Sunday, January 31, 2010

Kursus KPP

sleepy
Dengar citer ramai kata kursus ni boring, ngantukla... Jadi, saya pun konon-konon nak pecahkan rekod,konon takkan ngantuklah. Tidur awal malam tu... Huiyoo..

Okay, abah hantar pagi semalam ke Institut Memandu SKEM. tak ikut kereta diorang, sebab abah boleh hantarkan...

Sampai pukul 9.00 pagi, start kelas pukul 9.45 pagi. Berkenalan dengan sorang akak ni, kak Siti namanya. 28 tahun kot umurnya. Samalah, tak tau basic. Hahah..

Masa daftar tu, dapat kad merah and buku KPP( Kurikulum Pendidikan Pemandu). Masa nak scan jari kanan,tak leh pulak... Biasa la tu.. Nak buat account dulu pun camtu.. So, guna jari kiri.

Dapat kelas Mawar. Bilik tu kecik je. Ingatkan buat dalam dewan besar. Hahah.. Oklah kecik tu, senang bagi perhatian. Budak2 lebih kurang 60 orang je... Lebih peserta MH-i..

Nama pegawai yang bagi kursus tuk sebelah pagi, Encik Hisyam namanya. Mula-mula dia cakap pasal niat. Apa niat kita datang sini. Lepastu dia cakap2 n cakap. Pasal turutan program, cara jawab soalan, and dia terangkan sikit2 apa ada dalam buku ni...

Sedih oh bila dah nak dekat tengahari tu....
Kenapa sedih? Sebab tak dapat pecah rekod... Huu... Pening pulak asyik pandang slide.

Tengahari pukul satu stop, rehat sampai kol dua. Sebab takut x sempat nak solat, makan kerepok lekor je. Tempat amik wudhu' kat surau tu agak bahaya, sebab kalau laki termasuk, leh terus nampak kitorang... Ish.. kena tambah sikit patutnye..

kol 2 lebih, bermulanya slot ngan Puan Norsiah yang berumur 47 tahun. Umur cikgu Hisyam dirahsiakan, katanya. Hahah.. cikgu Hisyam tu kelentonglah kalau kata anak 10 orang... hahah..

suara cikgu norsiah kuat... bagus cikgu ni. tapi, still ngantuk jugak.. maybe saya je kot, sebab terlebih tidur... habis kol 4.10 petang. abah datang amik.

balik2 terus tertidur sebab pening sangat... huu.. lepas ni test pulak. Ya Allah, harap-harap kali pertama dah lulus... Amin...

Sunday, January 24, 2010

Mh-i dah habis..

Alhamdulillah.. MH-i dah habis... Masa nak berpisah ngan kawan-kawan tu, ingat tak sedih, tapi, sedih jugak rupenya, sebab tak tahu bila dapat jumpa lagi... Yang dari Terengganu terutamanya...

Bila dah balik rumah ni, rasa macam baru je pergi MH-i... Padahal, sebulan kat sana... Macam-macam hal ada...

Kawan-kawan,
selama ni pergi program2, tiga empat hari je... kawan pun kenal tak kenal.. kalau yang pergi xrek, leaders, xpert, xcell, boleh dikatakan kita kenal dorang(yang pergi tiap2 program), lebih kurang lapan hari je keseluruhannya... tapi kat MH-i, yang tak pernah pegi mana2 kem, terus sebulan kita kenal dorang.. yang kita dah pernah jumpa, kita lebih lapan hari dorang.. (faham tak ni?).

Jadi, harap2, ingatlah semua saat indah ni... Tak tahu bila lagi dapat jumpa dorang... Jangan loss contact..

Emm, tiba-tiba teringat KBM. akhirnya, merasalah jugak saya rasa program tu.. tak pernah lg sebelum ni.. yang nangis2 tu, harap jangan nangis kat situ je, tapi xinsaf jugak... pastikan sesi muhasabah diri itu, sesuatu yang wajib tiap-tiap hari.. Insya-Allah..

blog MH-i = Madrasatul Hayah Islah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...