Friday, March 26, 2010

Debaran PLKN

Dalam surat tulis nak kena lapor diri pukul 2.oo petang.. sekarang pukul 9.43 pagi.. Haa, dbo nye rase.. Barang ade yang tak beli lagi.. Hahah..Dah tu surat lambat mai..

Beg dibenarkan bawak 1 beg besar, 1 beg galas je.. Alhamdulillah, beg besar dah siap.. Tinggal beg galas je.

Abah gi meeting PIBG kat SKKG sekarang ni.. Nanti abah balik tengahari nanti, terus pergi..

Abah suruh carik peta stadium bukit jalil kat google maps sebab abah tak ingat sangat jalan.. cari2, rupe2nye, 27 minit je dari Klang Gate ke Stadium national Bukit Jalil.. Best betul google maps uh.. Siap boleh bagitau masa perjalanan.. Hahah..

Emm.. Rasa macam banyak benda nak diuruskan kat umah ni. Risau ngan adik2 yang kecik.. Sape nak bising2 suroh dorg bangun pagi gi sekolah, suroh dorg solat, suruh dorg mengaji, wat homework,study.. Hahah.. Ijah? Tak taulah ijah tu.. 2x5 jek.. Emm.. InsyaAllah.. sume akan okey..

Hai.. bnyaknye mengeluh..

Okey je nak pegi ni, cume saya banyak mengeluh bila fikir pasal baju yang kena pakai nanti.. Emm.. why? why? why?! nape tudung nak kne masuk dalam baju jugak.. hish..

Em.. sekarang 9.50 pagi.. Tinggal brape jam lagi..

Beg tak isi penuh sgt, sebab takut nanti nak bawak balik barang sana tak muat.. Baju pun tak bawak banyak.

Rasanya nak pakai kasut sukan terus.. Yup, pakai teruslah.. Jimat space..

Hmm, rasanya, flight petang kot.. Ntah2, malam.. Tak taulah.. Haii...
Fon nak bawak ke tak? Hmm..

Hmm.. K lah, saya nak gi iron tudung n kemas pape yang patut.. Ok, see you in the next three month.. Harap2 selamat kat sana, insyaAllah.. Oh, 9.55 pagi dah..

3 jam lagi nak pukul 1 petang..

K, Assalamualaikum.

Tuesday, March 23, 2010

Hari yang berlalu...

Alhamdulillah, banyak perkara dah berlepas. Ada yang ok,ada yang tak ok. Tapi, benda yang lepas, biarlah ia berlalu.

Jom kita susuri hari-hari itu sebagai satu memori yang sudah berlalu. Eh, apa yang saya cakap ni? Emm.. Korang tak yah baca pun tak pe.. :)

1. Meeting 1st KRJ KL. Hari Khamis,xingat tarikh. Akhawat yang hadir cuma saya, Maizatul Hanisah, Assyahidah dan Siti Atikah. Yang ikhwah tak ingat. Ingat Yasser, Sulaim,Izzaldin, Muadz n Abang Bai aje. Kami bincang pasal program sepanjang tahun KRJ KL. Antaranya, Program Cuti Sekolah. Bincang-bincang, dapatlah Offline With Hedonism. Bincang objektif, tentatif n lain2. So, saya ditugaskan tuk buat banner. Abang Bai nak nextweek.

2. Esoknye,saya sibuk sangat. Sabtu nya,pergi sukan ayyit la, buat spek la.. Ahadnye,keluar rumah lagi,tapi tak ingat gi mana ngan family. So,senang citer,saya lupa pasal banner. Tup2, esoknye, Yasser tanye banner dah siap belum. Aahh.. sudah..

Saya tak tau sangat buat banner,so mintak abah tolong malam tu. Abah pun bagitau apa yang kena buat dan macammana. So, then,I got the idea. Thanks abah. Dah siap draft,hantar kat abg bai kot email. Rupe-rupenye, banyak pembaharuan kena buat.Kena edit la.. Saya pun editla.. tak pe, pengalaman nak belajar. Lepastu, hari Rabu tu, saya demam. Sampai tengahari.

Petang tu, abang bai minta tolong buatkan brochure. Oklah, saya kata. Saya pun nak try gak buat brochure. Lagipun, draft brochure saya dah buat siap2, sebab abah kata, org yang buat banner, better buat brochure sekali. Cuma tinggal nak isi maklumat aje. Tgk2 abg bai minta buat brochure pulak. So,skali jalanlah. Demam pun macam dah kebah. Saya nak try buat brochure malam tu. Tapi, malam tu,lebih kurang pukul 7 malam, saya diserang sakit perut yang teramat. Sakit yang sampai tendang2 katil tu. Hahah.. Tak taulah gastrik ke ape.. Pukul 10.00, baru rasa lega sikit lepas tidur. Bangunlah ngadap komputer,try buat brochure. Buat simple2 je, sebab saya nak try je. Dah tu,send la..

3. Esoknya,sakit perut saya datang lagi.Kena diarrhea pulak rupenye. Tengahari baru bukak komputer. tengok komen.

4. Jumaat ada meeting MHI. Malangnye, diarrhea tak hilang2... saya tak dapat menghadirkan diri. Diarrhea ni berlangsung selama seminggu. Seminggu tu jugak saya hilang 2 kg. Memang sakit betul. Nak muntah2.. Takkan keracunan makanan kat KlANG aritu? Hehe.. tak pegi klinik pun,sebab abah ingat biasa2 je.. tak pelah.. macam2 ubat saya makan kat rumah tu.

5. Selasa ada meeting KRJ pasal OWH!. Pegilah.Bincang pasal fasi, cenderamata, bahan2, n macam2 lagi. Best pulak.

6. Khamis amik result, emm.. bersyukurlah. alhamdulillah.. dapat 6a je. ummi n abah kata, xapalah.. tu yang yong mampu buat.. mak sharinah ada kat hujung dewan. dia excited giler yong dapat 6a Sharinah dapat 9a. die citer kat ayah adilah yg yong tak tuisyen pun boleh dapat 6a.. hmmm.. ummi pun cakap,kalau ummi hantar yong tuisyen,mgkin yong leh dapat straight a.. hmm,yeke ummi? ntahlah,yong bersyukur je walaupun sedih sebab tak dapat yang terbaik.. tak study betul2 tuk subjek sains.. pasal tuisyen, ada kena mengena ke? ntahlah,xpenah merasa gi tuisyen,kecuali matematik masa pmr dulu. Ingat lagi kata abah, tak payahlah pergi-pergi tuisyen. Abah kata, kalau boleh,yong tulis buku, 'Straight A without Tuition'.. hahah.. nampaknya xde peluanglah abah.. Biaq pi la, yang dah lepas, lepas aje.. ntahlah,macam alasan je tak dapat straight a sebab tak gi tuisyen. ;) kann..? buat yang pegi tuisyen, buat yang terbaik dan jangan ponteng. belajar betul2.sure dapat straight a,dengan izin tuhan :)

7. puas mencari course yang ok. abah kata buat tesl je.. tapi,saya takut..bukannye terer english pun.. so,cadangan abah yang lain, buat bahasa. bahasa inggeris.. la.. BI lagi.. hahah.. tapi, saya berminat jugak. InsyaAllah.. Goodbye my medicine line..

8. sibuk tukar upu.

9. Meeting MH-i hari Rabu, 17.3.10.

10. O.W.H. Nanti ade mse,saya citerlah..

11. siapkan minit mesyuarat MH-i.

12. tertunggu-tunggu surat PLKN ni.. kol org tu pagi tadi, tgk2 surat sampai petang. Alhamdulillah.. oklah,dapat Sibu pun,Sibulah.. Jonaco Park, Sibu..ngeheh..

K,tu je kot.. Saya bercerita biasa2 je. See you the next 3 month..!

Tuesday, March 9, 2010

Program Cuti Sekolah! Jom~




Assalamulaikum wrt.

Kelab Remaja JIM dengan kerjasama Masjid As-Syakirin akan mengadakan sebuah program cuti sekolah untuk para Remaja iaitu :

" OFFLINE WITH HEDONISM "

Objektif Utama :
Ingin berkongsi tentang implikasi & kesan Budaya Hedonism terhadap remaja di Malaysia.

Tarikh :
18 Mac 2010

Tempat :
Dewan Masjid As-Syakirin KLCC

Masa :
8.00 am ( Pendaftaran)
hingga
5.15 pm ( bersurai )

Sasaran :
Remaja 12 - 15 tahun


Pendekatan Program :
- Perkongsian,
- management Game
- Latihan Dalam Kumpulan
- Persembahan Kumpulan
- Xplorace@KLCC

Yuran :
RM 15 sahaja

Jom...daftarkan nama anda segera kepada :

Yasser : 019 2225170
Muslihah : 017 2665159

ingat...Budaya Hedonism bukan Fitrah kita..........

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 15 MAC 2010

apa itu Hedonisme ?

sila Click : http://remaja-kl.blogspot/2010/03/apa-itu-hedonisme.html

Monday, March 1, 2010

KLANG pulak... penat lagi~

Sebenarnya, lepas bengkel Ahad tu, memang tak ingat langsung yang abah n ummi akan terus ke Klang. Tapi, biarlah. Jalan2 sekejap. On the way tu, baru perasan ada tulisan 'KLang Bandar Diraja' kat tepi jalan.

Terus tanya abah, "Bah, Klang ni bandar diraja ke?" Abah gelak. "Yong, yong jangan buat malu abah. tak belajar geografi ke?" ceh.. eh,de kaitan ngan geo ke? haha.. ala abah, skali skala tanya soalan kurang cerdik, apa salahnye~ngeheh..

Pergi Klang ni, tak lain tak bukan nak hantar barang kat Shidah lah. Air, tak sah kalau tak bawak. Satu bekas tupperware dan 4 botol Revive berisi air kosong. Tupperware tu a.k.a bekas air, ada satu kat rumah, satu lagi kat shidah. Dua bekas yang sama. So, bila datang KISAS je, kitorang akan exchange bekas. hahah.. shidah bagi yang kosong, kitorang bagi yang penuh.. huahua.. tah pape..

tupperware nye..

Hahah.. Lain2, ubat shidah... ubah gastrik lah, ubat jerawatlah(hikhik), ubat deman selsemalah.. Macam2.. Orang dok asrama ni, yg rumah dekat2, memang selaku kirim barang eh? ke shidah je.. hahah..

sebelum datang Klang, shidah mintak izin nak bawak kawan dia keluar kejap, nak beli kasut sekolah, sebab kasut kawannya tu, dah berlubang kat depan.. sian..

So, kawannya, nama Alia, dari Johor. Dalam kereta, shidah kata Alia ni kaya, tapi kasut berlubang pulak.. heheh.. kasut alia ada satu je.. Alia parents dia doktor. mak no2 pun doktor. mak no3 je bukan.. mmm..

sampai kat bandar dia tu, shidah ngan alia gi carik kasut. kitorang gi makan. saya dah lapar sangat. order macam biasa, nasi goreng kampung dan air limau..

Uci tengah tido..

Tengah2 order tu, Musyirah gi lari tengah jalan nak kejar Shidah dan Alia. Abah dah terjerit, lari kejar Uci, tapi menonong je Uci lari... bahaya betul budak tu! Sampai bos restoran tu pun naik risau ngan Uci. Nampak Uci dah pegang tangan Shidah, abah patah balik. Ish, uci ni, suka buat macam tu. bahaya oo.... memang suspen betul masa tu..

makan2, shidah ngan Alia pun sampai ngan Uci. Sampai je, bos tu terus tanya pasal uci.. memang risau betul bos uh.. hahah..

lepas makan, balik. hantar shidah ngan kawan pukul 7.40 malam. shidah kata, masuk sekolah patutnya pukul 6 petang, hihih.. tapi, kitorg 6 suku baru nak keluar.. Guard tu bagi masuk, oklah..

Seronok tengok aspura kisas, warna warni.. yang aspuri nya, dua blok je eh? tak perasan.. Maghrib, solat dekat masjid yang ada kat situ. Masjid apa namanya eh? Mmm..

Sampai rumah lebih kurang pukul 9 malam. Fuhh..memang penat..

Sekian, wassalam. :D

Ingat nak amik Akramnye tajuk.. kuang3x..

Bengkel 6 Jam pulak... penat~


Tak buat hari ahad lepas ujian komputer sebab bangun lambat. hahah..

pergi ahad minggu depannya. Rupa-rupanya die nak gambar sekeping.. Laa hai.. Orang tak tahu pun kena bawak.. tapi akak tu kata bagi nanti je. tak apa.

masuk dewan Teratai. Dengar ceramah sampai kol 1.00 ptg. 2.30, start yang kat luar. pukul 1.30, dia dah bagi cikgu. Saya dapat cikgu Azmi. Rupa dia macam Sarjan Misai gerak khas.. heheh..

pukul 2.30, lepas makan n solat zohor, pergi kat satu tempat ni. tengok enjin kereta.

kawasan latihan

mula-mula cikgu tu tanya macammana nak bukak bonet. sadisnya, tak ada seorang pun tahu kat mana nak bukak bonet. huhu.. lawak betul.. semua tau nak bukak boot je.. hihikk..

tanyalah macam2.. tapi, kat MHI dah belajar sikit2 pasal enjin ni. lepas enjin, cikgu tu tunjuk cara nak bukak dan pasang tayar.

tengah bukak sport rim

Nat tu kan kena bukak kan.. guna benda tu, alah, apa ntah namanya. mula-mula, ada sorg budak laki ni, bukak nat yg pertama sebab cikgu suruh dia try. mula2 die gune tangan, memang tak dapat bukaklah.. lepastu, baru guna kaki.

Untuk nat seterusnya, cikgu suruh yang perempuan pulak. Saya pun try lah.. Letak kaki atas tu, lompat2, sampai guna dua2 belah kaki, tak jugak turun. Huu.. Semua gelak.. Ish, mestilah saya tak guna sepenuh tenaga, ada banin kat situ, takkan nak lompat2 pulak..

Lepastu, cikgu suruh mana2 banat yang berat sikit try.. Dia kata, badan kena berat sikit.. ceh..

Dah habis semua tu, cikgu bawak kami tengok tapak ujian.

tapak ujian

Pukul 3.50 ptg, cikgu dah bagi balik. Padahal sepatutnya, habis kol 4.30. huaa.. abah mesti tak sampai lagi..

tapi, nasib baik cikgu Azmi suruh tunggu kejap. cikgu kata nak bagi saya naik kereta, lalui kawasan ujian. cikgu stopkan satu kereta kancil, yang ada pelajar dia, suruh saya masuk. saya pun terpinga-pinga, sebab banin dalam tu.. aish.. takpelah, nak belajar.. lagipun, banin tu nampak macam abang. badan pun sihat. hihih.. cikgu suruh saya duduk sit sebelah pemandu, sebab nak bagi tengok macam mana kereta dikendalikan..

mula2, parking. tengok tiang satu lah, pusing kanan habis, tengok tiang 6 lah.. pening sekejap saya. lepas parking, buat pusingan 3 penjuru. ada kertas manual dia dalam kereta tu.. hahah.. lepastu, naik bukit pulak. nak kena tayar atas garisan kuning pulak.. rupanya, best jugak bawak kete ni..

yang banin tu, tanya saya sepatah, sepatah saya jawab. saya tak pandang pun dia sepanjang dalam kereta, harap2 dia tak terasa. sorilah sedara, sekadar menjaga ikhtilat.

last2 tanya2,18 tahun rupenya. sebaya sudah.. lepastu, kol 4 lebih, cikgu Azmi pun masuk kereta tu. saya duduk belakang, cikgu duduk sebelah pemandu.

nampak tak misai cikgu? hihi..

ok. ulang2 buat ujian tu, sampai pukul 4.30.. lepas cap jari, kol abah, rupanya abah baru nak keluar.. huu.. takpelah.. tunggu je.

sebelum pukul 5, abah sampai. terus bawak saya ngan ummi pergi Klang... memang nak gi klang terus lepas amik saya.. sambung citer kat Klang nantilah.. post ni nak cerita pasal bengkel je..

ok, salam.

Ujian Komputer

Yeh,setelah tiga minggu study lengah2, akhirnye buat jugak ujian komputer uh. Pilih hari sabtu, tempah hari rabu lepas.

Ujian tu, buat kat Danau Kota. Sampai danau kota, tak tau tempat ujian tu kat ne. Kol la SKEM. Tanye2, tak jumpa gak tempat. Akak tu rasanya dah naik angin dah. Hihi.. Last2, alhamdulillah, jumpa gak.

So, naik la tingkat satu. Tengok dalam satu bilik tu, ramai orang. Ni ke biliknye? Tengok ada sorang dua pegang buku KPP, sah le..

Masuk2,terus gi daftar. Sign nama kat kertas tempahan, bagi ic and dapat no giliran. Mak aih, no 70.. Tengok kat no giliran kat atas tu(macam kat bank), still no 18. haha.. tunggu la.. masa tu pukul 10.00 pagi. Datang lambat sikit sebab hantar ayyit iyah main badminton.

Dudukla kat satu tempat kosong ni, tapi panas skit sebab sebelah tingkap. Takpelah, asalkan duduk. Tengok orang lain baca buku tu, saya pun bukak2 la.. tengok soalan2 dia buat kali terakhir.

tak ada keje

Ada la jugak yang duduk sebelah saya, tapi lepastu lari cari tempat lain, yang sejuk sikit. Hahah.. Apalah diorang.. Saya memang duduk je situ sampai ke akhirnya, manalah tau dapat memanaskan tangan yang 'sejuk'.. hihih..


Sambil duduk tu, tengoklah orang-orang yang baru sampai. kesian, nombor diorang dah beratus-ratus.. tengah tengok mereka2 tu, tiba-tiba muncullah seorang lelaki ni.

"Ohh.. mix lah.. "

tulah pandangan saya. kalau perempuan kat tv yang gedik2 tu.. agak2 dorang cakap camni kot.."God, damn hot guy! " haha..

Muka dia macam omputih. Rambut perang-perang. Tak taulah kot2 foreigner betul.. tiba-tiba teringat kat Frederick. Lebih kurang lah muka, mana tau budak laki tu pun German ke...

Frederick Weil

tapi budak tu muka hensem sikit la dari Frederick.. hahah..

tunggu2.. sampai giliran amik gambar. ade ke suruh bukak spek.. maybe taknak flash kot.. gambar ni untuk ape ntah...

Tunggu lagi, mata dah nak berat dah ni.. hahah.. tengok-tengok dah pukul 12 tengahari.. wah 2 jam tunggu, baru tengok no 70 kuar. ambil sehelai kertas ni dengan ic. dan masuk dengan berdebar-debarnya. Hahah..

Dapat pc nombor 6. duduk situ. buatlah. nasib baik tak gelabah, ok je. dah habis tu, tengok markah. alhamdulillah, 47/50. okeylah tu, janji lulus. Memang bersyukur yang teramat. Keluar bilik tu, ambil keputusan ujian. Eh, 12 minit je rupanya saya amik ujian tu? Awat cepat sangat? Ntahlah, gabra kot, sebab tu buat laju2. Nasib baik lulus,fuhh..

Ujian komputer. sebelah pintu kuning. naik tingkat 1

Pastu balik, abah ambil. Camtulah ceritanya... Ingat esok nak terus pergi bengkel 6 jam.. tapi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...