Tuesday, July 26, 2011

Persiapan Ramadhan untuk Perempuan??

  -Assalamualaikum-


Boleh pulak eh tuk perempuan ada persiapan khas untuk ramadhan?

Atau lebih tepat, "Persiapan Ramadhan Untuk Muslimat".

Wanna find out what?

Yang muslimin pun baca jugak, jangan ngelat.

*******

1. Pesan kat keluarga untuk puasa sebanyak mungkin dalam bulan Syaaban  


2. Tambah bacaan al-Quran
  • siapa yang taknak khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan? mestilah nak kan? biasanya, kita start baca al-Quran masa hari 1st Ramadhan. Satu hari, satu juzuk. Itulah aim kita sebenarnya.
  • tapi bagi perempuan, memang tak mustahillah akan tertinggal lebih kurang 7 juzuk dalam sebulan tu, menstrual. Macam mana nak catch up?
  • jadi, apa kata start bulan Syaaban ni, kita dah start baca al-Quran? At least dah nak lagi seminggu Ramadhan ni,kita dah dapat habiskan 7 juzuk (1 hari 1 juzuk). Jom!
3. Duduk kaji buku-buku fiqh yang mudah


  •  maksudnya, masa nak dekat Ramadhan ni, bacalah buku-buku agama. Baca Asuh pun xpelah  ;P 
  • sekurang-kurangnya dapat tambah ilmu agama. Takkan kita nak ilmu dari sekolah dulu stay takat tu je? Cari ilmu, kenalah sepanjang hayat. Banyak website yang bagus. iLuvislam.com, Saifulislam.com.. Jom tambah ilmu sama-sama. XD




4. Hiaskan rumah! 
  • "Eh, bukan nak dekat raya ke hias rumah?" Mana ada!
  • Start hias sekarang, sebelum Ramadhan... Takkan nak kacau Ramadhan, terutama 10 malam terakhir?
  • Kalau pak arab, mereka kata letak belon-belon sekali dalam bilik demi menyambut ramadhan. LOL. Tapi, itulah hakikatnya, mereka bersungguh-sungguh menyambut Ramadhan.
  • Malaikat pun bersiap sedia menghias bumi ^^

    5. Ambil berat, jaga hubungan kasih sayang
    • Bagi yang suka marah-marah, usaha ubah diri anda nak dekat Ramadhan ni.
    • Yang suka gaduh dengan adik beradik, jom sama-sama belajar mengasihi mereka yang tidak berdaya tu (eh, ada perkataan 'jom' la =,=)

      6. Eratkan silaturrahim
      • Time nak dekat Ramadhan ni la, minta maaf ngan sesiapa yang kita rasa ada buat salah. Bukan time raya je!
      • Amat penting supaya ibadah kita di bulan Ramadhan diredhai dan doa dimakbulkan ^^

      7. Berdoa bersungguh-sungguh semoga bertemu dengan Ramadhan
      • Ada doa panjang, tapi yang pendek,
       الَلهمَ بلَغنا رمضان
      (Allahumma ballihgna ramadhan). 

      Maksudnya, "Ya Allah,temukanlah kami dengan Ramadhan".
      • Lepas baca doa lepas solat, jomla amalkan doa ni, insyaAllah. Senang je. Ha, sapa tak hafal lagi lepas baca post ni? Memang nak keno ni...

      8. Jangan sia-siakan Ramadhan  


      bukan mahram berdua-duaan sebelum nikah
      •  "Apabila datang Ramadhan, dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka, dan dibelengu syaitan"
      •  Kalau kita still buat jahat jugak masa Ramadhan, sedarlah, yang nafsu kita tu, amatlah buruk!



      Sekian, insyaAllah, moga bermanfaat. Isi usrah semalam yang dikongsi naqibah kami, 
      daripada buku 
      "Buyutuna Fi Ramadhan".

      Wallahualam.

      1 comment:

      Thanks for the comment guys ^^

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...