Saturday, November 12, 2011

Mana best? Drama? Buku?

 Assalamualaikum

Baru sekejap tadi, saya paksa Munirah (darjah 3) baca cerpen kat laptop ni. Nasib baik dia berminat. Ehe. Sebenarnya, masa saya tengah menaip di laptop, dia melihat apa yang ditaip.

Dia tanya,"Yong tulis apa ni?"
Saya jawab,"Tulis cerpen".
"Yong tulis sendiri?" tanya Munirah dengan muka yang terkejut.
"La, yelah. Ha, Iyah nak baca? Ada yang dah siap".

Saya pun segera membuka folder document dan mencari cerpen "Kerana Peribadimu, Aku..."
Yang terbaru. Ceh, padahal satu tu je pun yang berjaya setakat ni.
The one and only after years I left writing behind :P

Ok. Jadi, saya suruh dia duduk kat kerusi tu, dan baca. Saya tunggu dan tunggu, tengok-tengok, la, baru muka surat dua? Baiklah, dia baru darjah tiga, dan saya perasan cara bacaan dia agak lambat sikit. Sementara dia membaca, saya kadang-kadang menyebut, "Iyah, kalau tak faham tu, berhentilah." Tapi, hingga ke sudah dia tak berhenti. Macam la faham.

Masa dia membaca, kadang-kadang terdengar dia ketawa kecil. Saya tanya dia, apa yang kelakar?
"Ni ha, Amir ni, sikit-sikit kata kena rasuk," jawab Munirah sambil tersengih.

Hmm, budak-budak. Entah apa yang dia rasakan lawak di situ. Banyak lagi la yang dia ketawa-ketawa kecil. Bila dengar ketawa tu, rasa cam gembira pulak, ehe. Best ke cerpen aku tu? Aha. Tapikan, dia budak-budak, pemikiran tak sama ngan orang dewasa.

Sudah tu, bila dah habis, dia tanya, "Eh, sampai sini je ke? 13 mukasurat?"

La, dah namanya cerpen. Pendek ajela. Kemudian, Munirah pun berlalu pergi. Tak sempat tanya dia apa yang dia faham. Rasanya tak faham apa, ehe.


Budak-budak sekarang suka membaca tak?


Saya pernah tengok satu rancangan di tv. Interview tentang jumlah bacaan dalam setahun oleh rakyat Malaysia. Rata-rata yang di interview mengatakan yang jumlah bacaan mereka setahun hanyalah satu ataupun dua. Yang tak ada langsung pun ada.

Abah saya memang suka beli majalah Asuh. Dari kitorang kecik sampai ke besar ni, sampai generasi adik yang 6 tahun, masih setia membeli majalah tu. Dan bukan Asuh saja, Ana Muslim, Sayang Muslim, Celik, Kuntum, dan beberapa lagi majalah untuk bacaan kanak-kanak Abah belikan.

Alhamdulillah, adik-adik membaca. Walaupun yang dibaca tu komik semata. :P

Munirah dapat anugerah NILAM kat sekolah. Siapa yang terbanyak tulis dalam NILAM, dapat hadiah, kata cikgunya. Baguslah, tu antara initiatif cikgu untuk galakkan murid membaca. Dah tu, pakat-pakat pulak budak darjah tiga ni dengan kawan-kawan dia meminjam buku kat perpustakaan negara. Haha. Semata-mata nak tulis dalam buku NILAM.

Membaca tak best ke?

Orang sekarang ni, suka tengok drama je kan? Urggh. Korea. =,='

google. pepandai la teka cite pe.

Saya suka membaca!

Sebab?

Membaca tu best! Dapat tambah ilmu tu sudah tentu la. Dan lagi best kalau adik-adik kita yang kecik-kecik tu ikut sekali membaca. ^^

Assalamualaikum.

*****
Entri ni macam tak ada tujuan je?
Em, jadi, apa kesimpulan entri di atas?

Ajak adik-adik kita membaca bacaan ilmiah, insyaAllah. ^^



4 comments:

  1. lagi suke bace buku.. rse mcm imaginasi lg hebat..
    tp kalau citer asal dari buku.. kte bace then tgok citer mmg rse cm nk mara bile byk kne ubah.. pendek kate.. buat dua2 membaca elok utk otak.. tgok movie/drama elok utk emosi dan memori lepas membaca..

    ReplyDelete
  2. akak rase nak marah ni mesti pasal twilight kan? eheheh ^^ lain sikit dr buku nye..

    ReplyDelete
  3. Opsss! tgok blog eh? tp HP pon byk ubah juge.. so i prefer to read books than watching movie cuz i will totally ruin my imagination.. hehehe :P..

    ReplyDelete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...