Wednesday, June 23, 2010

Kolej kitorang baru nak rasmi...

Hari ni, majlis perasmian kolej.. Kolej Matrikulasi Selangor.. Mesti kuar paper kot.. Hahah.. Yelah, matrik bongsu yang pada mulanya tak cukup kemudahan.. Tapi, alhamdulillah, makin baik. Water heater n cooler dah ada, library ade dah buku sikit2, pensyarah pun dah ramai sikit..
Eh, berbalik pada tajuk post.

Eii, kena pakai tudung cream yang dia bagi tu.. tak suka.. dahlah jarang, kecik pulak tu.. Dah serik pakai masa orentasi.. Masa orientasi dulu, pakai tudung hitam kat dalam, nak cover takut nampak leher.. Tapi, tuk majlis ni, selamat Zulaikha ada tudung cream lebih. Alhamdulillah..

Tiga kali kitorang rehersal. Tak belajar waktu petang semata-mata demi perasmian ni. Yelah, Timbalan Perdana Menteri nak datang rasmikan.. eheh..

So, dia bahagikan tempat. Yang duduk dalam dewan hanya ketua2. Yang selebihnya, duduk bawah khemah kat luar, yang dilengkapi TV lcd kot n kipas yang besar keluar wap2 air tu.. hahah.. So, saya duduklah dalam dewan..

Tengok2 bila dah start, TPM tak dpat datang, so wakil aje.. Emm, tak apalah..Dia ada hal kot. Pasukan choir sedap gak.. Petang ni, tak de kelas walaupun majlis habis kol 10.30 pagi.. Dahlah, mendung, syoknye tidur.. Saya dah tertidur 1 jam dah.. ala, ruginye.. tu yang bangun terus basuh muka, then turun bawah, bukak blog.. Saja, nak hilangkan ngantuk..

So, taknak buang masa. Tinggal 2 minggu je nak exam.. ya Allah, bantulah hamba Mu ini dalam mencapai kecermerlangan dalam UPS dgn mendapat pointer 3.5 ke atas... Amin.

Ok, jumpa lagi. Salam.

Budah histeria? 2

Tengok2, budak bilik sebelah.. 2 orang, masuk bilik dengan selambanya.. Dorang tanya saya, "Awk tau tak apa yg jadi tadi?" La.. mestila saya tak tau, sbb saya dok dalam bilik je dari td.. Tapi, saya nak tau jugak.. Sebab sy tak pernah tgk lagi org histeria macam mana.. heheh.. So, dorang pun ceritalah..

Aisyah: Tadi, masa saya tengah nak basuh sudu, saya nampak budak perempuan tu jerit2 dari tingkat2, pastu lari turun bawah samapai tengah blok..

Asella: A'ah.. rambut dia tak ikat, mngerbang.. pastu,dia lari2, jerit2, kejar2 orang, baring2 kat tengah padang mini blok kita..

Ha,tu cerita yang saya dengar dari dorang..

Malam tu, puan Shaharina bagi mesej, minta tolong saya buat announcement, suruh sesiapa yang tinggal sorang2 dalam bilik, supaya tumpang tidur bilik kawan dan suruh dorang baca yaasin beramai-ramai.. Heheh, terasa saya tau yang tido sorang2 malam hari Jumaat tu.. heheh..

Saya pun buat announcement tu, and tumpanglah bilik asella.. Aisyah pun tumpang bilik asella.

So,tulah ceritanye.. Tapi, apa kisah disebalik nye? Nantikan bulan depan kalau saya free.

Bulan 7 ni Ujian Pertengahan Semesta. Doakan saya dapat pointer 3.5 ke atas. Mus akan berusaha, bertawakal dan redha, insyaAllah..

K, jumpa lagi.. Assalamu'alaikum.

p/s: cerita ni dah posted hari tu.. tapi, saya terdelete(huuu.), t'pksa tulis balik.. Maybe ade info yang tertinggal, tak mcm post yang hari tu..

Saturday, June 19, 2010

Budak histeria?

Hari ni hari Ahad, 20 JUN 2010. Minggu ni saya tak balik lagi. Banyak nota yang nak disiapkan. Yela, dalam kuliah, saya amik je gambar slide, malas nak salin, pensyarah laju ohh.. Dah tu, balik kelas, buat kerja lain, tangguh nota... Sekarang, dalam fon ni, dah bertimbun nota kimia and bio.. Haa.. Sapa yang susah sekarang?

So, sabtu ahad ni, bertungkus lumus jugak salin balik lecture's note dalam fon ni... Hmm.. Minggu lepas, blok buat rombakan. Semua yang di tingkat 3 dan 4 dah diturunkan tuk penuhkan tingkatkan bawah.. So bilik saya yang dulunya dua orang je, dah penuh dah sekarang, dapat roomate baru la kiranya, Rashidah dan Farhana..

Okay,nak dijadikan cerita, Fiqa, Fana and Shidah, balik rumah jumaat ritu.. So, malam jumaat tu, saya tido sorang2 je.. Dah penat study math tuk kuiz isnin depan, saya pun tertidur sorang2.. Ok je..

Pastu,pagi esok, budak bilik sebelah kagum dengar citer saya tido sorang2.. hehe.. beselah tu.. cewah.. hahah..dia tu penakut sikit,sebab tulah cakap macam tu.. Entahlah, ramai orang takut tido sorang2, sebab takut dengan 'benda2 ciptaan Allah yang halus tu'.. tapi, prinsip yang saya pegang sebelum ni, " Tak nampak, tak dengar, tok sah takut". Haa, tulah prinsip saya.. Hahah..kelakarlah..

Ok, saya nak cerita, petang Sabtu, dalam bilik, tetiba saya dgr orang jerit2.. Saya pun fikir dengan selambanya, "Ei budak pompuan zaman sekarang ni, tak leh kuat lagi ke nak jerit? Malula kat mak ayah yang datang jenguk anak2..." Then, saya jenguk2 la kat tingkap, tengok bawah(saya tingkat 1).. Ada 2 orang budak perempuan, macam tengah dalam ketakutan.. Lepastu, nampak pulak ibu2 kat cafe, pergi ke tingkat bawah blok kitorang, tanya kenape?

So, saya fikir ada sesuatu dah terjadi... Then, tengah fikir2 apa yg tgh t'jadi, felo(warden asrama), Pn.Baiti, call saya (ceh. macam orang penting je kan sampai dikenali felo. haha, saya s/u asrama sebenarnya. lantik diri sendiri haha), tanya kalau2 saya ada nombor telefon ajk surau.. Saya ckp saya takde.. And then, tetiba je, bergema surah yaasin yang diulang2 berbelas kali saya rasa.. Sah lah, ada budak histeria..

Tetiba rasa sejuk pulak tangan. Dahlah masa tangan sejuk tu, tetiba pintuku diketuk dengan kuat. Macam nak tercabut pintu tu, serius..!

Bersambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...