Opah Dah Tak Ade...

Sedikit luahan hati...

HAri RAbu,17 November 2010 time raya haji, ummi kol


Terasa sedih pulak baca post lama tajuk 'SMAKL dan OPAH' tu..

Ummi kata, opah makin sakit. " Yong baliklah tengok opah... ".

Masa solat asar petang tu, doa sekejap, minta Allah sembuhkan opah... Saya balik hari jumaat tengahari, naik LRT. Dalam perjalanan, memang hati ni teringat kat Allah. "Ya Allah, panjangkanlah umur opah. Sembuhkanlah opah... " Tu je yang terfikir. Macam saya balik ni semata-mata nak tengok opah...

Sampai rumah, dah maghrib. Tengok opah esoklah, insyaAllah..detik hati.

Takdir Allah menetapkan segalanya.
Allah menjemput opah tengah malam itu juga...

Tengah malam itu, ummi mengetuk pintu bilik, "Yong, Ijah... bacakan yaasin untuk opah..." pinta ummi.

Saya dan adik bingkas bangun, menuju ke sink, untuk membasuh muka. Kami menganggap itu hanyalah semata permintaan ummi. Namun andaian itu silap.

"Opah dah tak ada..." ucap ummi membelakangi kami.

Hati ini tersentak...

Opah...



Comments