Saturday, February 4, 2012

Balut Badan Dengan Bendera Saudi


Hari tu bukak channel al-Hijrah(114) kejap dalam pukul 7 gitu. Tunggu azan maghrib.
Ada kuliah maghrib rupanya. Program dari Arab Saudi. Sekejap je siarannya.
Bukan kuliah yang ceramah, ada ustaz duduk kat meja ke apa.

Ok.

Lelaki yang bercakap tu, cerita. Yang dia kecewa dengan sikap masyarakat.

Nak tahu tak?

Dia cerita, ada konsert-konsert nyanyian dibuat. Tapi, penyanyi dan penonton berpakaian tak menutup aurat. Dah tu, sambil penyanyi tu menyanyi, semua perempuan yang tak tutup aurat tu, membalut badan mereka dengan bendera Saudi.

Betapa lelaki tu kecewa, kecewa SANGAT-SANGAT! Malu!

Kenapa kecewa??

Awak semua tahu bendera Arab Saudi macammana? Ni haa..

Saudi Arabia

Kalimah Syahadah kita terukir di situ.  MasyaAllah.

LA ILAHA ILLALLAH 
MUHAMMADUR RASULULLAH


Dapat bayangkan tak? Kalimah Syahadah kita membaluti tubuh-tubuh mereka yang tidak menutup aurat. :'( Sambil dengar konsert yang melalaikan...
Teriak sana teriak sini...

Lelaki tu, ada interview jugak masyarakat. Dia tanya apa pendapat mereka. 
Ada yang cakap 'tak patutla balut badan', ada yang cakap,' baik balut badan mereka dengan towel je...'

Lelaki tu, last-last sekali, minta semua penonton, tulis surat kat penerbit konsert tu, katakan tidak kepada balu-balut badan dengan bendera Saudi tu... Biar mereka tahu, yang ramai tak setuju...

Ha, selain kes balut badan tu, lelaki tu kaitkan jugak dengan perangai artis-artis ni. Dah lah tak tutup aurat, membazir pulak tu! Dia kaitkan dengan hal penyanyi perempuan ni, yang menyanyi atas kek. Dengan tak memakai selipar. Dahlah kek tu besar!

Lepastu, ditayangkan gambar-gambar saudara kita dekat Nigeria sana... :'( 
Baik bagi kek tu kat diorang, katanya...

Mohon diambil sebarang pengajaran/ibrah daripada entri ni.


No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...