Tuesday, December 6, 2011

Aku yang Tak Pernah Stress?

Usrah QC baru-baru, semua cakap mereka stress.

"Stress la akak..."
"Saya stress tengok kawan saya stress..."
"Kalau saya stress, saya nangis kak... Dah biasa dah satu hari kerja menangis je..."

Dan saya di situ, di dalam bulatan itu, hanya memandang mereka dan memandang dinding. Tertanya-tanya.

"Stress tu macam mana ye?"

Puas saya berfikir. Stress, stress, stress... Aduh, macam mana stress ni ye? Bila entah last aku stress?

Tertanya-tanya. Aku ni pernah stress ke? Entah, tak ingat pulak...

Stress tu perkara biasalah kan. Tertekan. Tapi, disebabkan jarang stress, saya lupa macam mana rupa saya stress. Saya try nak ingat, tapi, tak ada apa yang keluar.

Bila fikir-fikir balik, ha, dah tau dah. Sebabnya, bila saya stress, saya tak fikir yang saya ni stress, tu rupanya...

Teringat Maryam, best friend kat sekolah dulu. Dia datang rumah, time ni tengah belajar kat matrik. Cuti hujung minggu kot. Saya cakap yang saya stress, then Maryam terkejut. "Kau stress?" dia tanya, muka terkejut, "Aku tak pernah tengok pun kau stress time kat sekolah dulu. Sejak bila kau pandai stress ni?". Hok aloh Maryam, haha.

Itulah ceritanya. Tipu lah kalau tak pernah stress kan.. Mungkin ada ego dalam diri, yang tak mahu menampakkan diri ini stress. Lagipun, abah dah didik saya dengan positive thinking. Jadi, tabiat nak berfikiran positif sepanjang masa tu memang tak boleh lari.

Mungkin juga selama ni, masalah dan cubaan yang saya alami tak begitu besar, sehingga saya berfikiran, yang setiap masalah ada penyelesaiannya, setiap soalan ada jawapannya.

Tapi, tulah, sentiasa fikir positif memang ada masalahnya juga. Kadang-kadang tak kena dengan tempat. Ades. Contohnya, tak siap tutorial. Orang lain dah stress habis dah. Yang saya, tak pe. Esok sempat lagi buat. Tanya la kawan mana yang tak tau. Entah-entah lecturer tak datang ke... Boleh pulak fikir camtu.. Dan, macam-macam lagi pemikiran yang 'bahaya'.

Berbalik pada stress. Baru-baru ni saya rasa gelisah. Muka rasa ketat. Senyum nak tak nak je. Selalu termenung, memikirkan 'masalah' itu. Dan bila difikirkan balik, oooo..ni ke namanya stress.. 

mr. google

Baru saya sedar. 

Kalau kita asyik fikir pasal stress, memang kita akan stress. Saya asyik mencari makna stress tu, ha, kan dah stress. Hmm, teringat time 'stress' hari tu. Memang asyik terkenang-kenang je masalah tu. 

Kenapa, kenapa dan kenapa? Kenapa saya tak dapat? Kenapa yang lain dapat? Apa masalah saya? Macam mana saya nak dapat?

Balik balik, tu je yang saya fikir. Tabiat berfikiran positif, bagai saya buang dari diri. Keseorangan memikirkannya. Akhirnya saya fed up dengan stress, jadi saya mencari balik fikiran-fikiran positif, yang selama ini, membantu saya untuk tenang.

Pada Allah lah tempat kita mengadu.

Diam diam, saya sematkan dalam hati, insyaAllah, Allah akan bagi peluang tu. Sem 2 kan ada? Carilah time sem 2. Masih belum terlambat. Ada masa lagi kan? Bukannya sem 1 ni, penentu segalanya... InsyaAllah, akan ada peluang tu masa sem 2. Rebut peluang tu...

Alhamdulillah, hati tiba-tiba rasa tenang. Kan simple? Nak rasa sangat stress tu tadi kan? Haa..

Stress tak best. Stress menyebabkan senyuman tu hilang di muka. Stress menggelisahkan, menggelabahkan, mengecewakan dan banyak lagi meng...kan.

Tapi, stress ni perlu dalam hidup. Stress perlu untuk melonjakkan diri kita. Tapi, kena pandai kawal ^^ Biar stress tu ada, tapi, cepat-cepatlah settlekan nya..

Allah ada sebagai tempat mengadu. 
Jangan hilang pergantungan dengan Allah.



Tuesday, November 15, 2011

Inovasi shawl~

Gambar sekadar hiasan. Teett.

Facebook.

Ada seorang sahabat ni liked entri kat blog ni. Saya pun usha la sat.


Baca dulu entri di atas. Interesting.

Ramai beno yg suke dgn entri ni ye.. komen, kata ustaz sempoi segala. heheh.

ok.

Sekadar luahan hati.

Memang, kadang-kadang, kite tengok, ramai yang hanya suka dan mengambil kira, kata2 dari sesetengah ustaz saja, supaya kita rasa, apa yang kita buat tu, betul. tak salah.

"ok, dah sorg ustaz kata green light,so no problem la.."

Nope. bkn itu caranya nk tentukan hukum. Kite kne tgk pendapat ustaz-ustaz, ulama'-ulama' len gak. Yelah, yg lebih 'alim dgn bab2 fekah ni.

Memang ada masalahnya ngan tudung Hana Tajima tu. Tak tutup dada. Satu tu je. Kalo ade org kata tabarruj ke ape, saya tak tau la.

k. mesti korang kata saya tegur yang dah bertudung, tapi yang tak bertudung tak pulak..

Dua-dua kne tegur. Yang bertudung, ditegur supaya dalam bertudung nye, pahala yg tak putus-putus terus dapat. Takkan korg nak, satu langkah korg berjalan, dapat pahala bertudung, satu langkah lagi, dapat dosa tak tutup dada. 0-0 la pulak jadinye.

No use? Hmm?

Pesanan, pakai je la fesyen Hana Tajima tu, tapi, inovasikan fesyen nya dgn melabuhkan bahagian dada, means tutup depan, tutup kiri dan kanan. Belakang jangan pendek pulak tetibe..

Baju yg dipakai pun menjadi persoalan.

Adakah kamu semua rasa yang bertudung tu, sudah menutup aurat? Pakaian yang di badan macam mana?
Ketat? Berlebih-lebihan? Ha, kna pikiaq sume tu jugak.

Konsepnya simple, kalo sekejap dapat pahala, sekejap dapat dosa, bukan kah 0-0?

Hmm, pasal paderi tu, kalo dah nampak sama sangat ngan dorang, eloklah di inovasikan sikit fesyen nya. kan dah terang2 ada dalil mengatakan yang kalo satu2 kaum tu, menyerupai seperti kaum yg len, maka diorang tergolong dalam kaum yang sama?

Inovasi. Korang kan hebat bab-bab fesyen ni? Ehe. pe salah nye..

Akhir sekali, niat nak bertudung, menutup aurat tu memang bagus.

Alhamdulillah kerana mendapat hidayah Allah, yang tak semua orang dapat. Hanya yang special, yang Allah pilih saja yang dapat hidayah tau.. Jadi, awak adalah seseorang yang special. Allah bagi hidayah sebab tak mau kita pilih jalan yang tak betul. Jalan yang syurga, itu yang Allah bagi.

Bersyukur lah yang tak terhingga dengan nikmat hidayah itu.


Jadi... Mengapa tak mau jadi yang terbaik? Menutup aurat dengan cara yang terbaik? Bukankah di akhir hidup ini, kita akan kembali juga kepada Allah?

Korek si hati. Lihat. Apa niat sebenar kamu pakai tudung?

Allah suruh?
Ibadah?
Capai redha Allah?

atau,bagi fesyen yang berlebih-lebihan...

Sekadar untuk menunjuk-nunjuk kecantikan diri?
Mendapat pujian orang ramai?
Trend?
Kalau tak ikut, rasa diri tak famous?
Terpinggir?
Not up to date?
Bangga dikelilingi Ar-rijal yang bermulut manis memuji sepanjang masa?


TEPUK DADA, TANYA IMAN


Monday, November 14, 2011

Saya ada Hutang Awak Tak?

InsyaAllah, setiap kali lepas jemaah Maghrib di surau A, mana-mana yang berkelapangan, akan membentuk satu bulatan dan perkongsian akan diwujudkan.

Semalam.

Kak Asma membangkitkan soal hutang.

Alah, biasalah kita pinjam duit kawan. Seposen, dua posen, seringgit.
Tapi, kita tak tau bila Allah akan tarik nyawa kita.

Kak Asma menambah lagi, bahkan dalam satu hadis Rasulullah, para shuhada pun tak diampuni dosa, disebabkan berhutang.


"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang" (HR Muslim)


Bila dengar tu, terus teringat, mana la tau ada hutang sesiapa.

Kak Asma pesan lagi, kalau boleh, setiap kali kita ada hutang orang atau orang hutang kita, tulis dalam buku kecik. Dan pastikan, ada saksi yang tau kita ada buku tu.

Sekian ^^

Moga beroleh ilmunya di situ.

Saturday, November 12, 2011

Mana best? Drama? Buku?

 Assalamualaikum

Baru sekejap tadi, saya paksa Munirah (darjah 3) baca cerpen kat laptop ni. Nasib baik dia berminat. Ehe. Sebenarnya, masa saya tengah menaip di laptop, dia melihat apa yang ditaip.

Dia tanya,"Yong tulis apa ni?"
Saya jawab,"Tulis cerpen".
"Yong tulis sendiri?" tanya Munirah dengan muka yang terkejut.
"La, yelah. Ha, Iyah nak baca? Ada yang dah siap".

Saya pun segera membuka folder document dan mencari cerpen "Kerana Peribadimu, Aku..."
Yang terbaru. Ceh, padahal satu tu je pun yang berjaya setakat ni.
The one and only after years I left writing behind :P

Ok. Jadi, saya suruh dia duduk kat kerusi tu, dan baca. Saya tunggu dan tunggu, tengok-tengok, la, baru muka surat dua? Baiklah, dia baru darjah tiga, dan saya perasan cara bacaan dia agak lambat sikit. Sementara dia membaca, saya kadang-kadang menyebut, "Iyah, kalau tak faham tu, berhentilah." Tapi, hingga ke sudah dia tak berhenti. Macam la faham.

Masa dia membaca, kadang-kadang terdengar dia ketawa kecil. Saya tanya dia, apa yang kelakar?
"Ni ha, Amir ni, sikit-sikit kata kena rasuk," jawab Munirah sambil tersengih.

Hmm, budak-budak. Entah apa yang dia rasakan lawak di situ. Banyak lagi la yang dia ketawa-ketawa kecil. Bila dengar ketawa tu, rasa cam gembira pulak, ehe. Best ke cerpen aku tu? Aha. Tapikan, dia budak-budak, pemikiran tak sama ngan orang dewasa.

Sudah tu, bila dah habis, dia tanya, "Eh, sampai sini je ke? 13 mukasurat?"

La, dah namanya cerpen. Pendek ajela. Kemudian, Munirah pun berlalu pergi. Tak sempat tanya dia apa yang dia faham. Rasanya tak faham apa, ehe.


Budak-budak sekarang suka membaca tak?


Saya pernah tengok satu rancangan di tv. Interview tentang jumlah bacaan dalam setahun oleh rakyat Malaysia. Rata-rata yang di interview mengatakan yang jumlah bacaan mereka setahun hanyalah satu ataupun dua. Yang tak ada langsung pun ada.

Abah saya memang suka beli majalah Asuh. Dari kitorang kecik sampai ke besar ni, sampai generasi adik yang 6 tahun, masih setia membeli majalah tu. Dan bukan Asuh saja, Ana Muslim, Sayang Muslim, Celik, Kuntum, dan beberapa lagi majalah untuk bacaan kanak-kanak Abah belikan.

Alhamdulillah, adik-adik membaca. Walaupun yang dibaca tu komik semata. :P

Munirah dapat anugerah NILAM kat sekolah. Siapa yang terbanyak tulis dalam NILAM, dapat hadiah, kata cikgunya. Baguslah, tu antara initiatif cikgu untuk galakkan murid membaca. Dah tu, pakat-pakat pulak budak darjah tiga ni dengan kawan-kawan dia meminjam buku kat perpustakaan negara. Haha. Semata-mata nak tulis dalam buku NILAM.

Membaca tak best ke?

Orang sekarang ni, suka tengok drama je kan? Urggh. Korea. =,='

google. pepandai la teka cite pe.

Saya suka membaca!

Sebab?

Membaca tu best! Dapat tambah ilmu tu sudah tentu la. Dan lagi best kalau adik-adik kita yang kecik-kecik tu ikut sekali membaca. ^^

Assalamualaikum.

*****
Entri ni macam tak ada tujuan je?
Em, jadi, apa kesimpulan entri di atas?

Ajak adik-adik kita membaca bacaan ilmiah, insyaAllah. ^^



Wednesday, November 9, 2011

Di manakah saya?


Assalamualaikum.

Saya yang bernama Muslihah, sekarang merupakan pelajar tahun satu, Fakulti Sains Kesihatan, UKM KL.

Alhamdulillah.

Setelah melalui beberapa dugaan (beberapa ke?), akhirnya, selamat mendaftar di UKM cawangan Kuala Lumpur. Hmm, walaupun asalnya, tak tahu apa-apa pasal kos tu, tapi akhirnya Mus terima jugak.

UPU bagi saya kos Environmental Health and Industrial Safety (EVH). Asalnya, mula-mula Mus nampak kos tu, Mus bertekad nak tukar ke Dietetik sebab dalam upu memang mintak dietetik. Tapi, pas 2 minggu, Mus rasa, tak apalah tak tukar.

Sebab apa?

Saya suka ngan kakak-kakak senior, dan coursemate yang lain. Nampak ada peluang di situ. Peluang untuk amal maaruf nahi mungkar. Who knows that this might be the time for me.

Sekarang, dah lebih sebulan di situ. Tapi, abah selalu membangkitkan soal pemilihan kos tu. Dan... hati ini sering berbolak balik. Keliru.

Betul ke pilihan aku ni?

Saya terkesima bila abah tanya, betul ke kos tu sesuai dengan yong? Dengan jiwa yong?

Yeah, I admit it. That course is more to environment, close to the nature, animals... but my soul is more to human.

Human is really interesting, and their uniqueness mesmerizing me,urging me to explore more about them (emm,this sounded like an alien trying to invade the Earth =,='), their mechanism, their way of thinking, and how easy a human can be manipulated, so does animal.

Seringkali diri ini mengeluh. Saya tahu saya tak tukar kos ni sebab saya suka dengan coursemate, senior walaupun saya tahu saya memang tak minat kos ni.

Tapikan, minat boleh dipupuk. Saya dah istikharah sebelum memutuskan untuk tukar kos. Dan lepas tu, saya rasakan yang saya tak mau lepaskan EVH.

Ya, hati manusia memang senang dimanipulasikan. Ohhhh.

***

Hari tu pergi Kuala Gandah. 
National Elephant Conservation Centre. 
Dapat naik gajah. 
Geli.

Kena buat report.








Friday, November 4, 2011

KMS: BioVideo



Remember when I told you about the video we made while still in matriculation? For biology? Here's the snapshots ^^ I have nothing to do right now, so I watched the video back to remember the memories of us together.. Rabi'ah, Roslida, Rosmiera, Izzati, Nisa'.. I love you XD 

Ukhuwahfillah abadan abada..










Some event happens after here, but I don't want to put the snapshot because it was confusing. Haha. Just wanna say that actually, the follower taught it was fishy that Rabi'ah borrow the knife from acik kafe. She taught that Rabi'ah wanna hurt herself, but as she approached her, it's looks like her taught was completely different. Okay, so lets continue.

So, that's the end ^^ if you doesn't understand, then let it be. You don't have to actually understand this. Just, the moral value here is that we shouldn't look down others weaknesses and disability. Instead, look not only with sympathy but empathy.

Ja~

Assalamualaikum.

Monday, October 31, 2011

I Love My Ummi and Abah So Darling!


ummi abah ku sayang~

Thursday, September 8, 2011

If this ever happens again... oh, s-weet!

 One day...

Sister : Yong, I want to wear that scarf... Please..
Yong : Nope.
Sister : Ala.. Here, this one match your baju kurung. Please la..
Yong : Nope. It's mine.
Sister : Ummi, this one match with Yong's baju kurung, right, right? ^^
Ummi : A'ah...
Sister : See.. see.. Tukarlah..
Yong : What's in there for me? (smirk)
Sister : Ehhh?
Yong : Then,if you want my scarf, promise me, no laptop until your SPM's finish and... deactivate  your facebook account.
Sister : Hmmphh.. Forget it..

After a while...

Sister : Come on... Nak yang tu..
Yong : Then,make a new deal for me.. (smirk again)
Sister : Emm, ok2. I promise you, I'll never wear those skinny trousers again.
Yong: DONE! Now, it's yours. (Hurray for me!!!)

Yayy!! That was super awesome! If this ever happens again, I'll make another deal out of it..^^

Monday, August 22, 2011

Could I say, "Typical."




Mereka berkumpul. Bercerita tentang hati dan perasaan.


"Moon, kalau kau rasa die leh wat kau happy belajar kat sini, kau teruskan ajela. tapi, jangan cari aku bile kau menangis nanti."

"Tu la yang aku takut tu, Star..." ujar Moon.

*****

Beberapa bulan kemudian., mereka berkumpul lagi.


"Lelaki memang bodoh, buta!" (Star hempas telefon atas katil)

"Kenapa?" tanya Moon.

"Balak aku jumpa pompuan lain! Huh,lelaki! Pompuan manja sikit,cair!" bentak Star.

***** 

 Masa terus berlalu.
"Aku dah mula boring la dengan Sky," kata Moon.

"Oh oh, aku faham aku faham, hahaha... Senang kan nak boring dengan lelaki," kata Sun.

"Kan kan? Rasa macam, dah takde feeling. Dah tak rasa apa-apa," ujar Moon. 

"Tapi aku ada spare part, best kan? Aku tak tau la nak teruskan ke tak dengan Sky, tapi aku ada Cloud..." kata Moon lagi.
*****
One day, someone's called Sun.

"Kenapa nak minta maaf sekarang?"

"After all you've done to me, you said sorry? Is that the best you can say?"

"You ni jahat giler la. Lepas dah setahun lebih you tinggalkan I, you baru mintak maaf sekarang? Time I dah okay? Nape bukan masa I down?"

"You takyah cakap nak nangis lah, I yang patut nangis."

"I support you, but why you tinggalkan I?"

"When you take your SPM's result, did you ever thank me? Did you ever asked me how many I got?"

"You, made our last date, NOTHING!"

"I'm gonna hang up this call."

"..."

"Goodbye!"
 
*****
 Another weeks passed.

"Moon's not okay, Star's not okay, I'm not okay..." said Sun.

"Let's build Anti-Man Club in this room" said Star.

*****

Those are not some drama's dialogue. They were real.

To me, those are a typical dialogue of typical Malay's girls. 
It's not that 'typical' but, we can say that these events are common to happen.

Boys, love, coupling... 
Are those really important when you are still a student while still lives under the same roof with your parents?

Bagi korang, ber'couple' tu, sesuatu yang agung, suatu kebanggaan, dan mengatakan, ber'couple' ni sebagai persediaan untuk memilih calon hidup. Dah ada pengalaman,baru senang nak pilih suami/isteri...

Korang silap.

Islam dah ada caranya. Kita je yang lupa.
Dalam Islam, dah bagitau, nak pilih pasangan hidup tu, macam mana caranya.

Pilih yang beragama.

Islam tu syumul, universal. Dia dah ajar kita dengan sifat-sifat mahmudah, yang baik-baik. Jadi,bila kita pilih yang beragama, insyaAllah, hidup kita takkan disia-siakan.

Rupa,harta,pangkat, tu semua nafsu tu. Cari yang ada agama dulu, baru pakat cari traits yang selebihnya.

Tapi, untuk memilih yang beragama, kita pun kenalah beragama sama.
Macam mana kita nak kat dia, macam tu la dia kena nak kat kita.

Ok, also, I wanna add up, those dialogues above also revealed the so-not-ladylike girls when they're talking with friends.
Terpulang macammana korang nak judge. Tulah realiti.


That's why, I insist, seek for those who make Islam's their priority in life. 

Depa ni,depan kita nampak baik-baik saja,happy go lucky semacam, tapi di belakang, ada akhlak yang perlu dikemaskini. 

Yela,semua orang tak sempurna. Kita pun entah-entah, sedang cuba memperbaik diri.
Jadilah yang terbaik. 

Ingat.

Kalau cinta itu membuatkan kita jauh dari Allah dan mendekati zina, maka, dia bukanlah yang terbaik untuk awak. 

Cinta dari syaitan, hindarilah.
*****
Geram beno tengok budak2 skolah rendah sekarang sibuk nak ber'couple'.
Bila 'couple'dijadikan budaya yg tak asing, mentaliti budak2 ni dah tercemar.
Poor those pure soul.






Tuesday, July 26, 2011

Persiapan Ramadhan untuk Perempuan??

  -Assalamualaikum-


Boleh pulak eh tuk perempuan ada persiapan khas untuk ramadhan?

Atau lebih tepat, "Persiapan Ramadhan Untuk Muslimat".

Wanna find out what?

Yang muslimin pun baca jugak, jangan ngelat.

*******

1. Pesan kat keluarga untuk puasa sebanyak mungkin dalam bulan Syaaban  


2. Tambah bacaan al-Quran
  • siapa yang taknak khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan? mestilah nak kan? biasanya, kita start baca al-Quran masa hari 1st Ramadhan. Satu hari, satu juzuk. Itulah aim kita sebenarnya.
  • tapi bagi perempuan, memang tak mustahillah akan tertinggal lebih kurang 7 juzuk dalam sebulan tu, menstrual. Macam mana nak catch up?
  • jadi, apa kata start bulan Syaaban ni, kita dah start baca al-Quran? At least dah nak lagi seminggu Ramadhan ni,kita dah dapat habiskan 7 juzuk (1 hari 1 juzuk). Jom!
3. Duduk kaji buku-buku fiqh yang mudah


  •  maksudnya, masa nak dekat Ramadhan ni, bacalah buku-buku agama. Baca Asuh pun xpelah  ;P 
  • sekurang-kurangnya dapat tambah ilmu agama. Takkan kita nak ilmu dari sekolah dulu stay takat tu je? Cari ilmu, kenalah sepanjang hayat. Banyak website yang bagus. iLuvislam.com, Saifulislam.com.. Jom tambah ilmu sama-sama. XD




4. Hiaskan rumah! 
  • "Eh, bukan nak dekat raya ke hias rumah?" Mana ada!
  • Start hias sekarang, sebelum Ramadhan... Takkan nak kacau Ramadhan, terutama 10 malam terakhir?
  • Kalau pak arab, mereka kata letak belon-belon sekali dalam bilik demi menyambut ramadhan. LOL. Tapi, itulah hakikatnya, mereka bersungguh-sungguh menyambut Ramadhan.
  • Malaikat pun bersiap sedia menghias bumi ^^

    5. Ambil berat, jaga hubungan kasih sayang
    • Bagi yang suka marah-marah, usaha ubah diri anda nak dekat Ramadhan ni.
    • Yang suka gaduh dengan adik beradik, jom sama-sama belajar mengasihi mereka yang tidak berdaya tu (eh, ada perkataan 'jom' la =,=)

      6. Eratkan silaturrahim
      • Time nak dekat Ramadhan ni la, minta maaf ngan sesiapa yang kita rasa ada buat salah. Bukan time raya je!
      • Amat penting supaya ibadah kita di bulan Ramadhan diredhai dan doa dimakbulkan ^^

      7. Berdoa bersungguh-sungguh semoga bertemu dengan Ramadhan
      • Ada doa panjang, tapi yang pendek,
       الَلهمَ بلَغنا رمضان
      (Allahumma ballihgna ramadhan). 

      Maksudnya, "Ya Allah,temukanlah kami dengan Ramadhan".
      • Lepas baca doa lepas solat, jomla amalkan doa ni, insyaAllah. Senang je. Ha, sapa tak hafal lagi lepas baca post ni? Memang nak keno ni...

      8. Jangan sia-siakan Ramadhan  


      bukan mahram berdua-duaan sebelum nikah
      •  "Apabila datang Ramadhan, dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka, dan dibelengu syaitan"
      •  Kalau kita still buat jahat jugak masa Ramadhan, sedarlah, yang nafsu kita tu, amatlah buruk!



      Sekian, insyaAllah, moga bermanfaat. Isi usrah semalam yang dikongsi naqibah kami, 
      daripada buku 
      "Buyutuna Fi Ramadhan".

      Wallahualam.

      Sunday, July 17, 2011

      Tips Isi UPU untuk pelajar lepasan Matrikulasi

      Assalamualaikum...

      Berdasarkan pengalaman saya dan kawan2 yang agak menyedihkan, saya nk kongsilah dengan korang kat sini...

      Isi borang UPU ni, jangan main2, terutama tuk lepasan Matrikulasi.. Budak2 SPM pun leh take note eh..

      1) Untuk budak2 SPM

      Bagi yang amik science stream, walaupon korang mmg tanak dah amik science pas skolah menengah T^T, time isi UPU, jangan pilih kos arts course. Confirm korg kena tolak!(teori sendiri :P) Macam saya, hahah.. So dumb.

      Citer nye macam ni, time SPM dulu, tau saya pilih ape? 

      Pilihan pertama, asasi bahasa inggeris, tp bukan TESL, that's a certain. i don't have a talent in teaching :P
      Pilihan kedua, psikologi.
      Pilihan ketiga, sains kemanusiaan
      Pilihan keempat, ntah ape ntah

      yg lain, mass communicationlah, fisiology la, nursing yg kelapan :P

      THEN,  bile result kuar (dahlah kt PLKN time tu), maaf, anda tak diterima ke IPTA T^T 
      nseb baik den dpt matrik. fuh~

      so, conclusion nye, better pilihlah aliran yg sains jugak kalo science stream..tp xsure la, kalo result korg x ok, better pilih yg bukan sains ke ape.. heheh.


      2) Untuk budak2 lepasan Matrikulasi

      Janganlah~ Tolonglah JANGAN buat benda nih...

      Masa isi UPU nanti, fasa 2 boleh ubah course lepas dapat result..
      So, kat bawah sekali nanti, die akan ade satu statement ni, yang lebih kurang camni,

      Adakah anda bersetuju untuk menerima tawaran selain dari pilihan di atas?

      Die suruh tick kalo setuju, dan korang, JANGAN sesekali tak tick, nnti korang nyesal punye~ hahah..

      Kalau result korang tak sesuai dgn course yg korg mintak, and then korg tak tick, mmg die takkan bagi ape2 offer pun kat korg.. sian kan?

      kawan saya ade kena. sian die. result die oklah. sem 1 3.8. sem 2 xtau, tp lebih kurg lah kot. mintak medik, then tak tick statement kt atas tu, dan die gagal ditempatkan kat mane2 ipta, mengikut result UPU tu la.. huhu, sedih giler die..

      dan, ade lagi beberapa org yg camtu.. T^T berharap kat rayuan la dorg..

      so, ni jelah yang dpt di share. Hope it's useful ^^

      Sunday, June 26, 2011

      Gerhana Bulan: SubhanaAllah!

       Usrah 16 Jun 2011

      Di sini, saya quotekan post saya di facebook,

      Nak SHARE. td time usrah baru tau, ade satu hadis ni, total up semua, nak citer yg tujuan Allah cipta gerhana ni semua, utk takutkan kita, supaya kita berfikir, apa jadi kalo Allah betul2 tarik nikmat cahaya bulan/matahari tu? gerhana tu tetibe je kekal? then, kat hujung hadis tu, rasulullah kate, ble nampak je gerhana2 ni, if i'm not mistaken, fikirkan tentang Allah, dan beristigfarlah. wallahualam.

      Topik usrah kali ni, pasal gerhana. Mentang-mentang gerhana bulan akan berlaku pada pagi tu, so Makcik Zai(naqibah kami) pon bukak topik pasal gerhana. Alhamdulillah, dapat la tau sikit-sikit pasal gerhana ni dan macam-macam info menarik. Best!

      Makcik Zai share satu hadis ni, seperti yang diatasla, tapi lagi detail. InsyaAllah, tu adalah satu ilmu baru.



      Tak pernah fikir pulak utk beristigfar bila tengok gerhana, astagfirullah.. Kita tak sedar pun yang Allah tu Maha Berkuasa, untuk tarik apa-apa nikmat kita kat dunia ni. Boleh je Allah tarik nikmat cahaya bulan tu kan..?

      "Setiap peristiwa alam ada keunikkannya sendiri," tambah naqibah kami.

      Baik, sekian. Moga bermanfaat ^__^

      Thursday, June 23, 2011

      Movie Review: 1942


      I don't remember exactly when I watched this movie, but as far as I remember, I watched it after SPM.

      A Japanese movie


      What triggered me to watch 1942?


      I was at mysoju.com, searching for horror genre's movies and that was how I met 1942. I watched it till the end, and my final conclusion was,  


      " I don't have the conclusion!!! "


      Yes, you hit the button boys and girls, I don't understand! I was a real pathetic... 


      1942 is awesome, because I like history-kind of-movies eventhough 1942 isn't really a historical movie... but it does mention about crossing the Slim River, Perak.


      Here's the summary. I'll be really glad if you spend some time to watch 1942, and share your thought AND conclusion u got from this movie with me :D I'm really desperate to know 'what is 1942 is all about'? 


      Yes, we can assume anything, but wouldn't it be more exciting if we share it?


      1942. Malaya. Sgt. Yasuo Fujii, a war cameraman, is huddled in a trench, waiting to film the Japanese 6th Army cross the Slim River on its way south to Kuala Lumpur. An enemy mortar shell lands in the trench and, in a heartbeat, Sgt. Fujii is running through the jungle for his life. Armed with nothing except his 8mm camera, the young soldier soon hooks up with remnants of the scattered 6th Army. Together with three soldiers, he must race against time to get a fatally wounded soldier back to the division in Kuala Lumpur. However, everything starts to go wrong and they get lost in the maze-like jungle. All their maps are wrong and their radio malfunctions. Sgt. Fujii starts sighting mysterious figures through his camera viewfinder, and a female ghost starts to haunt them. Survival is at stake and the ghost is hot on their heels. Will they make it to safety? 



      If the link is broken, or the movie isn't show up, please help yourself to find other link to the movie. Thank you. Ngehehe~ 


      This is only my review on 1942 movie.

      ~LOVE 1942~

      Sunday, June 19, 2011

      Aduh.. Bilalah nak Serius??

      Blog blog blog...

      Blog saya ni awalnya dicipta sekadar untuk cerita tentang hidup saya. Dulu time kecik2, suka tulis diari kat buku, jadi bila dah besar sikit, blog ganti buku...

      Tapi, lama-lama, bila dah makin besar ni, teringin pulak nak mengilmiahkan blog. Tengok blog orang lain, ada manfaatnya. Tapi, blog saya ni, sekadar untuk menceritakan hidup saya.


      Kalau boleh, taknak la macamtu selamanya. Nak jugak saya luahkan isi hati dan fikiran, tapi selalu tak keluar. Emm, maybe kena betul-betul tetapkan hati kot.

      Saya memang tak penah bagitau orang lain pasal blog ni. Kalau yang terjumpa, blogwalking la tu.. Sebab blog ni memang khas tuk saya tulis apa yang saya nak tulis. Apa yang berlaku dalam hidup saya... Saya buat ni semua pun, sebab nak jadikan kenangan satu hari nanti...

      Tetapi, lama kelamaan, terbit satu perasaan nak share pemikiran saya yang saya pendam selama ni. Tentang masyarakat, dunia, pemerhatian saya, remaja, Islam... Saya memang nak sangat luahkan..

      Jadi, kadang-kadang terfikir, perlukah buat lagi satu blog, khas untuk perkara-perkara camtu?

      Apa pendapat korang?

      Saturday, June 18, 2011

      English's essay Form 4 dulu2.. Hahah~

                
                 I smelt the delicious aroma as I approached my house. “Hmm, Asam Laksa! My favorite!” As I reached the doorknob, something came out my mind, “Wait, I don’t think there is anyone in this house right now. Mom and dad has gone to their office before the sunrise, and my sister, she had co curricular activities at school today. But, if there’s no one at home, who’s cooking?” I wondered.

                  “It must be mom! Maybe she has free time today, that’s why she’s home right now,” I made the conclusion with a smile and reached for the doorknob. Ah, it's lock. I wondered for what reason mom's locking it. I don’t want to disturb mom so I reached the key in my pocket and unlocked the door. I rushed to the kitchen calling out my mom, but she did not answer.

                  I searched the whole house for my mom but I can't find her. I thought that was weird because I knew that I smelt Asam Laksa. It cannot be our neighbor because we do not have any. The house next door is empty!

                  “Was my nose having a problem?”

      I tried to smelt again. Yep, definitely Asam Laksa. I ran back to the kitchen and peeped in the food cone.
                 
                 “Ahh!” I yelled in horror. I was taken aback for what I just saw. It was not Asam Laksa with fish in it, but Asam Laksa with worm and spider caked by a black slimy thing! It was horrible!
                 
                 I dare not to look at it anymore and without hesitation, I closed the food cone. I moved backward and shivered. “What the hell is that?” I yelled. Thinking twice, I braved myself and open the food cone again. What? The gross Asam Laksa had disappeared! I was shocked. What happened to me? Did I just daydream? I calmed myself by saying I was just having a daydream. Maybe I was just too tired, and hungry.

                I went to the sofa and landed on it with a sigh. “ I think better if I take a little nap”, I uttered. On my way to a deep sleep, my mind was filled by that weird experience. I know I smelt Asam Laksa…
                   ***
                The next thing I knew, I was awoken by the sound of thunder. I peeped outside. It was raining cats and dogs. I looked surround me and found me in a gloomy living room. I took a glimpse at the kitchen. It was dark, very dark. I tried to switch the main lamp, when suddenly I heard something came out from my room. 

                “What the heck…” before I could finish my word, the sound was getting louder. “Ah, it might be a cat,” I calmed myself and moved toward my room in order to chase the ‘cat’ away.

                  But, the bravado I portrayed immediately vanished after I heard the sound of a woman’s crying. My heart beaten harshly. I want to move backward but my curiosity is much higher. Slowly, I opened the door. It was pitch black. My hand quickly searched for the lamp switch because of the crying that was getting louder. I could only feel the wall because it was very dark. As I found it, I flicked it without hesitation and the room was bathed with light.

                  There, at the corner of my room, I saw a silhouette of a woman with a long hair. She had her back towards me. I gasped in horror. My legs trembled badly. I want to run but I cannot. My panic had overcome my will to run. I was shaken. That woman slowly turned towards me.      

                  She had the eerie structure ever! Her skin was all peeled off and the blood oozing from every part of her body. I want to scream but no voice coming out. She then immediately shouted with a horrendous voice, “Why did my life ended like this?! Why?! Why?!”. Her blank socket stared me directly. I was palpitated. My body shaken uncontrollably and, I collapsed.
      ***
                  “Honey, honey, what happen? Please wake up. Honey!” my ears caught the voice my mother. Remembering the ghost, I woke up in terror and hug my mom tightly. As I coming back to my sense,  I quickly narrated what had happened. She seemed shocked,” Oh my god, you saw her? I know dear, I know. That’s why we need to move from here as fast as we can”. My mother response really woke me up.

                  “But how did you know?” I asked. “The agent of this house had told me everything about this house. Yes, dear. This house is haunted,” said my mother with an eerie voice. My mother’s explanation really made me sick. That’s mean, I had seen a ghost. I turned to look at the kitchen and the woman I saw just before I collapse, was staring at me. I gave a short shriek and then collapsed, again. 

      P/S : The end.. Any grammatical or spelling error, kindly inform me  :) thank you..Kalau ada cadangan tajuk, leh bagitau sekali ye..

      Saturday, June 11, 2011

      Gomo Kelate Gomo!!!


      Bwahahahaha!! What a firing spirit!


      Sepertimana yang saya tau, malam ni ada perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Terengganu. Kebetulan, jiran atas saya ni, memang kelate sume... Hehe.. Abang2 ni Mereka2 ni baru pindah rumah atas. Tak kenal pon.

      Baru je pukul 3 tadi, adik saya ternampak dorang2 ni turun bawah. Mak aii.. Ketawa dia!

      Lengkap mereke berbaju merah dan ber''cat'' segala. Hahaha! Memang semangat habis!

      'candid camera' di sebalik langsir dlm rumah~

      Setahu saya jiran atas ni ( sume lelaki) ada 4 5 orang je, tapi dorang bawak geng pulak~

      Hahaha..

      cis. membetulkan topi di kereta abahku. haha.
      akhirnye, mereka bergambar beramai-ramai XD


      Hmm, memang dasyat ye semangat mereka. Mula bertolak seawal  3 petang.. Nak dok depan la kut..

      InsyaAllah, doa je la banyak2.. Saya tak sokong mana2 lg.. :D

      Tapi yang paling penting, jangan tinggal solat masa duduk kat stadium tu. Bola tu bola la jugak, solat jangan lupa. Cari masa, dan jangan ikut nafsu nak tengok bola tu setiap saat setiap detik.

      Ingat, solat adalah satu tanggungjawab!

      Thursday, June 2, 2011

      Merong ohh Merong..

      Bila pertama kali tengok iklan Merong Mahawangsa tu, memang teruja giler la.. 


      Pasai pa pulak ha? Dahla guna perkataan 'teruja'..

      Hahahahahaha.. Sebab saya adalah salah seorang yang pernah menghabiskan buku Merong Mahawangsa tu..!! Yeah! Hahaha.. Memang lawak la..

      ***

      Ingat lagi masa tu. Kat sekolah menengah la.. Puan Salmah suruh baca karya-karya sastera ni, lepas tu tulis rumusan. Saya masuk pertandingan apa ntah, tapi yang penting dapat merit =) Banyak~

      Ushalah buku-buku sastera tu (Puan Salmah panggil Karya Agung) dekat rak yang dikhaskan. Uii, tebalnye mak aii.. Tanpa melengahkan masa, saya pilihla yang 'kurus-kurus' sikit (hehe, jimat masa).. Jadi, pilihan pertama saya, tu diaa..

      Hikayat Merong Mahawangsa !!

      Kalau nak 'judge a book by its cover', memang tak bolehla kan.. Tak ada gambar. Cuma paperback merah dan tulisan warna emas.. Macam iras-iras Al-Quran terjemahan pulak.. Tak tau nape terpilih 'dia'..

        saya tak baca yang jawi ni.. hehe.. yang rumi la..

      Masa tu form 5. Dalam masa cuti penggal dua minggu tu kot saya baca buku tu.. Best jugak, menarik.. Saya recommend la bagi sesape yang nak baca karya-karya agung ni.. Mungkin sebab saya suka cerita-cerita klasik kot.. Hohohoho..!

      Tapi, mengaku la, ada kot mukasurat yang ter'skip' tapi tak banyak la.. Mungkin salah letak penanda buku..

      Hahaha.. Tak sangka pulak keluar movie lepas bertahun pembacaan.

      Taulah korang dah tengok~ Saya tak tengok lagi.. Nantilah, ingat nak beli cd. Yang original lah.. Tak kesah la ok ke tak yang di'movie' kan.. Dorang dah usaha, bajet pun telan banyak gak..

      ***

      Emm.. tetibe teringat Ong Bak 3.. pun tak tengok lagi.. ngehe.. Ong Bak 2 best !!

      Wednesday, June 1, 2011

      Urggh.. Minat atau kerjaya?

      Time form 4 dulu...


      Abah : Yong pilih Bio jela.. Bidang ICT ni ect ect ect (x ingat dah apa yg abah kata)
      Saya : Ok lah..


      Masa Form 4 dulu, masuk kelas Sains, 4 Zuhal. Dapat tau yang kelas ni boleh pilih Bio or ICT. Siapa nak Bio, pilihla Bio, sapa nak ICT, go with it. Ada satu borang tu kena tick, dan cikgu bagi masa seminggu.

      Bila tengok je pilihan tu, my heart was overwhelmed with joy.. Memang terus tick ICT la kan. Huh, memang tak fikir panjang. Minat.

      Malam tu, tanya abah.  


      Apa yang patut yong pilih?

      And that's when the dialogue came out. I don't remember exactly what abah said to me, but it really made me choose Biology instead. Hmm, something like your job in the future...

      Yela, konon nak buat istikharah, tak terbuat-buat pulak, hahaha... jadi ikut je lah abah... Abah banyak makan garam...
      So, here I am, taking the Science course.


      Emm, kenapa saya pilih ICT mula-mula?? 

      Sebab saya minat. Tu je, fullstop

      I really love IT, because it made me wanna know more about it. More and more. It made me being curious. Oh well, but interest and love only cannot scheme the future of mine. I have no talent at all (signs).

      That's why I chose Biology. Now still, I'm not regretting it. Hahah ^_^
      Biology is not so bad... instead I think I like it =)

      It's beautiful ~

      I enjoy Biology because you'll know somethings that you'll never know if you don't learn one. It's mainly about us, the world we life, the surroundings.. Ahh, how refreshing is that... Subhanallah. ^^ Best!



      So, apa kaitan minat ngan kerjaya?

      I don't draw like that aa.. google search.. haha..
      Kalau cakap pasal minat, macam-macam saya minat. Drawing, playing instruments, martial arts, writing... But, will they help me in future? I guess nope because I don't have the talent, or well.. guess I don't have the chance to prove myself. Emm, proving just wasting money and time I thought.

      Abah pernah tanya, yong minat apa?

      There is no way I'm gonna tell him about my interests that doesn't have connection with science. I might hurt myself and him. So, silence is the best way.

      Apa yang abah cakap, betul. Kita kena fikir apa akan jadi pada masa depan. Lagi satu, kita kena fikir tentang bidang yang boleh buat kita berkhidmat untuk orang lain. Kerja yang sesuai sebagai seorang perempuan, sebagai seorang Muslimah.

      Well, I guess that's right. I never thought about it before. I just care about my interest, not the future. But obeying abah is the first thing.

      Hahah.. Sesetengah orang memberontak dengan pilihan orang lain, sebab diorang betul-betul nak kejar impian dorang. Guess I don't have any dream.

      To me, my score is the one that'll plan the future. It's depends on my score, my exam result.

      Kalau dapat result teruk, pilihla kos yg sesuai ngan result tu. Begitulah sebaliknya.

      K, tu jelah. Sebenarnya, saya benci rojak2 ni. Tak tahu la nape saya tulis camtu. Ish! tak perasan. Kena hati-hati la pas ni. Mintak maaf ye...
      K, assalamualaikum.

      Monday, May 23, 2011

      Menipu untuk Dapatkan Duit? ! Haram kot!

      Harta yang diperoleh daripada penipuan adalah HARAM. 

      Islam memang mengharamkan segala bentuk penipuan. Namun, rata2 masyarakat kita langsung tak sedar tentang penipuan yang sering berlaku dalam urusan seharian. 

      Sebab apa? 

      Sebabnya benda tu seakan sudah menjadi norma masyarakat kita. Ikut-ikut. Kita haruslah sedar yang apa2 bentuk penipuan adalah satu dosa, lebih-lebih lagi, dalam perniagaan mahupun bicara lidah. MasyaAllah, bayangkanlah jika jual beli yang kita lakukan selama ini, adalah haram dan berdosa. Jadi di sini, saya akan kongsikan kepada semua jenis-jenis penipuan yang dilakukan tanpa kita sedari ia adalah satu dosa.

      • Mengupah dan berpakat dengan rakan supaya pelanggan membeli barangan kita
      Contohlah, kita ada barangan direct selling. Kemudian, ada ramai pelanggan nak tengok produk kite tu, kiranya kita tengah wat promotion la.. Tetiba datang sorang pelanggan ni ke depan dan berkata, " Cik, wah! Hebat betullah barangan cik ni. Memang betul2 bagus! ". Orang lain pun mulalah merasakan yg produk tu benar2 hebat, walhal org yang memuji tu adalah orang yang kita upah atau pun kita sepakati.

      Then, bila rakan kita tu memuji sakan produk kita, kesannya amat besar. Pujian tu boleh mempengaruhi pelanggan dan membuatkan mereka benar2 percaya yang produk itu betul.
      Pengharaman ini disebut dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Dan janganlah kamu melakukan tipu helah dgn cara najash." (Riwayat al-bukhari)

      Najash ni maksudnya macam yang dalam contoh tu la. Kita pakat ngan orang lain untuk menipu pembeli. Hukum najash adalah haram. Semoga pasni kita hati2 lah ye, takut2 tergolong dlm golongan najash semasa bermuamalah. Take note.

      • Membeli sijil
      Ha, kadang2 ada gak jenis yang beli sijil ni, contohnya sijil untuk gelaran "Doktor" dan "Professor". Ada jugak yang menipu tentang status akademiknya seperti diploma, ijazah dan sebagainya semata-mata untuk menunjukkan kelayakan diri. Ulama dah sepakat kata ia haram, disebabkan "penipuan".

      Tetiba saya teringat time sekolah. Masa form 5, semua orang sibuk nak isi markah koko. Semua orang kalau boleh nak dapat 10%. Tapi, ada jugak segelintir yang menipu aktiviti kokurikulumnya. Cikgu tak tahu apa2, main tandatangan je sebab budak tu betul2 dah yakinkan dia. Orang macam ni, saya takut, kalau lepas masuk U, takut kehidupan dia nanti tak berkat. Tu aje.

      • Mengupah orang untuk menyiapkan tesis Master atau PhD

      Pasal ni, saya pernah dengar. Memang ada yang mengupah orang untuk menyiapkan tesis nya. Ini adalah termasuk salah satu daripada jenis penipuan yang diharamkan. Hasil pendapatan itu adalah hasil daripada penipuan. Selain yg mengupah, yang diupah dan yang 'tolong buat' juga dikira menipu dan pendapatannya haram sebab membantu perbuatan dosa.


      • Mencipta testimoni
      Ha, yang ni memang paling hot. Pernah tengok iklan2 ubat kulit di majalah? Mak saya pernah tengok gambar yang sama dekat 5 company yang berlainan! Hahaha... Mereka ni, mencipta testimoni yang mengakui kehebatan produk sendiri sedangkan sebenarnya rekaan semata. Banyak produk2 gini diiklankan di akhbar, majalah atau online advertisement.

      Mungkin ramai yang terpengaruh. Ingatlah, pendapatan daripada kerja ini adalah haram dan tiada berkatnya kerana menipu pelanggan.

      • Membocorkan soalan peperiksaan
      Ada gak sesetengah cikgu atau pensyarah yang membocorkan soalan dengan sengaja sebab nak tingkatkan peratusan lulus kelasnya. Keadaan ini merupakan satu bentuk penipuan yang banyak berlaku kat universiti dan sekolah. Semuanya haram tanpa syak lagi.


      Jadi, semoga kita dapat ambil iktibar daripada pengongsian ini. Untuk pembacaan lebih lanjut, bacalah Solusi Isu No. 21, di ruangan muamalat tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman :D Lebih banyak lagi dari yang dinyatakan di sini.




      Rujukan : Solusi Isu. 21, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

      Thursday, May 19, 2011

      Isi Fasa 2 UPU~

      Tak sabar nak isi fasa 2 UPU nih.. tok Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM je.. 20-26 mei.  insyaAllah..

      kat sini Bahagian Pengurusan Pengambilan Pelajar


      Pilih betol2 ye.. ^^ 
      Tak sabar nak masuk U..

      Tetibe rindu kawan2 kat matrikulasi Selangor..

      Agak2nye ada tak yang sama U nanti?

      Hmm.. Dapat eratkan ukhuwah..

      Kawan2 semua, antuna... uhibbukifillah..












      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...