Monday, May 23, 2011

Menipu untuk Dapatkan Duit? ! Haram kot!

Harta yang diperoleh daripada penipuan adalah HARAM. 

Islam memang mengharamkan segala bentuk penipuan. Namun, rata2 masyarakat kita langsung tak sedar tentang penipuan yang sering berlaku dalam urusan seharian. 

Sebab apa? 

Sebabnya benda tu seakan sudah menjadi norma masyarakat kita. Ikut-ikut. Kita haruslah sedar yang apa2 bentuk penipuan adalah satu dosa, lebih-lebih lagi, dalam perniagaan mahupun bicara lidah. MasyaAllah, bayangkanlah jika jual beli yang kita lakukan selama ini, adalah haram dan berdosa. Jadi di sini, saya akan kongsikan kepada semua jenis-jenis penipuan yang dilakukan tanpa kita sedari ia adalah satu dosa.

  • Mengupah dan berpakat dengan rakan supaya pelanggan membeli barangan kita
Contohlah, kita ada barangan direct selling. Kemudian, ada ramai pelanggan nak tengok produk kite tu, kiranya kita tengah wat promotion la.. Tetiba datang sorang pelanggan ni ke depan dan berkata, " Cik, wah! Hebat betullah barangan cik ni. Memang betul2 bagus! ". Orang lain pun mulalah merasakan yg produk tu benar2 hebat, walhal org yang memuji tu adalah orang yang kita upah atau pun kita sepakati.

Then, bila rakan kita tu memuji sakan produk kita, kesannya amat besar. Pujian tu boleh mempengaruhi pelanggan dan membuatkan mereka benar2 percaya yang produk itu betul.
Pengharaman ini disebut dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Dan janganlah kamu melakukan tipu helah dgn cara najash." (Riwayat al-bukhari)

Najash ni maksudnya macam yang dalam contoh tu la. Kita pakat ngan orang lain untuk menipu pembeli. Hukum najash adalah haram. Semoga pasni kita hati2 lah ye, takut2 tergolong dlm golongan najash semasa bermuamalah. Take note.

  • Membeli sijil
Ha, kadang2 ada gak jenis yang beli sijil ni, contohnya sijil untuk gelaran "Doktor" dan "Professor". Ada jugak yang menipu tentang status akademiknya seperti diploma, ijazah dan sebagainya semata-mata untuk menunjukkan kelayakan diri. Ulama dah sepakat kata ia haram, disebabkan "penipuan".

Tetiba saya teringat time sekolah. Masa form 5, semua orang sibuk nak isi markah koko. Semua orang kalau boleh nak dapat 10%. Tapi, ada jugak segelintir yang menipu aktiviti kokurikulumnya. Cikgu tak tahu apa2, main tandatangan je sebab budak tu betul2 dah yakinkan dia. Orang macam ni, saya takut, kalau lepas masuk U, takut kehidupan dia nanti tak berkat. Tu aje.

  • Mengupah orang untuk menyiapkan tesis Master atau PhD

Pasal ni, saya pernah dengar. Memang ada yang mengupah orang untuk menyiapkan tesis nya. Ini adalah termasuk salah satu daripada jenis penipuan yang diharamkan. Hasil pendapatan itu adalah hasil daripada penipuan. Selain yg mengupah, yang diupah dan yang 'tolong buat' juga dikira menipu dan pendapatannya haram sebab membantu perbuatan dosa.


  • Mencipta testimoni
Ha, yang ni memang paling hot. Pernah tengok iklan2 ubat kulit di majalah? Mak saya pernah tengok gambar yang sama dekat 5 company yang berlainan! Hahaha... Mereka ni, mencipta testimoni yang mengakui kehebatan produk sendiri sedangkan sebenarnya rekaan semata. Banyak produk2 gini diiklankan di akhbar, majalah atau online advertisement.

Mungkin ramai yang terpengaruh. Ingatlah, pendapatan daripada kerja ini adalah haram dan tiada berkatnya kerana menipu pelanggan.

  • Membocorkan soalan peperiksaan
Ada gak sesetengah cikgu atau pensyarah yang membocorkan soalan dengan sengaja sebab nak tingkatkan peratusan lulus kelasnya. Keadaan ini merupakan satu bentuk penipuan yang banyak berlaku kat universiti dan sekolah. Semuanya haram tanpa syak lagi.


Jadi, semoga kita dapat ambil iktibar daripada pengongsian ini. Untuk pembacaan lebih lanjut, bacalah Solusi Isu No. 21, di ruangan muamalat tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman :D Lebih banyak lagi dari yang dinyatakan di sini.




Rujukan : Solusi Isu. 21, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

4 comments:

  1. bagi sy, iklan iklan sekarang mmg kebanyakannya ada unsur penipuan kan.

    ha lagi satu, apa pendapat awk tentang pensyarah yang tolong pelajar dapat markah PB? walaupun pelajar tu tak buat assignment.

    ReplyDelete
  2. yep. nape ntah perlu menipu? nnti, habis la seluruh hasil pendptan tu hasil dr penipuan..

    ha? plajar xbuat assingment tp dpt mrkh PB? kalo tnya pndapat sy, mmg xpuas hati la. xpatut sbb budak kelas len wat penat2, dorg plak dpt mrkh free, tapi we think positive, msti ada reason pensyarah tu wat gitu. mana tau pensyarah tu suruh bdk tu wat keje lain ke sbgai ganti assignment tu ke.

    ReplyDelete
  3. kalau tak tipu, susah nak laris kot produk diorang?

    ReplyDelete
  4. mmg pon.. tp, msti de cra len.usahakanlah produk dorg tu jd sebaik iklan dorg..

    ReplyDelete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...