Budah histeria? 2

Tengok2, budak bilik sebelah.. 2 orang, masuk bilik dengan selambanya.. Dorang tanya saya, "Awk tau tak apa yg jadi tadi?" La.. mestila saya tak tau, sbb saya dok dalam bilik je dari td.. Tapi, saya nak tau jugak.. Sebab sy tak pernah tgk lagi org histeria macam mana.. heheh.. So, dorang pun ceritalah..

Aisyah: Tadi, masa saya tengah nak basuh sudu, saya nampak budak perempuan tu jerit2 dari tingkat2, pastu lari turun bawah samapai tengah blok..

Asella: A'ah.. rambut dia tak ikat, mngerbang.. pastu,dia lari2, jerit2, kejar2 orang, baring2 kat tengah padang mini blok kita..

Ha,tu cerita yang saya dengar dari dorang..

Malam tu, puan Shaharina bagi mesej, minta tolong saya buat announcement, suruh sesiapa yang tinggal sorang2 dalam bilik, supaya tumpang tidur bilik kawan dan suruh dorang baca yaasin beramai-ramai.. Heheh, terasa saya tau yang tido sorang2 malam hari Jumaat tu.. heheh..

Saya pun buat announcement tu, and tumpanglah bilik asella.. Aisyah pun tumpang bilik asella.

So,tulah ceritanye.. Tapi, apa kisah disebalik nye? Nantikan bulan depan kalau saya free.

Bulan 7 ni Ujian Pertengahan Semesta. Doakan saya dapat pointer 3.5 ke atas. Mus akan berusaha, bertawakal dan redha, insyaAllah..

K, jumpa lagi.. Assalamu'alaikum.

p/s: cerita ni dah posted hari tu.. tapi, saya terdelete(huuu.), t'pksa tulis balik.. Maybe ade info yang tertinggal, tak mcm post yang hari tu..

Comments