Tuesday, December 6, 2011

Aku yang Tak Pernah Stress?

Usrah QC baru-baru, semua cakap mereka stress.

"Stress la akak..."
"Saya stress tengok kawan saya stress..."
"Kalau saya stress, saya nangis kak... Dah biasa dah satu hari kerja menangis je..."

Dan saya di situ, di dalam bulatan itu, hanya memandang mereka dan memandang dinding. Tertanya-tanya.

"Stress tu macam mana ye?"

Puas saya berfikir. Stress, stress, stress... Aduh, macam mana stress ni ye? Bila entah last aku stress?

Tertanya-tanya. Aku ni pernah stress ke? Entah, tak ingat pulak...

Stress tu perkara biasalah kan. Tertekan. Tapi, disebabkan jarang stress, saya lupa macam mana rupa saya stress. Saya try nak ingat, tapi, tak ada apa yang keluar.

Bila fikir-fikir balik, ha, dah tau dah. Sebabnya, bila saya stress, saya tak fikir yang saya ni stress, tu rupanya...

Teringat Maryam, best friend kat sekolah dulu. Dia datang rumah, time ni tengah belajar kat matrik. Cuti hujung minggu kot. Saya cakap yang saya stress, then Maryam terkejut. "Kau stress?" dia tanya, muka terkejut, "Aku tak pernah tengok pun kau stress time kat sekolah dulu. Sejak bila kau pandai stress ni?". Hok aloh Maryam, haha.

Itulah ceritanya. Tipu lah kalau tak pernah stress kan.. Mungkin ada ego dalam diri, yang tak mahu menampakkan diri ini stress. Lagipun, abah dah didik saya dengan positive thinking. Jadi, tabiat nak berfikiran positif sepanjang masa tu memang tak boleh lari.

Mungkin juga selama ni, masalah dan cubaan yang saya alami tak begitu besar, sehingga saya berfikiran, yang setiap masalah ada penyelesaiannya, setiap soalan ada jawapannya.

Tapi, tulah, sentiasa fikir positif memang ada masalahnya juga. Kadang-kadang tak kena dengan tempat. Ades. Contohnya, tak siap tutorial. Orang lain dah stress habis dah. Yang saya, tak pe. Esok sempat lagi buat. Tanya la kawan mana yang tak tau. Entah-entah lecturer tak datang ke... Boleh pulak fikir camtu.. Dan, macam-macam lagi pemikiran yang 'bahaya'.

Berbalik pada stress. Baru-baru ni saya rasa gelisah. Muka rasa ketat. Senyum nak tak nak je. Selalu termenung, memikirkan 'masalah' itu. Dan bila difikirkan balik, oooo..ni ke namanya stress.. 

mr. google

Baru saya sedar. 

Kalau kita asyik fikir pasal stress, memang kita akan stress. Saya asyik mencari makna stress tu, ha, kan dah stress. Hmm, teringat time 'stress' hari tu. Memang asyik terkenang-kenang je masalah tu. 

Kenapa, kenapa dan kenapa? Kenapa saya tak dapat? Kenapa yang lain dapat? Apa masalah saya? Macam mana saya nak dapat?

Balik balik, tu je yang saya fikir. Tabiat berfikiran positif, bagai saya buang dari diri. Keseorangan memikirkannya. Akhirnya saya fed up dengan stress, jadi saya mencari balik fikiran-fikiran positif, yang selama ini, membantu saya untuk tenang.

Pada Allah lah tempat kita mengadu.

Diam diam, saya sematkan dalam hati, insyaAllah, Allah akan bagi peluang tu. Sem 2 kan ada? Carilah time sem 2. Masih belum terlambat. Ada masa lagi kan? Bukannya sem 1 ni, penentu segalanya... InsyaAllah, akan ada peluang tu masa sem 2. Rebut peluang tu...

Alhamdulillah, hati tiba-tiba rasa tenang. Kan simple? Nak rasa sangat stress tu tadi kan? Haa..

Stress tak best. Stress menyebabkan senyuman tu hilang di muka. Stress menggelisahkan, menggelabahkan, mengecewakan dan banyak lagi meng...kan.

Tapi, stress ni perlu dalam hidup. Stress perlu untuk melonjakkan diri kita. Tapi, kena pandai kawal ^^ Biar stress tu ada, tapi, cepat-cepatlah settlekan nya..

Allah ada sebagai tempat mengadu. 
Jangan hilang pergantungan dengan Allah.



No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...