Thursday, January 26, 2012

AUKU: Pandangan Saya


Apa la masalah diorang ngan auku ni, nanti habis degree, masuk la politik...
(status FB seorang sahabat)

For the past few weeks, this is the hottest current issue in Malaysia!

AUKU

Kalau ada budak-budak sekolah yang tahu pasal AUKU ni, baguslah. Ni bermakna, anda peka dengan isu semasa. Haha.

Secara ringkasnya, AUKU bermaksud Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Saya ada pendapat dan pandangan tersendiri pasal AUKU ni. Macam mereka yang lain juga. Beberapa minggu lepas, kecoh cerita pasal Safwan Anang. Lama lagi, Adam Adli. Dan yang paling lama, cerita mengenai AUKU dan politik.

Yang saya nak beri pandangan, pasal AUKU dan politik (walaupun ni cerita tahun lepas).

Ok. AUKU ni macam peraturan/undang-undang universiti. Kat sekolah dulu, peraturan sekolah kan? 

Jadi, apa kes dengan AUKU ni sebenarnya?

Dalam AUKU ni, ada satu akta, Seksyen 15 yang melarang mahasiswa terlibat dalam politik.

15. (1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar
Universiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apa
cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik,
kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau
kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah
mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau
di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar
Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di
bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan
terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

Nak dijadikan isu semasanya, PM kita, Datuk Seri Najib Razak, dah pun meminda seksyen 15 tersebut(tahun lepas). Maknanya, sekarang ni, para mahasiswa dah boleh berpolitik.

Namun!

Tak semua orang dapat menerima kenyataan ini. Dan, seperti yang saya jangkakan, tak ramai rakyat Malaysia yang berfikiran kritis dalam menilai hal ini! (emo pulak...)

Pasal Seksyen 15 AUKU yang dipinda ni, ini adalah hal lama. Kenapa tiba-tiba bangkit status di FB dan entri-entri di blog mengenai mahasiswa, AUKU dan politik pada awal tahun ni??

Sebabnya, mereka dah campur adukkan dengan kes Adam Adli dan Safwan Anang!


RASA TAK PUAS HATI

Bila tengok status sahabat tu, memang ada rasa tak puas hati (sikit la).

Yela, nak buat macam mana, media di Malaysia ni banyak (sangat..). Tak menjadi perkara yang pelik kalau kita main percaya dan pegang je pada satu statement, tanpa melihat pada statement pihak lain, sebab orang kita ramai yang tak berfikiran kritis!



Kenapa dan mengapa AUKU digubal, pastilah ada sebabnya. Janganlah bila kita dengar POLITIK, terus kita kata, kotorlah, belajar dululah...

Saya tak suka dengar semua tu!

Sebab, pasti ada sebabnya! PM Najib takkan saja-saja main pinda akta tu tanpa sebab yang munasabah.




Kenapa Seksyen 15 AUKU dipinda?

Sebab, mahasiswa yang minta supaya kerajaan meminda AUKU. Suara mahasiswa itu sendiri. Seperti yang saya komen pada status sahabat tu.

Kita jangan kerana berfikiran cetek mengenai politik, terus mata dibutakan, hati dihitamkan.


Kesan buruk?

Mungkin ada, mungkin tidak. Ini bergantung kepada mahasiswa, sebijak mana mereka akan menggunakan kebebasan tersebut.
Saya ada baca artikel dalam Utusan (kot), pindaan ini akan menguji sejauh mana kematangan para mahasiswa dalam menggunakan kebebasan berpolitik.

Ya, saya setuju. Kita tengoklah nanti. Kalau kerajaan rasa mahasiswa tak matang dalam mengendalikan kebebasan ni, boleh kut nak pinda balik.

Ok.

Entri ni, sekadar ingin mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap mahasiswa dan politik. Jangan memandang dan menilai tanpa ilmu. Terus dikeji dan dihambur dengan cercaan. Rakyat Malaysia tak boleh gitu. 

Macam mana diri nak maju kalau tidak berfikiran kritis dalam menilai?

Konklusinya, pasti ada SEBAB dan HIKMAH di sebalik apa yang berlaku...Setuju?

Wallaualam.

So, apa pendapat korang tentang isu ni?

Komen adalah amat dihargai~

p/s: rasanya pas ni nak buat entri pasal berfikiran kritis la...

10 comments:

  1. Berpolitik boleh tapi jangan taksub dengan mana-mana pihak.
    Taksub hanya akan membutakan mata, hati & akal dari kebenaran. Dengan taksub juga akan menghalang dari berfikiran kritis. (malangnya senior kita di ukm ramai yang taksub dengan 'kumpulan/jemaah' mereka. Ini buat saya terfikir adakah 'pentarbiyahan' mereka hanya menyebabkan mereka menjadi taksub kepartian?

    Kemudian dalam berfikiran kritis pula, perlu pertamanya berpaksi dengan dalil & nas yang sahih. Kemudian baru dengan akal. Ini yang perlu lihat semula. Mahasiswa sekarang lebih utamakan akal dari melihat kepada dalil terhadap sesuatu perkara atau tindakan.

    Tentang AUKU, saya berpendapat betul tindakan PM untuk pinda dahulu tanpa terburu-buru untuk mansuh terus. Lihat kesan baik buruk dahulu baru mansuhkan atau pinda semula. Kemudian datang kumpulan Adam Adli, Safwan Anang yang terburu-buru mendesak inginkan AUKU dimansuhkan terus & menuntut 'hak' mahasiswa. Ini contoh mahasiswa yang utamakan akal dari dalil & nas.

    Kena tahu adab kepada pemerintah bagaimana. Dengan demontrasi & tunjuk perasaan itu saya rasa tidak beradab.

    btw, ini pendapat umum. Bukan ditujukan kepada awak secara terus. Saya rasa awak neutral :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, taksub tu yang tak boleh. Sampai kesalahan pemimpin pun kita pandang sebelah mata saja.

      Pasal berfikiran kritis, mmg betul kita kena berpandukan dalil dan nas yang sahih, juga fakta yang sahih. Tak boleh percaya pada sebelah pihak saja tanpa mengkaji dan menyelidik berita.

      Contoh tindakan mahasiswa yg lebih utamakan akal dari dalil dan nas? Tindakan Adam Adli dan Safwan Anang?
      Hmm, senior ada cerita, yang diorang pergi satu forum ni. Ada Adam, Safwan, dan beberapa jemputan lagi. Diorang citer, yang sebelum diorang wat demonstrasi2 ni, macam2 usaha lain yang depa dah laksanakan. Hantar memorandum, surat, dan sebagainya kepada kerajaan. Mereka dah berusaha dengan cara tu, tapi tak ada sapa yg peduli. Sebab tu mereka buat demonstrasi,kalau tu cara yang boleh kerajaan nampak.

      Tapi, mungkin juga salah kumpulan tu, kalau ade tindakan mereka yg tak berapa betul di mata masyarakat.

      Saya memang tak leh nak cakap apa2 pasal kes Adam Adli dan Safwan Anang ni, sebab saya tak tahu kes sebenarnya. Kita tak tahu. Sebab tu dalam post ni saya tak citer dan taknak bangkitkan pasal kes Adam Adli dan Safwan Anang. Yang saya bangkitkan, pasal pemikiran rakyat Malaysia dalam menerima fakta dan berita.

      Media pun tak leh nk percaya sekarang. Lebih2 lagi kat blog, kalo yg giler2 ngan politik ni. Habis semua nak dihentam dan ramai yg percaya pulak tu(yg tnpa critical thinking). Akibatnya, mcm2 cerita tersebar dari mereka yg bukan ahli.

      Delete
    2. saja nak tanya, akak senior yang bagitahu tu GM eh? :p bukan apa, saya takde masalah pun malah naqib saya pun GM & sekarang speaker pmukm. Tapi saya neutral, tak cenderung mana-mana pihak :)

      Delete
    3. ha, entah la.. tapi, apa yang dorang cerita, based on apa yg panel2 forum ceritalah. Akak2 tu kata, "kalo mereka berbohong, means akak berbohong jugak". :)

      Delete
  2. Pada pendapat saya = Untuk Para Mahasiswa.

    Belajar dulu carik ilmu,
    Belajar sampai habis,
    dah ada ilmu baru memimpin,
    Belajar tak habis, dah nak tunjuk pandai..susah tu...
    Pelik...pelik...pelik...

    anyway nice blog...see ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, sy rasa depa bukan nak tunjuk pandai. Depa nak suarakan pandangan saja.

      Mahasiswa ada byk kelebihan dan keistimewaan pd pndapat sy, yang mereka yg sudah bekerja, tak ada keistimewaan tu. Betul tak? pasai tu mereka rasa, mereka nk gunakan keistimewaan tu.

      btw, thanks for your thought :)

      Delete
    2. Yap,kalau rasanya nak jadi pemimpin, tunjukkan kepimpinan. Namun, saya harap mereka punyai batas ke atas setiap tingkahlaku. Tidak berminat bila melihat mahasiswa mencetuskan huru-hara, kerana mereka harapan dan sandaran bangsa. Thank

      Delete
    3. mahasiswa kena bijak mengatur langkah.. :)

      Delete
  3. pendapat aku:

    aku tak kisah student tu nak terlibat dalam politik tapi jangan la berlebihan sehingga terlupa amanah dari ibu bapa.

    komen aku yang kes adam tu:
    jangan la kita duk hentam dia segala bagi tapi jangan lak mengiyakan tindakan dia.. lumrah manusia bila ada orang sokong semakin semangat dia dan bila orang bangkang makin dia nak lawan.. lebih2 anak muda yang "berdarah panas".

    aku nak komen tentang media massa & gomen lak:
    apa pun bolehhhh

    Latest Entry : Tips Untuk Meningkatkan Komen Blog Anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for your opinion Shah.

      politik tu luas maknanya kan? mahasiswa memang kena gunakan baik2 peluang yg dh diberi ni. tak berlebihan dan lupa tanggungjawab sebagai pelajar, sy setuju dengan tu. dan berpolitik bukan maknanya 24 jam kn?

      Pasai kes Adam, saya nak diam saja, sebab sy tak tahu kes sebenar. Media betul ke, pihak sebelah lagi betul? Keliru.

      Delete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...