, tanpa langsung menegaskan pasal unsur halal sesuatu makanan.

Kadang-kadang, rasa kecewa juga dengan sesetengah ibu bapa yang buat endah tak endah hal ni. Beli coklat, beli wafer, langsung tak tengok dulu ada logo halal betul atau tak.

Ibarat mentaliti mereka, "Ok, dah ada logo halal, halal lah kot."


KESIMPULAN


Makanlah kita dari makanan yang halal lagi bersih.

Suapilah adik-adik, dan anak-anak kita dengan makanan yang disahkan halal.
Setidak-tidaknya, kita berusaha.

Anak-anak, fitrahnya bersih. Hatinya bersih. Kitalah yang mecorakkannya.

Teringat kata-kata pengetua sekolah menengah dulu,

"Makanlah makanan dari sumber yang halal. Kalau makan yang haram, maka setiap perbuatannya, banyaklah yang haram. Makan yang syubhah(tak sure halal ke tak), maka sentiasa was-waslah diri tu."

InsyaAllah, moga-moga kita semua dapat bertegas dalam hal-hal ini.
Wallahu'alam.


2 comments:

  1. Betul tu. Berkaitan halal haram. Memang sepatutnya Malaysia punyai Satu logo halal yang senang untuk diingati.

    Kita selalu terperangkap dalam situasi yang meragukan walaupun berada dalam negara islam. Sebagai contoh : mentega yang baru2 ini didapati haram = golden churn

    Haram ada ketegasan dalam perkara halal haram ini dan yang paling utama, jagalah diri dengan mengambil yang halal sahaja.

    Nice info! salam

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, kat vietnam ni masih ada restaurant halal(walaupun mahal).

    ReplyDelete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...