Thursday, June 2, 2011

Merong ohh Merong..

Bila pertama kali tengok iklan Merong Mahawangsa tu, memang teruja giler la.. 


Pasai pa pulak ha? Dahla guna perkataan 'teruja'..

Hahahahahaha.. Sebab saya adalah salah seorang yang pernah menghabiskan buku Merong Mahawangsa tu..!! Yeah! Hahaha.. Memang lawak la..

***

Ingat lagi masa tu. Kat sekolah menengah la.. Puan Salmah suruh baca karya-karya sastera ni, lepas tu tulis rumusan. Saya masuk pertandingan apa ntah, tapi yang penting dapat merit =) Banyak~

Ushalah buku-buku sastera tu (Puan Salmah panggil Karya Agung) dekat rak yang dikhaskan. Uii, tebalnye mak aii.. Tanpa melengahkan masa, saya pilihla yang 'kurus-kurus' sikit (hehe, jimat masa).. Jadi, pilihan pertama saya, tu diaa..

Hikayat Merong Mahawangsa !!

Kalau nak 'judge a book by its cover', memang tak bolehla kan.. Tak ada gambar. Cuma paperback merah dan tulisan warna emas.. Macam iras-iras Al-Quran terjemahan pulak.. Tak tau nape terpilih 'dia'..

  saya tak baca yang jawi ni.. hehe.. yang rumi la..

Masa tu form 5. Dalam masa cuti penggal dua minggu tu kot saya baca buku tu.. Best jugak, menarik.. Saya recommend la bagi sesape yang nak baca karya-karya agung ni.. Mungkin sebab saya suka cerita-cerita klasik kot.. Hohohoho..!

Tapi, mengaku la, ada kot mukasurat yang ter'skip' tapi tak banyak la.. Mungkin salah letak penanda buku..

Hahaha.. Tak sangka pulak keluar movie lepas bertahun pembacaan.

Taulah korang dah tengok~ Saya tak tengok lagi.. Nantilah, ingat nak beli cd. Yang original lah.. Tak kesah la ok ke tak yang di'movie' kan.. Dorang dah usaha, bajet pun telan banyak gak..

***

Emm.. tetibe teringat Ong Bak 3.. pun tak tengok lagi.. ngehe.. Ong Bak 2 best !!

2 comments:

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...