Tuesday, January 24, 2012

Rasa Malas Nak Update Blog


Seriously, seperti yang ditulis di title post, saya " Rasa Malas Nak Update Blog ".

Kenapa eh?

Tak ada idea? Banyak je kot.
Malas menulis? Mungkin.
Tak ada masa? Of course. Tapi, dah start cuti dah ni. Suppose, there are some time for me to blog.

Am I a perfectionist? I don't know. Maybe.

Tapi, bila difikirkan balik, sepertinya, saya lupa pada tujuan saya berblog.

Why did I created this blog actually?

Masa mula-mula buat, tujuannya, nak jadikan macam diari la kononnye. Nak cerita pasal hidup ni, nanti dah besar, boleh tengok-tengok balik. Macam tu la tujuannya.

Tapi, bila umur dah makin meningkat ni, ditarbiyah, saya rasa, saya perlu tukar cara saya berblog.

Saya tak mahu tulis benda yang sia-sia, yang tak ada faedah untuk orang lain. Saya tahu, memang saya tak promote blog ni, sebab, saya memang tak mahu promote. Saya rasa apa yang saya tulis selama ni, tak beri manfaat kepada orang lain. Sebab tu, saya tak promote langsung. Just for me.

Tapi...

Sampai bila saya nak rasa rendah diri macam tu? Takkan semua entri saya tak berfaedah langsung? Kalau rasa entri tak berfaedah, then supposedly, buatlah entri yang berfaedah, kan?

Lagipun, pasti ada je yang akan 'ter'blogwalking kat blog ni. At least. So, kalau nak sebarkan ilmu tu, berblogging ni jela cara yang saya rasa terbaik yang saya boleh buat.

Nak bercakap, emm, sikit-sikit je.


So? Wahai Yong, ingat balik kenapa awak menulis. Untuk apa? Setiap kali rasa malas, ingat balik tujuan awak menulis tu.

If you can't speak your thought, then WRITE!

Baru-baru ni, berchat bersama blogger-blogger yang lain. For the first time.

They viewed my blog, and I viewed them.
Then, I'd realized something that I'd realized a long time ago, but I'd forgot.
There are soooo many different types of people around us.

Sampai kan kadang-kadang buat kita terfikir, "Wujud eh orang macam ni?"
Yang buat saya simpati pun ada, yang kagum pun ada. Dan macam-macam jenis. Best!

Tapi, yang pasti, mad'u itu, pasti dan tetap ada di sekeliling kita. Memang tak boleh lari dari mereka, dan dah jadi tanggungjawab kita, kewajipan kita, untuk sama-sama mengislah diri.

Mungkin selepas ni, kena disiplinkan diri kot. Tak boleh wujud rasa malas tu sebenarnya. Malas adalah satu kelemahan. Betulkan niat tu balik Yong.

Spare some of your time for blogging.

Teringat kata-kata senior,

Sebarkanlah ilmu tu walau sedikit. Walaupun ia tidak dapat menyentuh hati semua orang, tapi, pasti akan ada hati-hati yang akan tersentuh.


Jadi, saya ulang balik,


If you can't speak your thought, then WRITE!

2 comments:

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...