Monday, May 23, 2011

Menipu untuk Dapatkan Duit? ! Haram kot!

Harta yang diperoleh daripada penipuan adalah HARAM. 

Islam memang mengharamkan segala bentuk penipuan. Namun, rata2 masyarakat kita langsung tak sedar tentang penipuan yang sering berlaku dalam urusan seharian. 

Sebab apa? 

Sebabnya benda tu seakan sudah menjadi norma masyarakat kita. Ikut-ikut. Kita haruslah sedar yang apa2 bentuk penipuan adalah satu dosa, lebih-lebih lagi, dalam perniagaan mahupun bicara lidah. MasyaAllah, bayangkanlah jika jual beli yang kita lakukan selama ini, adalah haram dan berdosa. Jadi di sini, saya akan kongsikan kepada semua jenis-jenis penipuan yang dilakukan tanpa kita sedari ia adalah satu dosa.

  • Mengupah dan berpakat dengan rakan supaya pelanggan membeli barangan kita
Contohlah, kita ada barangan direct selling. Kemudian, ada ramai pelanggan nak tengok produk kite tu, kiranya kita tengah wat promotion la.. Tetiba datang sorang pelanggan ni ke depan dan berkata, " Cik, wah! Hebat betullah barangan cik ni. Memang betul2 bagus! ". Orang lain pun mulalah merasakan yg produk tu benar2 hebat, walhal org yang memuji tu adalah orang yang kita upah atau pun kita sepakati.

Then, bila rakan kita tu memuji sakan produk kita, kesannya amat besar. Pujian tu boleh mempengaruhi pelanggan dan membuatkan mereka benar2 percaya yang produk itu betul.
Pengharaman ini disebut dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Dan janganlah kamu melakukan tipu helah dgn cara najash." (Riwayat al-bukhari)

Najash ni maksudnya macam yang dalam contoh tu la. Kita pakat ngan orang lain untuk menipu pembeli. Hukum najash adalah haram. Semoga pasni kita hati2 lah ye, takut2 tergolong dlm golongan najash semasa bermuamalah. Take note.

  • Membeli sijil
Ha, kadang2 ada gak jenis yang beli sijil ni, contohnya sijil untuk gelaran "Doktor" dan "Professor". Ada jugak yang menipu tentang status akademiknya seperti diploma, ijazah dan sebagainya semata-mata untuk menunjukkan kelayakan diri. Ulama dah sepakat kata ia haram, disebabkan "penipuan".

Tetiba saya teringat time sekolah. Masa form 5, semua orang sibuk nak isi markah koko. Semua orang kalau boleh nak dapat 10%. Tapi, ada jugak segelintir yang menipu aktiviti kokurikulumnya. Cikgu tak tahu apa2, main tandatangan je sebab budak tu betul2 dah yakinkan dia. Orang macam ni, saya takut, kalau lepas masuk U, takut kehidupan dia nanti tak berkat. Tu aje.

  • Mengupah orang untuk menyiapkan tesis Master atau PhD

Pasal ni, saya pernah dengar. Memang ada yang mengupah orang untuk menyiapkan tesis nya. Ini adalah termasuk salah satu daripada jenis penipuan yang diharamkan. Hasil pendapatan itu adalah hasil daripada penipuan. Selain yg mengupah, yang diupah dan yang 'tolong buat' juga dikira menipu dan pendapatannya haram sebab membantu perbuatan dosa.


  • Mencipta testimoni
Ha, yang ni memang paling hot. Pernah tengok iklan2 ubat kulit di majalah? Mak saya pernah tengok gambar yang sama dekat 5 company yang berlainan! Hahaha... Mereka ni, mencipta testimoni yang mengakui kehebatan produk sendiri sedangkan sebenarnya rekaan semata. Banyak produk2 gini diiklankan di akhbar, majalah atau online advertisement.

Mungkin ramai yang terpengaruh. Ingatlah, pendapatan daripada kerja ini adalah haram dan tiada berkatnya kerana menipu pelanggan.

  • Membocorkan soalan peperiksaan
Ada gak sesetengah cikgu atau pensyarah yang membocorkan soalan dengan sengaja sebab nak tingkatkan peratusan lulus kelasnya. Keadaan ini merupakan satu bentuk penipuan yang banyak berlaku kat universiti dan sekolah. Semuanya haram tanpa syak lagi.


Jadi, semoga kita dapat ambil iktibar daripada pengongsian ini. Untuk pembacaan lebih lanjut, bacalah Solusi Isu No. 21, di ruangan muamalat tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman :D Lebih banyak lagi dari yang dinyatakan di sini.




Rujukan : Solusi Isu. 21, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Thursday, May 19, 2011

Isi Fasa 2 UPU~

Tak sabar nak isi fasa 2 UPU nih.. tok Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM je.. 20-26 mei.  insyaAllah..

kat sini Bahagian Pengurusan Pengambilan Pelajar


Pilih betol2 ye.. ^^ 
Tak sabar nak masuk U..

Tetibe rindu kawan2 kat matrikulasi Selangor..

Agak2nye ada tak yang sama U nanti?

Hmm.. Dapat eratkan ukhuwah..

Kawan2 semua, antuna... uhibbukifillah..












Sunday, May 15, 2011

Semakan Keputusan (PSPM) Matrikulasi Semesta II 2010/2011

assalamualaikum




entry hari ini khas untuk para pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2010/2011 yang telah menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) II pada bulan April yang lepas..



Keputusan PSPM II sesi 2010/2011 boleh disemak mulai 18 Mei 2011 (RABU)..
semakan keputusan boleh dibuat melalui:

1) Secara Online (Atas Talian)


2) Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS) [ x sure btul ke x.. kalo ade yg tau,gtau ye.. ]

  • Taip MOE MAT dan hantar ke 15888
  • Contoh: MOE MAT 890215025789 hantar ke 15888

3) Secara Telefon

  • Menghubungi kolej masing-masing di talian:

Kolej Matrikulasi Melaka
No tel: 06-3847778

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
No tel: 06-4841825/26/27/28/29

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
No tel: 04-5756090

Kolej Matrikulasi Perlis
No tel: 04-9868613/614/615/616

Kolej Matrikulasi Labuan
No tel: 087-465311

Kolej Matrikulasi Johor
No tel: 06-9781613

Kolej Matrikulasi Perak
No tel: 05-3594949

Kolej Matrikulasi Kedah
No tel: 04-9286100

Kolej Matrikulasi Pahang
No tel: 09-5495000

Kolej Mara Kuala Nerang
No tel: 04-7867250

Kolej Mara Kulim
No tel: 04-4966422

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
No tel: 04-4682508/4689

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
No tel: 09-46771037/4661106

Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
No tel: 07-6881630

Kolej Matrikulasi Selangor
No tel: 03-31201372

  • atau hubungi Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 03 8884 4022

Semoga berjaya..
p/s: segala perubahan tarikh dan maklumat akan dimaklumkan kemudian.. (^,~)v


CREDITS TO ----> coretanhidupku.blogspot.com

paling best cek result kol 4 5 pagi.. website x jam~

Monday, May 9, 2011

My blogging soul.. has gone..

Sedih pulak..

Setahun kat matrik, tak sempat nak membaca buku citer, apatah lagi berblog..

What's so sad about? I noticed, during this three weeks holiday, the eagerness on blogging has... disappeared..

I don't know.. It's just... I kind of lazy to type.. to post story.. to share..

A year in matriculation, made me dull.. ughh..

I need time to recover myself, my blogging soul..

There's a lot of story I want to share, the sadness, the memories.. The life that I want to embed here, but now.. (sigh)

I need to read some novel I think.. Play some notes..

Hmm.

Salam..

Wednesday, May 4, 2011

Hari Orientasi KMS

Hari Orientasi Kolej Matrikulasi Selangor

~biarkan gambar berbicara~


Bergerak ke Dewan Antares



Di Astaka

Bergerak ke Surau As-Sufi tunaikan solat jemaah

Persembahan dikir barat di Dewan Antares


Suasana kuliah pertama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...