Saturday, May 29, 2010

Yeay! I'm the First Batch

Alhamdulillah, saya dah bertapak di KMS a.k.a Kolej Matrikulasi Selangor dekat 3 minggu dah.. Dah belajar pun.. Kolej ni terletak kat Banting. Dan merupakan kolej yang terbaru.. Ceh, tajuk macam gembira je dapat jadi 1st batch, padahal tak ada a gembira mana.. hahah.. Biasalah, nama pun kolej baru.. Banyak kemudahan tak ada lagi. Perpustakaannya tak ada buku, makmal komputernya tak ada komputer sangat, water cooler takda, gim takda barang, pensyarah pun tak ramai, tak cukup..

Masa hari orientasi, kakak2 fasi tu pesan supaya kitorang struggle lebih.. Huu..

Kat sini, tiap2 hujung minggu boleh balik, kecuali kalau tak dibenarkan balik.. Tapi, saya segan(loghat perak.. :D) la nak balik.. 2 jam perjalanan tu..

Alhamdulillah, dah mula nak menyesuaikan diri.. Ada gak tangkap gambar, tapi lain kalilah saya letak.. :D

KMS ni ada surau di tengah2 nye. Besar betul. Rasa macam nak panggil masjid pun ada. Surau As-Sufi ni, berdekatan dengan blok asrama2 kami. Jadi, senang nak ke surau setiap kali azan memanggil. Best! Tak pernah lagi pergi surau sekerap ni.. :) Lagi satu, surau ni ada WIFI..

Minggu pertama orientasi. Sedih gak.. tak sempat makan nasi.. Dalam 5 hari tu, 3 kali je saya makan nasi.. Memang tak sempat,kejar masa.. Then, lantik tulah, lantik nilah..

Kelas saya namanya, H2P4. Yang bermaksud, Hayat Dua, Praktikum 4.. Ape tu? Malas nak explain..

Subjek saya yang hayat ni, macam biasalah, biologi, kimia dan matematik. Ada tambahan subjek tuk semesta satu ni, bahasa inggeris, kokorikulum(ada jugak oo..still menyumbang 10% kemasukan ke ipta), dan sains informatik( mcm ict la..).

Hmm..kimia.. saya still tak dapat tangkap.. sama macam spm dulu.. rasa macam sejarah berulang kembali.. :( matematik alhamdulillah, dapat tangkap.. tapi bio, saya rasa mcm saya asyik main2 je.. yela, mentang2 subjek baca, saya asyik tangguh2.. ish3.. kena ubah ni!

So far, saya hidup dengan tenang kat sini.. Kawan2 pun best..! Pandai2 belaka.. Dapat roommate yang sekelas masa sekolah menengah pulak tu.. Hahah.. takdir Ilahi..

Oklah, insyaAllah, saya nak kemas barang.. Petang ni nak balik dah ke KMS.. O ye, kat sana, sarapan n makan malam saya makan roti je.. Jimat duit.. Tengahari je makan nasi.. Baru saya rasa yang duit tu amat berharga.. Dan harus dibelanjakan mengikut keperluan.. Huu.. balik2 timbang, hah, 3 kg turun.. kui2.. sedih pulak..

Eh, oklah.. harap2, semua kawan bekas sekolah, bekas kem mana2 ke, MH-i,, KRJ yang dapat matrik or form 6 or ipta, together, we'll strive for the excellent.. k? InsyaAllah..

Salam,

Muslihah Razali,
Program 1 Tahun,
Sains Hayat,
Kolej Matrikulasi Selangor,
Banting.

Thursday, May 6, 2010

Tambahan

Maaf tak dapat pergi reunion walaupun saya dah balik 5.5.10 semalam.. Abah n Ummi pergi Kedah hari ni, abah kerja, balik ahad pagi.. Jumaat, ayyit, iyah n ijah nak gi sekolah.. so,takkan Ijah nak uruskan budak2 tu, diri sendiri pun tak terurus.. So, saya kena uruskan adik2.. Terutama makanan diorang.. Ijah walaupun form4, die tak reti memasak.. Dia kata kalau tinggalkan dia ngan adik2, adik2 tak hidup.. hahah.. Ahad, nak beli barang2 masuk matrik..

Saya xdapat upu.. Tak tahu kenapa.. ramai orang yang result lagi bagus kot dia amik.. redho jelah.. tapi, harap2 rayuan dapat..

Belajar elok-elok Mus...

"Belajar elok2 Mus..."

tulah pesanan terakhir kawan2 kat PLKN.. semalam berpisah dengan diorang.. mungkin buat kali yang terakhir.. tapi, insyaAllah, kalau ada jodoh, harap2 boleh berjumpa lagi.. terserempak kat mana2..

hmmm.. memang saya rasa sedih semalam.. mula2, masa saya masuk plkn, saya ingat saya takkan nangis bila dah berpisah, tapi, akhirnya, jatuh juga air mata ni..

Sebab Janta la.. dia yang nangis dulu.. huu..

Baru saya sedar, walaupun baru sebulan lebih kami semua bersama, saya sangat2 sayangkan diorang..

Bukan senang nak dapat kawan dengan budak Melayu Sarawak, Iban, Kenyah, Melanau, Bidayuh dan Kayan... Jarang jumpa kat KL.. Kena gi sarawak dulu..

Bagi saya, saya sangat hargai diorang semua, sebab saya tak pernah lagi berkawan dengan etnik2 dan bangsa2 ni.. This was a very precious moment in my life!

Hmm..bila tinggalkan dorang,saya sedih sangat, tambah lagi sedih dengan yang muslim.. Tak dapat nak tegur diorang lagi.. Saya harap sangat dorang solat 5 waktu sehari semalam..

Tiba2 rasa menyesal sebab tak sempat jumpa kawan2 sekelas.. Memang terlupa betul.. Sempat jumpa ngan wirawati yang ade kat tempat minum je.. Huu..

So, sekarang ni, tergesa-gesa nak settlekan hal Matrikulasi.. Saya buat penangguhan PLKN, so nanti lepas habis belajar, saya kena ulang balik PLKN, tapi kat tempat lain..

Aiseh, muka dah berbelang.. nanti xsempat nk kmbali kpd asal, dah tambah gelap lagi.. huu.. takpelah.. kita tunggu dan lihat..

Kita hanya mmapu merancang, Allah yang tentukan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...