Busana Muslimah??

gambar hanya hiasan

Minggu lepas merupakan Minggu Penghayatan Islam kat KMS ni. Macam2 aktiviti ada... Ada pertandingan azan, khutbah, khat, nasyid, busana muslimah n macam2 lagilah... Best...

So, satu malam ni, dalam minggu lepas la, pergila tengok pertandingan Busana Muslimah tu... Ramai giler yang masuk bertanding, dekat 30 orang gitu... Fesyen show la kiranya...
Patut start majlis kol 9.00 malam, tapi, biasalah... mesti ade kekangannya. Start dalam pukul 9.30 malam kat Dewan Antares.
Ok, so, show pun bermula. Mula dengan peserta pertamalah kan...


Aik, macam kenal...

Ooo... la, budak wing tengah rupanya... So, tengoklah dia berjalan turun pentas, pergi ke tengah... Senyuman die memang penuh keyakinan. Baju purple, tudung ok la... Then tengok kasut, masyaAllah, hebat giler... Tinggi giler... satu jengkal kot tumit tinggi die, halus lak tu...

Jadi, satu persatu peserta turun, Bila nampak baju 'unik' sikit, mule la penonton menjerit-jerit(perempuan je yang tgk).

Saya ni, lambat sampai sikit, jadi, duduk la barisan belakang. Sambil-sambil tengok, sambil-sambil tu geleng kepala... Haii, macam-macam dorang ni... Kata busana muslimah. Yang paling tak tahan, penonton ni beria-ria sorakkan mereka yang berpakaian, agak menarik dan anggun, tetapi tidak pun mengikut adab berpakaian dalam Islam... Kenapa ye?

Kawan-kawan,

Apa yang kita faham tentang busana muslimah? Mestilah pakaian untuk wanita-wanita Islam yang menepati syara' dan sesuai dengan ajaran Islam...

Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin : “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Al Ahzab : 59]

Bile tengok persembahan pakaian mereka tempoh hari, membuatkan saya terfikir, betapa ramainya dalam kalangan remaja Islam yang masih tidak tahu apakah cara berpakaian menurut Islam.

Jadi, saya listkanlah perkara-perkara yang membuatkan saya menggelengkan kepala malam itu:

  • Tudung tidak menutup dada
Tutup dada camne tu? Perasan tak, tak tutup dada ni memang trend kan?



"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(an-Nur: 31)








Gambar hanya hiasan



See? Itu kata-kata siapa? Yup, kata-kata Allah...


Jadi, selempangkan tudung bawal bawak naik atas bahu tu xlehla?
A'ah. memang tak leh. itulah salah satu aurat kita kaum wanita.


  • Pakaian berlebih-lebihan

  • Jalan mendada
Memang tercengangla bile tengok sorang pompuan ni jalan. Baju die memang pelik, n jalan mendada. Memang dalam Islam xleh macam tu. Nampak la dada... Aish..

  • Pakaian ketat
Ha, ketat kat pinggang, pinggul. Nape ek? Kalau kurus tak pe gak, tapi ni, agak berisi... hmm...aduhai remaja.. ada satu peserta tu, sampai saya secara spontan tertutup mata, xsampai hati nak tengok... malu... salahkah berpakaian longgar?


Nabi Salallahu 'alahi wasallam bersabda diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lain ulama bermaksud :
“Dua macam orang ahli neraka, saya (Rasulullah) belum lihat (pada zaman Baginda), satu iaitu kumpulan orang memegang cemeti seakan-akan ekor lembu, mereka membelasah orang dengan cemeti itu (seperti pegawai-pegawai keselamatan yang zalim membelasah manusia). Dua iaitu perempuan memakai pakaian tetapi mereka bertelanjang (pakaian nipis dan menampakkan segala kejelitaan badan dan tiada menutup segala anggota badan) dan berjalan dengan bergaya dan sombong dan menunjuk-nunjuk dan menggerak-gerakkan bahu dan mengikat kepala dengan perca kain supaya nampak besar kepala dan jelita, tiadalah perempuan-perempuan itu masuk syurga, dan tiada mencium bau syurga dan bau syurga itu boleh didapati dari jauh begini dan begini.”


(Hadis riwayat Muslim)


Ha, setakat ni, tu jela yang common nye... Ala, kita sama2 perempuan.. Semua orang tak akan perfect, tapi carilah ilmu...

Kata ustazah, akhlak merupakan timbangan yang paling berat. So, adab berpakaian termasuk dalam akhlak tak? Mestilah masuk..

Ramai remaja yang pandang remeh tentang adab berpakaian ni, dan ramai juga yang tak tahu... Kenapa tak tahu? Mungkin kerana bi'ah(suasana) di sekitarnya yang mencorakkan dirinya...

Bagi yang tak tahu, harap-harap tahulah kan.. Tapi, kalau yang sekolah belajar pendidikan Islam kat sekolah dulu, cam mustahil je tak tahu, sebab dalam subjek tu dah belajar... Saya ni pun banyak tahu disebabkan subjek agama. Tapi, terpulanglah kepada pelajar, bagaimana cara mereka mengamalkan ilmu itu...

Ingatlah firman Allah,

" Dan pakaian takwa adalah yang lebih baik"
(Al-A'raf:26)




Comments

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^