Tuesday, November 15, 2011

Inovasi shawl~

Gambar sekadar hiasan. Teett.

Facebook.

Ada seorang sahabat ni liked entri kat blog ni. Saya pun usha la sat.


Baca dulu entri di atas. Interesting.

Ramai beno yg suke dgn entri ni ye.. komen, kata ustaz sempoi segala. heheh.

ok.

Sekadar luahan hati.

Memang, kadang-kadang, kite tengok, ramai yang hanya suka dan mengambil kira, kata2 dari sesetengah ustaz saja, supaya kita rasa, apa yang kita buat tu, betul. tak salah.

"ok, dah sorg ustaz kata green light,so no problem la.."

Nope. bkn itu caranya nk tentukan hukum. Kite kne tgk pendapat ustaz-ustaz, ulama'-ulama' len gak. Yelah, yg lebih 'alim dgn bab2 fekah ni.

Memang ada masalahnya ngan tudung Hana Tajima tu. Tak tutup dada. Satu tu je. Kalo ade org kata tabarruj ke ape, saya tak tau la.

k. mesti korang kata saya tegur yang dah bertudung, tapi yang tak bertudung tak pulak..

Dua-dua kne tegur. Yang bertudung, ditegur supaya dalam bertudung nye, pahala yg tak putus-putus terus dapat. Takkan korg nak, satu langkah korg berjalan, dapat pahala bertudung, satu langkah lagi, dapat dosa tak tutup dada. 0-0 la pulak jadinye.

No use? Hmm?

Pesanan, pakai je la fesyen Hana Tajima tu, tapi, inovasikan fesyen nya dgn melabuhkan bahagian dada, means tutup depan, tutup kiri dan kanan. Belakang jangan pendek pulak tetibe..

Baju yg dipakai pun menjadi persoalan.

Adakah kamu semua rasa yang bertudung tu, sudah menutup aurat? Pakaian yang di badan macam mana?
Ketat? Berlebih-lebihan? Ha, kna pikiaq sume tu jugak.

Konsepnya simple, kalo sekejap dapat pahala, sekejap dapat dosa, bukan kah 0-0?

Hmm, pasal paderi tu, kalo dah nampak sama sangat ngan dorang, eloklah di inovasikan sikit fesyen nya. kan dah terang2 ada dalil mengatakan yang kalo satu2 kaum tu, menyerupai seperti kaum yg len, maka diorang tergolong dalam kaum yang sama?

Inovasi. Korang kan hebat bab-bab fesyen ni? Ehe. pe salah nye..

Akhir sekali, niat nak bertudung, menutup aurat tu memang bagus.

Alhamdulillah kerana mendapat hidayah Allah, yang tak semua orang dapat. Hanya yang special, yang Allah pilih saja yang dapat hidayah tau.. Jadi, awak adalah seseorang yang special. Allah bagi hidayah sebab tak mau kita pilih jalan yang tak betul. Jalan yang syurga, itu yang Allah bagi.

Bersyukur lah yang tak terhingga dengan nikmat hidayah itu.


Jadi... Mengapa tak mau jadi yang terbaik? Menutup aurat dengan cara yang terbaik? Bukankah di akhir hidup ini, kita akan kembali juga kepada Allah?

Korek si hati. Lihat. Apa niat sebenar kamu pakai tudung?

Allah suruh?
Ibadah?
Capai redha Allah?

atau,bagi fesyen yang berlebih-lebihan...

Sekadar untuk menunjuk-nunjuk kecantikan diri?
Mendapat pujian orang ramai?
Trend?
Kalau tak ikut, rasa diri tak famous?
Terpinggir?
Not up to date?
Bangga dikelilingi Ar-rijal yang bermulut manis memuji sepanjang masa?


TEPUK DADA, TANYA IMAN


Monday, November 14, 2011

Saya ada Hutang Awak Tak?

InsyaAllah, setiap kali lepas jemaah Maghrib di surau A, mana-mana yang berkelapangan, akan membentuk satu bulatan dan perkongsian akan diwujudkan.

Semalam.

Kak Asma membangkitkan soal hutang.

Alah, biasalah kita pinjam duit kawan. Seposen, dua posen, seringgit.
Tapi, kita tak tau bila Allah akan tarik nyawa kita.

Kak Asma menambah lagi, bahkan dalam satu hadis Rasulullah, para shuhada pun tak diampuni dosa, disebabkan berhutang.


"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang" (HR Muslim)


Bila dengar tu, terus teringat, mana la tau ada hutang sesiapa.

Kak Asma pesan lagi, kalau boleh, setiap kali kita ada hutang orang atau orang hutang kita, tulis dalam buku kecik. Dan pastikan, ada saksi yang tau kita ada buku tu.

Sekian ^^

Moga beroleh ilmunya di situ.

Saturday, November 12, 2011

Mana best? Drama? Buku?

 Assalamualaikum

Baru sekejap tadi, saya paksa Munirah (darjah 3) baca cerpen kat laptop ni. Nasib baik dia berminat. Ehe. Sebenarnya, masa saya tengah menaip di laptop, dia melihat apa yang ditaip.

Dia tanya,"Yong tulis apa ni?"
Saya jawab,"Tulis cerpen".
"Yong tulis sendiri?" tanya Munirah dengan muka yang terkejut.
"La, yelah. Ha, Iyah nak baca? Ada yang dah siap".

Saya pun segera membuka folder document dan mencari cerpen "Kerana Peribadimu, Aku..."
Yang terbaru. Ceh, padahal satu tu je pun yang berjaya setakat ni.
The one and only after years I left writing behind :P

Ok. Jadi, saya suruh dia duduk kat kerusi tu, dan baca. Saya tunggu dan tunggu, tengok-tengok, la, baru muka surat dua? Baiklah, dia baru darjah tiga, dan saya perasan cara bacaan dia agak lambat sikit. Sementara dia membaca, saya kadang-kadang menyebut, "Iyah, kalau tak faham tu, berhentilah." Tapi, hingga ke sudah dia tak berhenti. Macam la faham.

Masa dia membaca, kadang-kadang terdengar dia ketawa kecil. Saya tanya dia, apa yang kelakar?
"Ni ha, Amir ni, sikit-sikit kata kena rasuk," jawab Munirah sambil tersengih.

Hmm, budak-budak. Entah apa yang dia rasakan lawak di situ. Banyak lagi la yang dia ketawa-ketawa kecil. Bila dengar ketawa tu, rasa cam gembira pulak, ehe. Best ke cerpen aku tu? Aha. Tapikan, dia budak-budak, pemikiran tak sama ngan orang dewasa.

Sudah tu, bila dah habis, dia tanya, "Eh, sampai sini je ke? 13 mukasurat?"

La, dah namanya cerpen. Pendek ajela. Kemudian, Munirah pun berlalu pergi. Tak sempat tanya dia apa yang dia faham. Rasanya tak faham apa, ehe.


Budak-budak sekarang suka membaca tak?


Saya pernah tengok satu rancangan di tv. Interview tentang jumlah bacaan dalam setahun oleh rakyat Malaysia. Rata-rata yang di interview mengatakan yang jumlah bacaan mereka setahun hanyalah satu ataupun dua. Yang tak ada langsung pun ada.

Abah saya memang suka beli majalah Asuh. Dari kitorang kecik sampai ke besar ni, sampai generasi adik yang 6 tahun, masih setia membeli majalah tu. Dan bukan Asuh saja, Ana Muslim, Sayang Muslim, Celik, Kuntum, dan beberapa lagi majalah untuk bacaan kanak-kanak Abah belikan.

Alhamdulillah, adik-adik membaca. Walaupun yang dibaca tu komik semata. :P

Munirah dapat anugerah NILAM kat sekolah. Siapa yang terbanyak tulis dalam NILAM, dapat hadiah, kata cikgunya. Baguslah, tu antara initiatif cikgu untuk galakkan murid membaca. Dah tu, pakat-pakat pulak budak darjah tiga ni dengan kawan-kawan dia meminjam buku kat perpustakaan negara. Haha. Semata-mata nak tulis dalam buku NILAM.

Membaca tak best ke?

Orang sekarang ni, suka tengok drama je kan? Urggh. Korea. =,='

google. pepandai la teka cite pe.

Saya suka membaca!

Sebab?

Membaca tu best! Dapat tambah ilmu tu sudah tentu la. Dan lagi best kalau adik-adik kita yang kecik-kecik tu ikut sekali membaca. ^^

Assalamualaikum.

*****
Entri ni macam tak ada tujuan je?
Em, jadi, apa kesimpulan entri di atas?

Ajak adik-adik kita membaca bacaan ilmiah, insyaAllah. ^^



Wednesday, November 9, 2011

Di manakah saya?


Assalamualaikum.

Saya yang bernama Muslihah, sekarang merupakan pelajar tahun satu, Fakulti Sains Kesihatan, UKM KL.

Alhamdulillah.

Setelah melalui beberapa dugaan (beberapa ke?), akhirnya, selamat mendaftar di UKM cawangan Kuala Lumpur. Hmm, walaupun asalnya, tak tahu apa-apa pasal kos tu, tapi akhirnya Mus terima jugak.

UPU bagi saya kos Environmental Health and Industrial Safety (EVH). Asalnya, mula-mula Mus nampak kos tu, Mus bertekad nak tukar ke Dietetik sebab dalam upu memang mintak dietetik. Tapi, pas 2 minggu, Mus rasa, tak apalah tak tukar.

Sebab apa?

Saya suka ngan kakak-kakak senior, dan coursemate yang lain. Nampak ada peluang di situ. Peluang untuk amal maaruf nahi mungkar. Who knows that this might be the time for me.

Sekarang, dah lebih sebulan di situ. Tapi, abah selalu membangkitkan soal pemilihan kos tu. Dan... hati ini sering berbolak balik. Keliru.

Betul ke pilihan aku ni?

Saya terkesima bila abah tanya, betul ke kos tu sesuai dengan yong? Dengan jiwa yong?

Yeah, I admit it. That course is more to environment, close to the nature, animals... but my soul is more to human.

Human is really interesting, and their uniqueness mesmerizing me,urging me to explore more about them (emm,this sounded like an alien trying to invade the Earth =,='), their mechanism, their way of thinking, and how easy a human can be manipulated, so does animal.

Seringkali diri ini mengeluh. Saya tahu saya tak tukar kos ni sebab saya suka dengan coursemate, senior walaupun saya tahu saya memang tak minat kos ni.

Tapikan, minat boleh dipupuk. Saya dah istikharah sebelum memutuskan untuk tukar kos. Dan lepas tu, saya rasakan yang saya tak mau lepaskan EVH.

Ya, hati manusia memang senang dimanipulasikan. Ohhhh.

***

Hari tu pergi Kuala Gandah. 
National Elephant Conservation Centre. 
Dapat naik gajah. 
Geli.

Kena buat report.








Friday, November 4, 2011

KMS: BioVideo



Remember when I told you about the video we made while still in matriculation? For biology? Here's the snapshots ^^ I have nothing to do right now, so I watched the video back to remember the memories of us together.. Rabi'ah, Roslida, Rosmiera, Izzati, Nisa'.. I love you XD 

Ukhuwahfillah abadan abada..










Some event happens after here, but I don't want to put the snapshot because it was confusing. Haha. Just wanna say that actually, the follower taught it was fishy that Rabi'ah borrow the knife from acik kafe. She taught that Rabi'ah wanna hurt herself, but as she approached her, it's looks like her taught was completely different. Okay, so lets continue.

So, that's the end ^^ if you doesn't understand, then let it be. You don't have to actually understand this. Just, the moral value here is that we shouldn't look down others weaknesses and disability. Instead, look not only with sympathy but empathy.

Ja~

Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...