Monday, November 14, 2011

Saya ada Hutang Awak Tak?

InsyaAllah, setiap kali lepas jemaah Maghrib di surau A, mana-mana yang berkelapangan, akan membentuk satu bulatan dan perkongsian akan diwujudkan.

Semalam.

Kak Asma membangkitkan soal hutang.

Alah, biasalah kita pinjam duit kawan. Seposen, dua posen, seringgit.
Tapi, kita tak tau bila Allah akan tarik nyawa kita.

Kak Asma menambah lagi, bahkan dalam satu hadis Rasulullah, para shuhada pun tak diampuni dosa, disebabkan berhutang.


"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang" (HR Muslim)


Bila dengar tu, terus teringat, mana la tau ada hutang sesiapa.

Kak Asma pesan lagi, kalau boleh, setiap kali kita ada hutang orang atau orang hutang kita, tulis dalam buku kecik. Dan pastikan, ada saksi yang tau kita ada buku tu.

Sekian ^^

Moga beroleh ilmunya di situ.

No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...